Dara Semula Dengan Vibrant Kegel Device 42


Mari kita rungkaikan kenapa wanita perlukan sangat vibrant kegel device ni , kelmarin saya telah di jemput untuk ke satu event yang di lancarkan oleh Bioinfinity bagi menjelaskan lagi secara tepat , terang dan jelas kenapa wanita harus sangat pentingkan senaman otot pelviks kita. Dan Vibrant kegel device adalah satu alat yang akan memudahkan proses senaman kegel yang di buat , atau orang tua-tua dulu dalam masyarakat melayu , diorang akan cakap “senaman kemut”

Sebelum majlis bermula , mesti lah ada minum-minum dulu , iyalah ..dari 9.30 pagi sehingga ke jam 2.00 ptg hendak berada bersama dengan ramai blogger lain untuk memahami proses senaman kegel yang lebih berkesan , tak kan tak makan kot. Pengsan puanbee nanti. yooo lah ..

Yang pastinya ramai blogger yang hebat-hebat ada disana , kakinakl , yanmieonline , misssunshine , ciklailyputih , jardness , kakemilayusof , eiii ramai lagi .. nanti saya tengok kad diorang semua n update lagi.

Semua blogger juga gila bergambar , kamera toksah cakap ..punya lah banyak .. ni pun ada banyak gambar dalam laptop , tapi saya upload sikit jek lah buat tatapan pembaca semua.

Bergambar ramai2 setelah mendengar ucapan dari DR.Suhaila Specialist fisioterapi HUKM , menjelaskan kenapa wanita yang telah pun berkahwin atau pun yang lakukan seks dengan kerap harus membuat senaman kegel dengan betul.

Dr Suhaila yang cute , saya sebenarnya mula-mula agak malu nak tulis pasal benda ni dalam blog , tapi lepas dengar ucapan DR. Suhaila ni saya rasa , tak ada apa nak di malukan , benda ni sensitif bagi sesetengah orang , tapi benda ni juga lah yang perlukan perhatian. Sangat-sangat.

Jika wanita tak menitik beratkan senaman kegel ni , kemungkinan.. rahim jatuh , usus terkeluar , uterus terkeluar akan terjadi , tengok saja gambar di atas , takut tak ? kalau saya memang sangat-sangat takut .. saya tak mahu perkara itu terjadi pada saya , tidak kira dalam masa sekarang ataupun masa depan.

Otot pelvik wanita adalah satu otot yang menampung kesemua usus , buah pinggang , rahim dan juga uterus , setiap kali wanita membebankan otot tersebut dengan beranak , batuk yang kuat , megandung berkali-kali , mengangkat berat , maka risiko untuk peranakan jatuh adalah amat tinggi.

Bila peranakan jatuh atau sebenarnya Otot Pelvik semakin lemah , sistem dalaman wanita akan terganggu contohnya .. wanita akan mengalami kesan seperti berikut :

  1. Tak boleh menahan air kencing
  2. Selalu rasa nak kencing dan tak puas kencing.
  3. Saluran darah di kawasan perut , rahim dan buah pinggang terganggu.
  4. Rasa sakit di bahagian peranakan, kerana kedudukan sebenar telah lari dari kedudukan asal.
  5. Terkencing dalam seluar semasa batuk , jogging atau ketika memberi tekanan ke perut.
  6. Tidak selesa
  7. Tidak dapat memberi kepuasan kepada pasangan ketika melakukan hubungan intim
  8. Rasa sakit ketika melakukan hubungan kelamin.
  9. Rahim jatuh , saluran uterus terkeluar dan juga sakit belakang adalah kesan otot pelvik yang lemah.

Menurut DR.Suhaila lagi , setiap orang akan mengalami kesan yang berbeza. Tidak semua kesan di atas akan dapat serentak kepada pesakit. Dan ada sesetengah pesakit tidak sedar pun yang di sendiri telah mengalami beberapa kesan oto pelvik lemah ni.

Sebabnya perkara ini selalunya di anggap biasa.. orang selalu cakap “bila dah beranak pinak , biasalah terkencing sikit dalam seluar bila batu , biasalah tu .. bila suami tak puas sangat .. dah tak ada dara” kononnya lah ..

Wanita yang berisiko tinggi untuk berhadapan dengan masalah peranakan jatuh adalah mereka yang mempunyai berat badan berlebihan, berdepan masalah batuk atau sembelit kronik atau ada ketumbuhan besar dalam abdomen dan tidak terkecuali wanita yang sering melakukan kerja berat (mengangkat benda berat).

Semua di atas boleh di elakkan dengan cara yang paling senang iaitu senaman kegel atau di kenali oleh masyarakat biasa senaman kemut. Tapi .. adakah senaman kemut yang kita buat tu betul ? memang semasa kita kemut tu otot pelviks kah ? atau otot-otot di sebelah punggung  atau peha ?

