Day 1 : Check in di The Legend Cherating Resort

Menghilangkan diri seketika dari dunia blog kerana saya dan keluarga pergi bercuti. Percutian kali ini saya tinggal di The Legend Cherating .  Kerana saya menang pakej hotel disini di dalam contest yang di anjurkan oleh kujie2.com. Terima kasih di ucapkan kepada Puan Kujie dan suami kerana memilih saya sebagai pemenang tersebut. Tempat tidur percuma.. :) aumm ~

Tetapi ini bukan lah percutian romantik sebab bawa keluarga .. berkongsi satu bilik dengan semua yang pergi. Untung sebab bilik villa di hotel legend cherating ni memang besar , jadi semua tidur di dalam satu bilik. Jimat disini boleh berjalan lebih banyak tempat.

Percutian kali ini , saya membuat satu kelainan dengan ada BBQ yang di buat sendiri dan berjalan-jalan ke Gambang Waterpark di Gambang Pahang

juga. Akan di update kemudian. 3 hari 2 malam dengan macam-macam aktiviti.

Layan gambar dulu la .. kenalkan famili saya …

cherating pahang - legend resort cherating

Laila dan damia , anak saudara ..

cherating pahang - legend resort cherating

Dengan adik .. cadang adik ni nak sewa bilik lain , tetapi fikir punya fikir  .. kami berkongsi bilik je la .. jimat sikit .. haha . kongsi bilik boleh sewa tilam dengan harga RM120 semalam , tetapi kami mengambil keputusan beli toto di The Store yang terletak tidak jauh dari hotel RM89.90 boleh pakai 3 hari.  Walaupun saya sewa di Pahang , tetapi kami membeli barang di Terengganu , kerana Cherating Pahang dah sempadan dengan Terengganu. Sebenarnya dah tahu sikit-sikit dengan tempat ini kerana dulu suami pernah bekerja Terengganu dan saya sendiri pernah ke sana. Apa yang lain adalah .. bawak mak sekali dan adik2 ni .. itu jek ..

cherating pahang - legend resort cherating

Saya dan mak tersayang …  jarang dapat bawa mak berjalan-jalan macam ni ..

cherating pahang - legend resort cherating

Adik dan suaminya ..

cherating pahang - legend resort cherating

Abe dengan anak-anak , semasa menunggu untuk check -in .. sampai nya terlalu awal , sudahnya kena tunggu lebih 2 jam di lobby sehingga sampai waktu untuk check – in.

cherating pahang - legend resort cherating

Saya dan abe ..

cherating pahang - legend resort cherating

Husna … semua pembaca setia mungkin dah kenal , anak-anak semua dah tunjuk minat untuk pegang kamera.

cherating pahang - legend resort cherating

Sesampainya di bilik hotel , anak-anak dah mulakan aksi ganas mereka.. lompat tanpa henti..

pemandangan dari dalam bilik hotel legend resort cherating

Pemandangan dari dalam bilik .. rupanya saya di beri bilik jenis villa , hanya ada 2 tingkat  … dan lebih privasi.. seronok betul tidur disini .. sunyi , aman , nyaman ..

opah ..

Opah dan cucu bersantai di koridor villa menghadap pantai :)

cherating pahang - legend resort cherating

Tak lama kemudian , anak-anak dah sibuk menyalin pakaian untuk ke kolam .. biasa diorang ni pantang jumpa air .. mesti tak sabar nak terjun. Selepas ini … semua turun ke kolam , memang gambar di ambil sikit-sikit , mana yang sempat je la .. masa di luangkan untuk bergumbira dengan famili .

Search

Comments

  1. Seronoknya cuti tepi pantai. Kena pergi juga tahun depan.

  2. cntiknye tempat tu…. teringin nak pegi
    Ummi Hanie recently posted..Sudah cukup cukup sudah…. naik ROLLER COASTER itu!My Profile

  3. Selesa hotelnya. Suka budak-budak lompat atas katil. :-)
    akubiomed recently posted..Coconut Shake Klebang Aku datangMy Profile

  4. Alamak…seronoknya puanbee…emm siap main game lagi tu…hahaha
    Hafizul recently posted..Harapan Untuk Melahirkan Anak Emas CikguMy Profile

  5. Wah..bestnyer bee dpt percutian percuma..akk pun da penah g cherating 2thn lps..nginap di suria cherating 3hr 2mlm..pastu lajak ke terengganu..kikiki..tp x mandi laut..ombak besar sgt..mandi kolam je..he3..
    MaMa3HerO PunyA CeritA recently posted..PENGALAMAN TERLIBAT DI DALAM KEMALANGANMy Profile

  6. bestnye g cerating.. aku teringn gak nk p.. tapi lom sampai2 lagi.. :)
    sicantikmatahari recently posted..Asyura’My Profile

  7. mesti best tempat ni. cherating pantainya landai kan…kurang risau sikit bila anak mandi, cuma risau tak nak naik je…
    Denaihati recently posted..Ajarkan Aku Menulis BlogMy Profile

  8. Bercuti bersama keluarga pun best :)
    Myra Jay recently posted..Jom Undi MJ untuk cabaran contest iPhone 5My Profile

  9. Selamat bercuti Puan Bee bersama keluarga.
    Arrazi recently posted..7 Teknik Berkesan Menguasai Bahasa Asing Dalam Masa 6 BulanMy Profile

  10. Nampak menarik kawasan resort ni, selalu dah lalu di sekitar cherating ni, tapi tak pernah lagi singgah. Nak tunggu artikel selanjutnya dari bee, kot2 hati ni akan terpanggil untuk singgah pula selepas ni.

    Bagus juga berkongsi ramai-ramai macam bee buat ni, lebih meriah sesama keluarga. :D
    eizil recently posted..Kepentingan pemilihan tajuk dalam penulisanMy Profile

  11. tahniah puanbee menang contest The Legend Cherating Resort dari kujie2u.
    donnyien recently posted..Idea menulis blog cara donnyienMy Profile

  12. seronoknya ..
    view dia cantiklah..bersih je..
    cikgu naman recently posted..iPhone 5 Gadget ImpianMy Profile

  13. Best la dapat jalan-jalan macam ni. Meriah! :D
    anif recently posted..Teka Teki Teka Tekuk #3My Profile

  14. Bestnya kak dapat percutian percuma macam ni. Dapat pulak luang masa bersama family. Blog memang patut kena letak tepikan. Baik abiskan masa dengan family je.
    Hazmin Hamudin recently posted..Fenomena Durian Crepe Atau Durian PancakeMy Profile

  15. waaahh… best nye dpt bercuti free…. pergi reramai plak tu.. best nyee .. bile la sye plak boleh gi bercuti..haishh :)
    Nadot recently posted..Mega Hartanah Bumiputera & Pizza HutMy Profile

  16. kami sekeluarga pun baru je blk bercuti dari Terengganu & sampai ke rumah haru Ahad lps. Percutian 4 hari 3 malam. Puas jalan2 sekitar KT..

  17. Teringin nak melancong ,maybe next year
    Asrul recently posted..Cara Menguruskan BadanMy Profile

  18. bestnye jenjalan kat cherating
    PinkUmmi recently posted..Tawaran super hebakkk : Semudah ABC….Saya sudah..Anda bila lagi? (^_^)My Profile

  19. PM tak pernah lagi sampai ke Cherating…hotel tuh nampak menarik…view bilik menghadap laut pasti menjadi lebih menarik kan…:)
    papa mifz recently posted..KidalMy Profile

  20. Punyalah dok tunggu entri ni sebab nak tengok gambar..hihi
    owh…villa yang hujung sekali tu ye, dulu pun dok situ
    share gambar anak-anak yang berlonjat atas katil tu dengan abang…seronok tengok budak-budak happy.

    nampak lobby hotel mewah….wahhh..kak jie pun tak sabar ni bee, dah booking 20-22hb ni.
    Kujie recently posted..Tasik Kenyir Aku Datang!My Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge