Cuti Umum 11 April Bersempena Pertabalan Agong / Program April Di Sekolah.

11 April adalah hari cuti umum , saya baru sahaja dapat surat dari sekolah aliya untuk pemberitahuan cuti-cuti dan program sekolah sepanjang bulan April , jika kita tengok betul-betul cuti ganti untuk Hari Raya Aidiladha telah pun bermula bulan april ini.

cuti umum 11 april

Selain dari cuti petabalan Yang di-Pertuan Agong , juga ada beberapa perkara penting untuk anak-anak.Ianya adalah saringan linus untuk tahun 3. Anak saya masih di tahun 2 , jadi tidak ada saringan linus lagi , tapi kami dah bersedia untuk linus , markah linus adalah untuk menguji kecekapan anak-anak membaca.

Hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (gambar) pada 11 April

Hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (gambar) pada 11 April depan diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan berkata, pengisytiharan hari kelepasan am itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Bagi Sabah dan Sarawak, tindakan diambil oleh kerajaan-kerajaan negeri tersebut mengikut undang-undang negeri masing-masing,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Sumber : Kosmo.

  1. Jadual cuti umum 2012
  2. Download Calendar 2012 Template Microsoft | Download Kalendar 2012

Comments

  1. yesszaaa cuti lagi..hiruk pikuk rumah bila semua anak bercuti nanti..mak ashik fikir nak masak apa dari pagi hingga ke petang

  2. ahhhh lega boleh rihat2 kat rumah 🙂

  3. cuti hari rabu yer… yg dok rumah ni.. cuti pun tak rasa mcm cuti.. org yg bekerja lah yg best…

  4. Saya awal-awal sudah tanda di kalendar. 🙂

  5. nk qadho cuti…… weekends ni hubby xde kat umah… hukhukkk…

  6. cuti lagi…seronoknya dapat berehat biarpun sehari..

  7. bagus pbee ingatkan cuti Hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong, rasanya ramai yg lepas pandang atau xtau.

  8. Sayang nya hari rabu pulak..macam tak terasa nikmat cuti tu….

Speak Your Mind

*