Semasa perjumpaan di buat ,saya dan ramai blogger yang bertuah telah pun di beri tunjuk ajar oleh DR.Suhaila untuk mencari kedudukan rahim dan otot pelviks yang betul , ada sesetengah orang akan dapat tahu dimana tempat yang betul untuk bersenam otot meraka melalui kedudukan meniarap , berdiri , duduk betinggung dan juga baring , sangat-sangat membantu dan seronok ketika itu..

Namun.. kita masih tak tahu .. sama ada senaman kemut kita tu betul ke tidak ? kalau bertahun-tahun kita buat , tapi bukan otot pelviks yang bergerak .. tak ada gunanya..

Oleh itu , alat yang di beri nama Vibrant Kegel Device ini sangat membantu anda , dan saya untuk melakukan senama kemut tersebut. Bunyi macam lucah saja kan ? gegar-gegar kan rahim kita dengan benda ni , tapi bila fikir kebaikkannya .. maka semua perasaan malu tu haruslah di buang jauh-jauh.

Bila kita dah buat senaman kemut yang betul dengan adanya alat Vibrant Kegel Device ni , maka .. banyak perubahan dapat di lakukan.

Antaranya :

  1. Memantapkan lagi otot vagina , menambah kan kemut tersebut seterunya meningkatkan nikmat hidup dalam rumah tangga , ya lah selepas wanita beranak anak , otot pelviks kita telah pun mengembang dan ianya perlukan senaman yang betul untuk kembali anjal dan sihat.
  2. Menguatkan pundi kencing dan dapat elakkan kes terkencing di dalam seluar ketika batuk dan juga berlari. Mengikut statistik 80% wanita menderita penyakit pundi kencing lemah , disamping mengambil ubat-ubatan antara rawatan lain ada membuat senaman kegel.
  3. Meningkatkan kualiti dalam melakukan hubungan seks , sangat bermanfaat untuk kehidupan si siteri dalam membahagiakan suaminya , lelaki sendiri sukakan ” kemut yang kuat itu ” ya tak ?
  4. Meningkatkan postur tubuh , abdomen dan mencantikan lagi bentuk badan wanita , kerana Vibrant kegel devil ini akan memberi senaman otot secara menyeluruh di kawasan rahim dan juga otot-otot pinggang .(menurut DR.Suhaila juga , siapa yang selalu mengalami sakit belakang , atau sakit di bahagian pinggang belakang pun boleh hilang selepas melakukan senaman kegel dengan betul)
  5. Selamat dan berkesan 100% kerana dengan menggunakan alat ini , ianya memberi senaman ke atas otot yang betul.

vibrant kegel device

Semua wanita patut ada satu alat senaman kegel ni , untuk memantapkan lagi kesihatan dan kebahagiaan rumahtangga kita. Alat senaman ini selamat kerana di buat dari silicon perubatan , antibakteria. Ianya adalah produk silicon terbaru yang di keluarkan di eropah.

Senang nak bawa kemana – mana , mudah alih dan di datangkan dengan bekas kedap udara yang selamat , juga mempunyai pencucinya sendiri.Mempunyai waranti selama setahun dari tarikh pemberlian.Tak ada kesan sampingan perubatan , boleh guna lama.

Sistem gegarannya , memberi rasa kepada pengguna untuk mengetahui senaman yang dilakukan adalah betul.Vibrant Kegel Device adalah kalis air dan boleh bertahan selama lebih kurang 2 tahun lamanya ..

Ok dah selesai bagi penerangan panjang lebar , jom minum kopi dulu .. hehe dengan kak emilayusof ..

Senyum , semua blogger memang peramah dan suka senyum , meriah majlis .. di atas adalah miss sunshine , rasanya.. di bawah adalah .. dengan akk kita sorang tu yanmieonline .. muahaha .. keseluruhan cerita saya enjoy dan tidak sabar mencuba untuk gegarkan Otot Vagina saya .. Saya selesa , suami pun suka….

Apa lagi .. jom dapatkan set Vibrant Kegel Device korang sekarang jika rasa sanyang kan tubuh badan sendiri dan sayangkan suami .. hehe boleh dapatkan secara online di www.mybioinfinity.com , SHINS outlets , pusat kecantikkan terpilih dan juga kebanyakkan hospital di Malaysia dengan harga RM498.00 Sahaja.Customer care line adalah 1700-81-0142

Untuk wanita yang telahpun melakukan hubungan kelamin dan berkahwin sahaja , tidak di rekomenkan kepada anak dara ya ..tak sesuai.. Kecuali terdapat masaalah yang tertentu untuk anak dara menggunakan alat ni ..

Dibawakan oleh puanbee dengan kerjasana dengan rougecmms.com dan mybioinfinity.com. Kelakar pula tengok jawapan kepada teka teki disini 

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

About puanbee

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at puanbeedotcom@gmail.com , thank you :)


Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

42 thoughts on “Dara Semula Dengan Vibrant Kegel Device