DENDAM AURORA ADAPTASI DARI TELENOVELA ITALI

Spread the love

Bagi peminat drama Melayu pasti dah mula Follow drama Dendam Aurora ni kan. Lebih lebih lagi menampilkan pelakon yang cukup berbakat besar dalam dunia lakonan iatu Nabila Huda & Ungku Ismail Aziz. Dua pelakon utama drama ni memang pelakon kegemaran saya lebih lebih lagi Ungku Ismail Aziz. Dari sebelum dia popular memang saya suka dengan lakonan dia yang nampak sangat bersahaja & watak yang di bawa memang hidup.

Sekarang sedang di tayangkan Drama terbaru berjudul Dendam Aurora di Astro Prima 104 & Maya HD 135. Mula di tayangkan pada 25 Julai lepas.

Bagi yang belum tahu drama Dendam Aurora ni di adaptasi dari Telenovela Itali.. Kelas kau Jah! Telenovela Itali dah jadi drama melayu gitu.

Drama ni berkisahkan tentang seorang wanita bernama Aurora Abdullah (Nabila Huda) yang dipenjarakan selama 8 tahun di atas kesalahan membunuh. Aurora kemudiannya dibebaskan lebih awal dari waktu ditetapkan kerana berkelakuan baik. Walaupun ditegah oleh neneknya  Octavia Milner (Dian P. Ramlee), Aurora mengambil keputusan untuk pulang ke Tana Rata, Cameron Highlands, Pahang setelah dibebaskan demi membersihkan namanya dan nama keluarganya yang telah tercalar setelah dia dituduh membunuh Dato’ Hamzah (Tony Eusoff).

Kemunculan semula Aurora di Tanah Rata membuatkan keadaan menjadi tegang yang mana semua orang terkejut dengan kehadirannya terutama Harris (Ungku Ismail Aziz), yang merupakan bekas kekasih Aurora dan juga anak kepada Dato’ Hamzah. Pada waktu itu, Harris yang juga pemilik ladang Teh besar di Tanah Rata sudah ditunangkan dengan Putri Adrina (Anzalna Nasir), bakal pewaris kepada Engku Azhar (Dato’ Eizlan Yusof), pemilik ladang sayuran terbesar di Malaysia.

Aurora terkejut apabila mengetahui yang perniagaan keluarganya kini menanggung hutang yang banyak dan dipinggirkan oleh orang kampung. Perusahaan teh mereka yang dijalankan Octavia semakin muflis. Dengan bantuan dan sokongan Ustaz Hakim (Fezrul Khan), Aurora nekad untuk membangunkan perusahaan keluarganya.

Kehadiran Aurora di Tanah Rata juga pada masa yang sama membuatkan pengusaha-pengusaha yang bersubahat dengan Engku Azhar bimbang jika rahsia kematian Dato’ Hamzah bocor. Mereka nekad untuk memastikan kehidupan Aurora terus sukar dan rahsia mereka tidak diketahui sesiapa.

Didorong rasa benci, Haikal Hamzah (Shah Iskandar) pula ingin membalas dendam kepada Aurora di atas pembunuhan ayahnya. Hasil siasatannya, beliau mendapat tahu bahawa Aurora tidak bersalah. Rasa kesal dan malu ini membawa kepada perasaan cinta pada diri dan semangat perjuangan Aurora. Manakala Harris yang sudah ditunangkan dengan Putri Adrina pula pada masa yang sama semakin cemburu dengan adiknya yang semakin rapat dengan Aurora.

Engku Azhar pula gembira dengan perkembangan hubungan Haikal dan Aurora kerana beliau sudah lama tidak menyukai Harris. Walau bagaimanapun, beliau terpaksa merestui dan akur dengan keputusan anak kesayangannya Putri Adrina yang tetap berkeras untuk berkahwin dengan Harris. Perkahwinan Harris dan Putri Adrina merumitkan lagi konflik di antara tiga keluarga besar di Tanah Rata tersebut.

Antara pelakon lain yang membintangi drama ni adalah

Nabila Huda sebagai Aurora Abdullah
Ungku Ismail Aziz sebagai Harris Hamzah
Anzalna Nasir sebagai Putri Adrina Engku Azhar
Shah Iskandar sebagai Haikal Hamzah
Dian P Ramlee sebagai Octavia Milner
Dato’ Eizlan Yusof sebagai Engku Azhar
Tony Eusoff sebagai Dato’ Hamzah
Fezrul Khan sebagai Hakim Hamzah
Aedy Ashraff sebagai Hadi Hamzah
Octavia Manrose sebagai Hanna Hamzah
Emilie Haniff sebagai Marzia Abdullah
Mia Nasir sebagai Nissa Abdullah
Zila Bakarin sebagai Lydia
Adam Lee sebagai Rizal
Nikki Palikat sebagai Laura
Dato’ Sri Raja Rezza Shah sebagai Firdaus
Marissa Yasmin sebagai Hawa
Alex Yank sebagai Adnan
Chew Kin Wah sebagai Michael
Sharifah Shahora sebagai Angela
Zuraini Kassim sebagai Tuan Bakar
Hafiz Halim sebagai Affendi
Yuzz Murai sebagai Razman

Jadi jangan lupa follow drama Dendam Aurora setiap Isnin hingga khamis pukul 6 petang di Astro Prima 104 & Maya HD 135.

Sumber Info : myinfotaip

1 thought on “DENDAM AURORA ADAPTASI DARI TELENOVELA ITALI”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *