Daftar Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRA) Untuk Kakak 8 Tahun

Rupa-rupanya baru saya tahu terdapat pelbagai jenis sekolah agama rakyat di kl ni , jenis sekolah agama itu juga terbahagi kepada banyak cabang.. Sebelum ini saya tak sempat daftar anak kemana-mana sekolah agama , semasa kakak berumur 6 tahun saya masih berkerja , sibuk dengan kerja sampai saya terlepas waktu untuk mendaftar di mana-mana sekolah agama di tambah lagi banyak faktor lain.. heheh paling utama lah tak tahu jalan ke sana sini , agak susah .. tapi sekarang saya dah pun jadi ibu sepenuh masa , ada banyak masa nak meronda untuk cari sekolah … pelusuk kampung / jalan / taman semua saya terjah , sehingga kan saya jumpa banyak pula sekolah agama ..

Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRA) terbahagi kepada dua jenis , satu bawah naungan JAWI dan satu lagi bawah naungan JAIS. Kemudian dengar pula cerita SRA yang ada KAFA ni bagus sebab ada Peperiksaan untuk budak-budak SRA dan KAFA , peperikasaan penilaian SRA / KAFA ini pula setanding dengan peperiksaan UPSR lah kelayakkanya …

penilaian sekolah rendah agama rakyat
penilaian sekolah rendah agama rakyat

Ibu bapa kena pandai pilih sekolah agama lah ada yang tak ade peperiksaan itu dan ada sekolah yang sediakan peperiksaan itu , mengikut kata guru sekolah KAFA yang saya jumpa tempoh hari .. Ada sekolah agama yang tak perlu bayar yuran bulanan tapi tak ada Penilaian SRA dan ada sekolah agama yang kena bayar yuran bulanan tapi ada Penilaian SRA.

FAKTA
Sebanyak 436 pusat peperiksaan disediakan untuk melaksanakan peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama Sekolah-sekolah Rendah Agama JAIS . Peperiksaan yang bermula pada 26 September dan berakhir pada 29 September turut melibatkan seramai 1500 orang pengawas peperiksaan. Jumlah keseluruhan SRA dan KAFA yang terlibat adalah sebanyak 612 buah sekolah.

Saya daftarkan kakak di sekoalh bawah JAIS lah dah saya tinggal area selangor .. hehe bab yuran belum tahu , guru di situ kata tengah tunggu keputusan kerajaan sama ada dapat bantuan buku teks sepenuhnya atau pun tidak …. mintak-minta dapatlah bantuan kerjaan kurang sikit bayarannya …

Yang paling saya suka tempat nya ni sama je dengan taski untuk una nanti .. yang pentingggg!!

UPDATE INFO :

Dari Adam narzuan : Sekarang ni pelajar terbaik di SRA JAWI akan meneruskan pengajian mereka di SMA Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(SMA MAIWP).SMA MAIWP telah dintergrasikan bersama Kementerian Pelajaran Malaysia… So, parent yang mahukan anak mereka belajar di SRA JAWI, boleh membuat pendaftran di 75 buah SRA di seluruh wilayah persekutuan..

Sekolah Agama (Kafa Integrasi)

menyediakan pendidikan bersepadu menggabungkan kurikulum Pendidikan Jabatan Agama Islam Selangor [JAIS] dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia [JAKIM]

Pelajar akan menduduki peperikasaan

A] Tahun 5 – Ujian Penilaian Kelas KAFA [UPKK-JAKIM]

B] Tahun 6 – Penilaian Sekolah Rendah Agama [PSRA-JAIS]

Matapelajaran 

  • Tilawah
  •  Al-Quran
  • Hafazan
  • Tauhid
  • Feqah
  • Sirah
  • Akhlak
  • Tajwid
  • Khat
  • Bahasa Arab
Kokurikulum
Tahap 1
  • Amali Solat
  • Hafazan
  • Amal Islami
  • Lawatan
  • Sambutan Hari-hari kebesaran Islam
Tahap 2
  • Amali solat
  • Hafazam
  • Amal Islami
  • Motivasi
  • Khatam Al-Quran
  • Qiamulail
  • Lawatan

Search

Comments

  1. anak saya thn dpn drjah 4,ade asrama disediakn?nk tau jgk psl yurn..0172584935

  2. SRA ni ada disemua negeri..semua dibawah urusan jabatan agama islam negeri masing..kalau selangor JAIS, Kuala lumpur JAWI, kalau johor bawah jabatan agama islam johor. Pada sekitar tahun 80an dah wujud sekolah SRA ni.. dan saya berkesempatan sekolah di SRA dari darjah 1-6. sekolahnya sama spt sekolah kebangsaan juga, ada guru besarnya, ada ustaz dan ustazzahnya. pada masa dulu ada 10 mata pelajaran, tiap2 bulan ada ujian bulanan, dan 2 kali setiap tahun akan ada ujian penilaian(peperiksaan). Bila darjah 6 akan ada peperiksaan SDE (sijil Darjah Enam) yang sekarang telah dinamakan UPSRA.

    JAWI or JAIS silibusnya lebih kurang sama, kedua2nya ada fekah, tauhid, tajwid, akhlak, sirah, bahasa arab, khat, al-quran dan lain2. Yang berbeza adalah KAFA, dimana kafa merupakan kelas fardu ain, tapi masih dikendalikan di bawah jabatan agama islam. Apa pun namanya sekarang tidak menjadi hal..yang penting anak2 mendapat pendidikan agama seawal mungkin, maklumlah kita pun bukan tinggi ilmu nak ajar anak2 kita.. jadi inilah peluang yang ada utk ibu bapa ambil.. SRA tidak dikenakan apa2 yuran bulanan, hanya bayaran buku diperlukan, di bawah JAIS dahulu saya mendapat buku teks pinjaman, tapi tidak tahu la sekarang masih lagi ada pinjaman atau pun kene beli.. masa berubah.. setakat ini anak saya sekolah di SRA (wilayah – JAWI) hanya membeli buku teks dan aktiviti, yuran tidak dikenakan. Kafa juga telah banyak wujud rata-rata hanya mengenakan bayaran bulanan sebanyak RM10 sebulan di putrajaya. silibusnya adalah dari JAWI sendiri. ibu bapa boleh la buat pilihan nak hantar ke mana yang penting ilmu yg nak disampaikan… :)

  3. al-kelangi :

    PERINGKAT PENDIDIKAN
    1. Tahfiz Peringkat Rendah Darjah 1-6.
    2. Tahfiz Peringkat Menengah Tingkatan 1-3

    SISTEM PENDIDIKAN

    PERINGKAT RENDAH DARJAH 1-6
    1. Tahfiz + Akademik + Kurikulum JAIS (SRA)
    2. Tahfiz + Akademik
    3. Tahfiz Sahaja.

    PERINGKAT MENENGAH TING 1 – 3
    1. Tahfiz sahaja.
    2. Tahfiz + Silibus Al-Azhar.

    TAHAP HAFAZAN PERINGKAT RENDAH.

    DARJAH UMUR MASA JUZUK HAFAZAN PENGAMBILAN
    1 7 1 tahun 5 Juzuk Juzuk 26-30 5 pelajar
    2 8 1 tahun 5 Juzuk Juzuk 21-25 5 pelajar
    3 9 1 tahun 5 Juzuk Juzuk 16-20 5 pelajar
    4 10 1 tahun 5 Juzuk Juzuk 11-15 5 pelajar
    5 11 1 tahun 5 Juzuk Juzuk 06-10 5 pelajar
    6 12 1 tahun 5 Juzuk Juzuk 01-05 5 pelajar
    – – 6 tahun 30 juzuk – 30 Pelajar

    TAHAP HAFAZAN PERINGKAT MENENGAH

    TING UMUR MASA JUZUK HAFAZAN PENGAMBILAN
    1 13 1 tahun 5 Juzuk Juzuk 26-30 10 Pelajar
    2 14 1 tahun 7 Juzuk Juzuk 19-25 10 Pelajar
    3 15 1 tahun 8 Juzuk Juzuk 11-18 10 Pelajar
    4 16 1 tahun 10 Juzuk Juzuk 01-10 10 Pelajar
    – – 4 tahun 30 juzuk – 40 Pelajar

    CUTI MA’HAD

    60 hari setahun iaitu:

    2 hari setiap akhir bulan Jan – Nov 22 hari (Sabtu & Ahad)
    Idul Adha 07 hari
    Idul Fitri 11 hari
    Akhir tahun 20 hari
    Jumlah cuti 60 hari

    KOKURIKULUM
    1. Kelas pertuturan bahasa arab seminggu sekali
    2. Kelas taranum sebulan sekali
    3. Kelas pidato sebulan sekali
    4. Kelas seni khat sebulan sekali
    5. Kelas motivasi 2 bulan sekali
    6. Tahsin Wudhuk sebulan sekali
    7. Tahsin Solat sebulan sekali.
    8. Kursus Imam & Bilal setahun sekali
    9. Kursus Janazah setahun sekali.
    10. Kursus sembelihan binatang setahun sekali
    11. Kursus Ibadah Haji setahun sekali

  4. al-kelangi :

    PERINGKAT PENDIDIKAN
    1. Tahfiz Peringkat Rendah Darjah 1-6.
    2. Tahfiz Peringkat Menengah Tingkatan 1-3

    SISTEM PENDIDIKAN
    PERINGKAT RENDAH DARJAH 1-6
    1. Tahfiz + Akademik + Kurikulum JAIS (SRA)
    2. Tahfiz + Akademik
    3. Tahfiz Sahaja.
    PERINGKAT MENENGAH TING 1 – 3
    1. Tahfiz sahaja.
    2. Tahfiz + Silibus Al-Azhar.
    TAHAP HAFAZAN PERINGKAT RENDAH.

    DARJAH UMUR MASA JUZUK HAFAZAN PENGAMBILAN
    1 7 1 tahun 5 Juzuk Juzuk 26-30 5 pelajar
    2 8 1 tahun 5 Juzuk Juzuk 21-25 5 pelajar
    3 9 1 tahun 5 Juzuk Juzuk 16-20 5 pelajar
    4 10 1 tahun 5 Juzuk Juzuk 11-15 5 pelajar
    5 11 1 tahun 5 Juzuk Juzuk 06-10 5 pelajar
    6 12 1 tahun 5 Juzuk Juzuk 01-05 5 pelajar
    – – 6 tahun 30 juzuk – 30 Pelajar

    TAHAP HAFAZAN PERINGKAT MENENGAH

    TING UMUR MASA JUZUK HAFAZAN PENGAMBILAN
    1 13 1 tahun 5 Juzuk Juzuk 26-30 10 Pelajar
    2 14 1 tahun 7 Juzuk Juzuk 19-25 10 Pelajar
    3 15 1 tahun 8 Juzuk Juzuk 11-18 10 Pelajar
    4 16 1 tahun 10 Juzuk Juzuk 01-10 10 Pelajar
    – – 4 tahun 30 juzuk – 40 Pelajar

    CUTI MA’HAD

    60 hari setahun iaitu:

    2 hari setiap akhir bulan Jan – Nov 22 hari (Sabtu & Ahad)
    Idul Adha 07 hari
    Idul Fitri 11 hari
    Akhir tahun 20 hari
    Jumlah cuti 60 hari

    KOKURIKULUM
    1. Kelas pertuturan bahasa arab seminggu sekali
    2. Kelas taranum sebulan sekali
    3. Kelas pidato sebulan sekali
    4. Kelas seni khat sebulan sekali
    5. Kelas motivasi 2 bulan sekali
    6. Tahsin Wudhuk sebulan sekali
    7. Tahsin Solat sebulan sekali.
    8. Kursus Imam & Bilal setahun sekali
    9. Kursus Janazah setahun sekali.
    10. Kursus sembelihan binatang setahun sekali
    11. Kursus Ibadah Haji setahun sekali

  5. al-kelangi :

    SYARAT KEMASUKAN PELAJAR MA’HAD TAHFIZ AL-GHAZALI ( KELANG)
    1. Berumur 10 – 12 tahun & 13 – 15 tahun lelaki sahaja.
    2. Pelajar berusia 7 – 9 tahun boleh berulang alik atau tinggal di asrama.
    3. Sihat tubah badan dan tiada sebarang penyakit yang kronik
    4. Surat/Sijil berhenti sekolah dan surat kelahiran anak.
    5. Keputusan peperiksaan sekolah rendah & menengah.
    6. Mengisi borang pendaftaran di pejabat
    7. Bercita-cita untuk belajar dan menghafaz al-quran.
    8. Mampu mengurus diri dengan baik dan rapi
    9. Boleh membaca al-quran dengan baik dan lancar.
    10. Boleh menepati waktu belajar yang telah di tetapkan.
    11. Boleh membaca Bahasa Melayu, tulisan Jawi dan Bahasa arab.
    12. Boleh menulis tulisan Melayu, tulisan Jawi dan tulisan Arab dengan elok.
    13. Boleh mematuhi disiplin dan peraturan asrama serta ma’had.
    14. Sebaik-baiknya telah khatam al-quran agar mudah untuk menghafaz
    15. Berbudi pekerti baik, mulia dan luhur.
    16. Tempoh menghafaz selama 3 tahun sahaja dan di lanjutkan jika perlu.
    17. Lulus temuduga jika di panggil
    18. Menandatangani surat akuan amanah
    19. Berambut pendek dan sentiasa kemas serta tidak menimbulkan masalah.
    20. Pengambilan pelajar adalah terhad 90 orang sahaja mengikut umur.
    21. Tarikh masuk asrama pada Ahad, 6hb Januari 2013 bersamaan 23 Safar 1434H jam 8.00 pagi.

  6. Update Info ye kak bee.. Sekarang ni pelajar terbaik di SRA JAWI akan meneruskan pengajian mereka di SMA Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(SMA MAIWP).
    SMA MAIWP telah dintergrasikan bersama Kementerian Pelajaran Malaysia… So, parent yang mahukan anak mereka belajar di SRA JAWI, boleh membuat pendaftran di 75 buah SRA di seluruh wilayah persekutuan..

  7. Teyra Kamaruzzaman :

    Ktne niey? Mcm mana nak daftar?

  8. memang bagus….

  9. emm..baguslah. Memang bagus.. :)
    titan recently posted..Sudah tak ada masa..My Profile

  10. Wah, Kakak dah sekolah agama…….
    Uiiit, bEe pun baru tahu fakta ttg sekolah agama ni ;)
    Thanks puanbee berkongsi!

  11. Makin banyak baca komen ni makin konfius dan tak faham pulak saya :(

    Tahun depan anak saya masuk darjah 1. Tapi mama dia yang uruskan masuk sekolah agama ni, maklumlah saya duk jauh dr famili. Nanti saya cek dengan isteri saya. Bagus juga info begini.
    faizul recently posted..Beli T-Shirt Online Dengan Design SendiriMy Profile

  12. Tahniah Bee..

    Semoga kakak semakin rajin belajar nanti..
    kakyong recently posted..Cadangan naikkan elaun ahli Parlimen ditarik balik.. bagus kan.My Profile

  13. Salam puan bee, sorilah lari tajuk ckit.. Cemna nak ubah ‘width sidebar’ untuk theme ni yer.. Saya dah cuba tutorial dalam web diorg, tapi x jadi, maklumlah, x faham BI…hu3
    Jai recently posted..Jadual & Keputusan Suku Akhir Pertama Piala MalaysiaMy Profile

    • wasalam tak pe ..guna theme 8 50px, Right Sidebar lepas tu cari code
      /* Narrow width – Right sidebar

      gantikan semua di bawah dengan yang lama , tengok mula dari .narrow-sidebar ye ..

