Demam panas akibat jangkitan virus ( Viral Infection & Pneumonia )

Anak demam ? Mari saya kongsikan pengalaman anak demam , di mana ianya bukan demam biasa. Demam ini berpunca dari jangkitan kuman di paru-paru dan sedikit di dalam darah , kalau istilah doktor nama penyakit ini adalah “ Viral Infection & Pneumonia “. Sekiranya anak mengalami demam panas , selesema dan batuk melebihi tiga hari , cepat-cepat lah bawa ke hospital untuk tindakan lanjut.

Saya sendiri rasa serik , kerana tiga orang anak perempuan saya tak pernah sakit , demam teruk2 . Ketiga-tiga nya akan sembuh selepas 2-3 kali makan ubat , paling lama pun 3 hari demam dan klinik yang biasa pergi adalah klinik berbayar biasa tu je. Bukan apa … agak renyah kalau pergi ke Klinik Kesihatan Kerajaan mahupun Hospital. Memang lama nak tunggu , saya tak salah kan mereka yang berkerja di sana. Mereka buat yang terbaik.

Tapi anak saya SYAMIM ni , setelah 5 hari demam on / off , kadang2 baik demam , kadang suhu badan naik tinggi . Syamim demam tiba-tiba , tak ada jangkit dari siapa-siapa , syamim muntah , tak selera makan dan banyak sangat hingus meleleh , muka pucat dan tak aktif macam biasa. Biasa nya syamim demam pun aktif bukan main. Tu yang pelik sangat.

Masuk hari ke 5 , suhu badan syamim naik mendadak , mula dari 38 ke 40. Hati memang risau sangat-sangat , terpaksa minta ayah nya balik Johor. Selepas ayah nya balik saya bawa syamim ke Klinik Kesihatan Kerajaan , saya tahu doktor di KK memang ambil berat kalau anak kecil demam mereka sudah tentu akan buat pemeriksaan darah.

Syamim di rujuk ke Hospital Kecemasan Ampang untuk ambil darah.

demam panas kanak-kanak

masuk gas

Syamim dan 5 hari tak kencing , setiap kali tukar lampin dia kering , setelah darah di ambil dan di buat ujian Syamim di tahan di wad kerana ada sikit jangkitan dalam darah dia , dan doktor juga nak pantau dan pastikan syamim kencing seperti sediakala , risau-risau virus dah menyerang buah pinggang.

Ya !! memang lama menunggu di wad sementara untuk dapatkan katil di Hospital , dari jam 6 ptg hingga 11 malam baru dapat katil , tapi ianya berbaloi … anak di pantau di sana kita pun tak risau.

Hari pertama ,doktor buat xray di dada syamim , dan juga terapat sedikit jangkitan di paru-paru syamim (pneumonia). Tapi doktor tak ada lah cakap benda ni serius sangat ke apa , doktor cuma nak syamim baik dari demam dan kencing. Tangan syamim memang kena masukkan air lah , sebab syamim tak nak makan minum , nasib baik syamim masih mahu menyusu susu ibu.

syamim 5

Memang lah risau dan kesian tengok keadaan anak kecil macam ni , kalau boleh tak nak la masuk wad kena cucuk-cucuk tu , tapi lagi di biarkan lagi melarat , gas pun di beri kepada syamim kerana ada kahak yang tak mahu keluar , tersangkut di tekak dia walaupun di sedut menggunakan mesin , tak tahu pula selama dia demam dia sesak nafas , patut la bila nak tidur mesti kena pangku kepala dia tinggikan sikit baru dia tidur .. huhu ..

syamim 3

Setelah di pantau , di beri gas , di masukkan air , di beri antibiotik selama 3 hari di wad , akhirnya syamim kencing , walaupun sikit dan tak jernih , itu pun dah cukup kata doktor , kalau tak kencing juga memang akan ada usaha lain , dan menyakitkan lah .. saya tak sanggup nak fikir.

syamim demam jangkitan virus

Hari ke dua juga , doktor minta saya pujuk syamim untuk makan juga , walau pun aiskrim .. haha lawak pula .. terus kami ayah dan ibunya buat projek , beli segala coklat , aiskrim , air nescafe ais ibu pun kasi .. akhirnya syamim jamah sikit aiskrim dan nescafe. Syukur .. permulaan … esoknya syamim makan sikit bubur ..

