Day 1 : Makan di warung pinggan besar gedabak Terengganu

Masih lagi cerita hari pertama , selepas daftar masuk ke hotel baru pergi makan. Saya nak kenalkan kepada korang satu tempat makan yang istimewa di terengganu. Paling istimewa adalah saiz pinggan besar dia , besar gedabak. Tetapi kena bergerak lebih kurang 30 minit dari hotel Legend Cherating tu ke sebelah kiri , jalan terus sehingga traffic light yang ada sign board kastam , sila belok kanan. Sesampai di kawasan nampak ada batu karang yang di gantung banyak tu , sampai lah tu di kedai makan pinggan besar ni.

pintu gerbang sepadan terengganu

Pintu gerbang dari Cherating Pahang nak masuk ke kawasan Terengganu…

kedai pinggan besar terengganu

Nama kedai pinggan besar gedabak itu adalah Warung Aziz Satar ..  Kiranya dua kali juga kitaorang singgah sini , hari terakhir disana pun saya singgah sekali lagi , ambil kari kepala ikan RM25 .. phewww~  Air kelapa pun ada sebijik RM5 dan banyak lagi makanan istimewa lain seperti nasi dagang , nasi ayam , burger tetapi kitaorang makan lauk biasa saja . Yang paling suka adalah pais , ketupat pulut , otak-otak dan sata. Saya suka sata .. sedap sangat .. tak sama dengan sata yang di jual di tempat lain.

laila pinggan besar

Laila .. muka berminyak-minyak main panas … berapa kali makan disini pun saya tetap akan ambil sotong .. sebab laila ni berselera makan lauk sotong je .. lauk lain dia tak layan ..  dah ibu kongsi pinggan dengan laila , turut jelah kehendak laila.

mak dan laila

Opah dengan husna .. kemain husna tak nak makan nasi waktu ni .. dia duk pulun makan sata , pulut udang dan juga ketupat yang di hidangkan sejurus sahaja kita melabuhkan punggung di kerusi kedai ini .. kalau  makan habis diorang kira masuk dalam bil untuk di bayar , tak makan diorang tak kira untuk di bayar .

abe dan husna

Otak-otak pun ada , tetapi saya tak suka otak-otak sini , tak sama dengan otak-otak melaka .. otak-otak disini betul-betul isi ikan di potong dan letak sambal sikit kemudian di bakar.

pais terengganu

Ini adalah pais , mula-mula nampak berbalut , tanya pada penjual apa dia , dia sebut pais .. rasa macam pelik saya ambil lah ..pais udang , pais ikan dan pais sotong .. rupanya pais ni macam bakar-bakar la ..cuma di bungkus comel-comel .. sedap juga ..

laila

Laila … masih menunggu ketupat pulut .. sedap sangat ..

aliya dan damia

Tengok damia makan … sampai kembung mulut .. hehe .. ayah damia orang sabah , jadi dia pun tak pernah merasa sata , pais dan otak-otak terengganu ,. nampaknya orang sabah ni jatuh cinta pada sata.

najib

Walaupun pinggan besar gedabak , ambil nasi sikit jek .. semua habis di makan … lewat dah kitaorang pergi , tunggu daftar di hotel tu dulu ..

laila dan damia

Dah habis makan boleh lepak petik bunga sambil gosip ye … budak-budak sahaja di benarkan buat macam ni .. haha …  ok .. selesai part makan .. selepas ini kitaorang mandi kolam dan sebelah malam kitaorang buat BBQ .. nantikan …

Makan ramai macam ni , kos tak lebih RM90 🙂

Comments

  1. sata mmg terbaikk di pantai timur…

    next time trip cherating bulehla cari warung tu 😉 puasle makan pinggan gedabak yer

  2. eh di tganu ke kak bee ? hehe..dekat jelaa 😀

  3. Haha..warung aziz satar yer..nak kena terjah ni bila ke terengganu..emm seronoknya layan otot2…bagi sy otot2 terengganu sedap..sebab tak pernah merasa otot2 negeri lain kan..huhu..kesiannya sy…

  4. MaMa3HerO PunyA CeritA :

    Amboiii…tgk gambo2 kt atas tu terus cek lapaq..haha..

  5. wah nampak sedap sata dan pais. pernah juga try sata tapi bukan kat terengganu. kat tanjung lumpur kuantan.

  6. mak aihhh..bosa pinggan….rege bosa tak?? haha…
    anyway info yg best…coz akan bercuti ke cherating hujung tahun ni

  7. besar tuh pinggan puanbee

  8. Seronok tengok kanak-kanak berselera makan. Memang tak ingat benda lain.

  9. lama x p ganu.. 🙂

  10. Kak Long Mawar Merah :

    Bee, warung kegemaran Kak Long tiap kali g kemaman. Sata dia memang sedap sangat…..

  11. Pinggan punyalah besor! Nasib baik plastik…hehe
    Sata Terengganu mmg sedap (cewah…puji sata negeri sendiri…hahaha)

    p/s-Singgah tak nasi dagang glamer kat KT?

    • kalau kaca tk tau lah kerugian yang akan di alami haha …

      chehwahh .. ada resepi sata tak ? adik ipar tu suruh wife dia buat sata pulak dah .. haru ..

      tak singgah la , kami semua tk berapa suka makan nasi dagang , sbb ada pulut tu .. alah heehee

      • ooo…alah ngn pulut yer… =)

        resepi sata?ala…ambe suka makan jer, tak reti nak buat…hahaha..kang ade, ambe roger2 yer..

  12. besaq nya pinggan..
    boleh buat frame nih..heheh

  13. alamak… burpppp.. Alhamdulillah.. kenyang sudah

  14. mintak pingan buat souvenir…heee. semua makanan buat terliurlah.

  15. memang besar gedabak pinggan tuh…haha

    PM tak pernah makan sata lagi, satu hari kena cuba nih…

  16. seronoknya cuti-cuti malaysia

  17. ha ha ha….nampak mengancam pais tu….

  18. Fuyoh, besarnya pinggang. Boleh makan kongsi-kongsi.:-)

  19. Fuyooooooooo… Besarnya pinggan!

  20. Meleleh air liur tengok menu yang dikongsikan, pais tu biasanya sedap sebab dibungkus dengan daun pisang, harum semerbak aroma daun pisang dan bertambah baik bila ikan yang digunakan sangat segar… woohooo

  21. Ni dulang ke pinggan ni haha. Blh tahan besar

  22. kak jie nak makan pais beeeeeeeeee…………….laaaaaamaaaaa sangat tak makan.

    adoilah…mcm tak sabar je nak tunggu 19hb
    telan air liur dulu…

    share entri ni dgn abg..hehehe

Trackbacks

  1. […] Day 1 : Makan di warung pinggan besar gedabak Terengganu […]

  2. […] saya pernah ke warung ini pada lawatan dulu, tapi tak berapa ingat hinggalah baca blog Puan Bee mengenai percutian dia ke Cherating awal Disember baru-baru ni.  Senang saja nak ke warung pinggan […]

Speak Your Mind

*