      .narrow-sidebar-right #page { max-width: 1000px;} /* This little bit controls the width */
      .narrow-sidebar-right #primary {
      float: left;
      margin: 0 -32.4% 0 0; /* increased by 2% to widen sidebar */
      width: 100%;
      }
      .narrow-sidebar-right #content {
      margin: 0 40% 0 2.6%; /* reduced the left content margin by 2% */
      width: 64.4%; /* increased by 2% to widen content */
      }
      .narrow-sidebar-right #secondary, .narrow-sidebar-right #extra-sidebar {
      float: right;
      margin-right: 1.6%; /* controls right margin for right sidebar, reduced by 2%*/
      width: 28.8%; /* increased by 2% to widen sidebar */
      }

  14. terima kasih puan bee.

    ema pun ingat nak daftarkan anak kat sekolah agama je tahun depan. tahun depan dah 6 tahun. lagipun sekolah memang dah dekat juga dgn rumah. dah dua tahun sekolah tadika yg sama..takut dia bosan jer.
    mamaema recently posted..bajet nak jumpa artis kat siniMy Profile

  15. adoi macam2 komen,naik pening juga untuk daftar aiman nti yer..kutu dulu sek pg macam biasa, petangnya ada fardu ain.sekolah agama petang tu memang ajar semua, baik alquran dan tajwid,sirah,fekah n macam2 lg.tp mengaji kt tok guru lain pulak la.setahu kutu yg ada macam nie beberapa negeri jer.tempat kutu ada.amik periksa kafa jugak..tp budak skang tgok silibus jauh beza dengan kita dulu.masa kutu dulu cuma 5mata pelajaran.budak skang tak tau la..
    puan kutu recently posted..Contest : Kisah Dongeng Tengku Puteri & Puan KutuMy Profile

  16. Ummi Hanie :

    sebelum ni ank nis dimasukkan ke KAFA kat USM (tmpt keje abahnye tu..) tp entah ade problem ape,diganggu most probably , dia dah xmau pegi … sedey gak Nis tp nak wat cmne ,xleh nk paksa2 kan .. alhmdllh le dia rajin solat n dpt markah elok utk subjek agama di skolah kebangsaan biase ni
    Ummi Hanie recently posted..Mencari nama bayiMy Profile

    • hanis .. bukan tak boleh anak belajar dirumah , tapi bee ngaku bee tak mampu nak bagi arahan itu ini pada kakak , setakat suruh solat tu boleh , tapi kalau baca buku memang susah ..kadang2 bee stress .. bila pergi belajar disekolah atau kelas tuisyen dia boleh sebab belajar ramai2 .. dia jenis tk suka belajar sroang2 ..pastu dirumah asyik nak tengok tv aje .. bee sendiri bosan dengar bee bebel kat dia hehehe …

      • noraspalela mahat :

        Anak umur 10th.anak nampakny cendrong tentang agama.saya brminat nk antar anak ke sek agama tafiz yg diitraf krajaan di mlaka kl or ns klu boleh .Ada cadangan x dimana saya nk hantar anak saya.Saya x faham n kurang kenalan utk bertanya.

  17. zaman sekarang ke sek. agama memang sangat perlu. ade silibus x cover dlm sekolah rend. keb. n zaman tambah pulak zaman penuh uijian ni.
    Denaihati recently posted..Pesanan Sifu untuk jadi Blogger berjayaMy Profile

    • memang saya pun rasa begitu .. sbb sekolah rendah pun ada arab , sy tk pandai arab kena juga hantar sekolah agama utk dia belajar arab ..