Masuk hari ke tiga , petang .. syamim dah mula aktif .. wayar air di tangan tu terpaksa di buka , dia bergolek2 di atas katil , risau terbelit lehernya … boleh main bola dan macam-macam aksi lagi keluar. So doktor bagi keluar wad …

syamim 2

Bila dah sihat memang aktif .. dan keluar lah perangai nakal mengoda dia .. nak selfie pun jelir lidah.

syamim 6

Pendek kata demam panas juga simptom untuk penyakit lain dan bukan sekadar demam biasa . Kita ibu bapa harus lah peka. Semasa di wad , pelbagai jenis demam saya jumpa .. termasuk lah baby yang demam panas tarik2 nak jadi sawan… Nauzubillah .. semoga anak2 yang di masukkan ke wad dan pernah menjadi kawan syamim dah sihat semunya. Amin ..

Disini saya sedar penting nya penyukat suhu badan anak ada di rumah , apa2 doktor tanya dah ada info lengkap tentang naik turun suhu anak. Saya nasib baik semua tau ni .. hahaha .. siap hantar report lengkap ke doktor tu .. so senang doktor nak buat kerja.

Untuk info berkaitan demam :

  • Suhu badan yang normal adalah 370C (980F).
  • Seseorang itu boleh dianggap demam jika suhu badannya melebihi 370c.
  • Demam akan berlaku jika terdapat jangkitan kuman atau penyakit-penyakit lain yang berinteraksi dengan sistem ketahanan badan.
  • Demam biasa pula bermakna suhu kita meningkat lebih daripada 370C tetapi tidak melebihi 380C.
  • Demam biasa akan pulih dalam masa dua, tiga hari sahaja.
  • Demam panas pula terjadi apabila suhu melebihi 380C dan berlarutan lebih lama – selalunya disertai simptom-simptom lain seperti batuk dan selesema.
  • Seseorang itu juga akan demam jika mengalami jangkitan kuman sama ada bakteria atau virus.
  • Viral infection bermaksud jangkitan yang disebabkan oleh virus. Terdapat banyak jenis virus yang boleh dijangkiti.
  • Virus ini selalunya menyebabkan demam yang kadangkala tidak terlalu tinggi tetapi boleh juga menyebabkan demam panas dengan suhu mencecah lebih 380C
  • Bagaimanapun, demam virus ini selalunya boleh hilang dalam tempoh dua, tiga hari.

Comments

  1. Ksian sbnarnya tngok budak budak ni dmm. Maklum lah kecik lg kan. Risau kita dbuatnya

  2. Demam panas jangan dibuat main, tambah budak2 ni antibody masih lemah kan…
    nasib ada penyukat suhu tu kan, mesti mahal nak beli ni… 😀

    Dah sihat alhamdulillah, langkah proaktif mak dia ..hihi

  3. kesian syamim…. dan dugaan buat ibunya…. nak besarkan sorang hero kan 😉

    terkenang zaman nis temankan anak ketiga di hospital … cirit birit dan ada jangkitan kuman juga di paru2… tapi rezeki jumpa isteri raja muda perak… bee igt lagi kot entri tu 🙂

  4. Betul, demam yang lama tak boleh ambil ringan . kena bawa jumpa Doktor

    Tengok dia dah sihat, nampak aktif dan ceria Alhamdulillah 🙂

  5. Alhamdulillah hero sorang nih sudah sehat. 🙂

Speak Your Mind

*