  18. Alhamdulillah hantar anak di SAR ni, sekurang-kurangnya mereka dapat banyak asas pendidikan agama yang antaranya kita tak sempat nak berikan pada mereka.
    Kak Long Mawar Merah recently posted..Menangi Hadiah Penginapan Percuma dan Wang Tunai dalam Peraduan Tulis dan Menang di mawarmerah2008.comMy Profile

  19. Moga ini yang terbaik buat bee dan anak2..
    ummiross recently posted..MENABUNG 30 SEN AKHIRNYA KE MEKAHMy Profile

  20. wah bagusnya bee wat entry ni.. baru je tadi berborak dgn opismate ttg sekolah hafiz..
    mama pipie recently posted..Kisah bantal busuk lagiMy Profile

  21. Alhamdulillah, sekurg2nya anak2 kita trdedah dlm bidang agama..biar seimbang akademik n agama..Anak2 akak seawal thn 1 akak dh masukkan n alhamdulillah mrk lebih bagus dlm bacaan Al_Quran berkaitan tajwid…. Dan kreditnya kalau kita ingin masukkan ke SMKA anak2 kita ada sijil UPKK….Tahniah utk Bee.
    nza recently posted..Asthma Menyerang..My Profile

    • iyer ke kak ? cer tengok komen Pacifista lak

      • Pacifista :

        kes ni berlaku pada anak GPK1 sekolah saya.anak dia amik SRA dulu.bila nak masuk SMKA dia tak boleh masuk.jadi dia terpaksa menggunakan pengaruhnya untuk masuk ke SMKA ni…

        apapun kak bee dapatkan nasihat dari yang bertanggung jawab untuk make sure perkara ni.esok saya cuba tanyakan dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI)…
        Pacifista recently posted..Ustaz Tak Ajar Macam Ni…My Profile

  22. Pacifista :

    info: SRA ni tak boleh masuk SMKA untuk sekolah menengah.tapi boleh masuk SMK dan SMA…
    Pacifista recently posted..Ustaz Tak Ajar Macam Ni…My Profile

  23. bee, make sure pilih sekolah agama yg ada PSRA dan PKK. sebab kedua2 penilaian ni akan support masa apply masuk sekolah berasrama penuh nanti….

    sekolah agama anak2 aku under JAIS. start tahun lepas dah dpt bantuan buku teks. ringan sikit.. :)
    kakngah recently posted..buat apa dengan hati?My Profile

    • yup saya pilih sekolah tu lah kak.. baru tahu info ni masa nak daftarkan aliya kalau tk pilih yg dekat aje heheh … dpt eh ? murah lah sikit bayaran kan .. leh taham gaks harga dia tu ..huhuhuh

  24. memang bagu kalau hantar ke SAR.. banyak ilmu yang di luar silibus sekolah di ajar.. itu yang perlu sebenarnya..
    CMRatu recently posted..Siapa dalam gambar ini?My Profile

  25. InsyaAllah 6-7 tahun lagi baru akan buat benda ni :)
    Huzaifah recently posted..Entri Gambar Pelik dan Luar Biasa – Jom LIKE!My Profile

  26. SAR memang bagus.. bukan sekadar habiskan silibus sahaja.. banyak pengetahuan dan pendidikan agama yang lain di ajar..
    CMRatu recently posted..Siapa dalam gambar ini?My Profile

  27. Oooo..baru saya tau.
    Hmmm…
    juanita recently posted..Kenapa perluMy Profile

  28. macam tu la plak ye.yang chii tau cuma skolah agama biasa je. ehehe. almaklumlah,dulu2 x g skolah agama pun
    chii recently posted..Jangan MerokokMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

Hakcipta Terpelihara · PuanBee.com · Diselia dan diselenggara oleh AI MEDIA NETWORK
%d bloggers like this: