Contoh Gambar Perkahwinan Exclusive Norman Hakim & Memey

Hahah malam-malam buta baru dapat update blog , tengah tengok-tengok komen ada pulak komen dari seorang photographer (Nizam ) untuk perkahwinan Norman Hakim dan Memey nanti. Nizam membenarkan saya kongsi beberapa keping gambar lelaki kacak Norman Hakin dan Memey dengan pakaian pengantin mereka .. teruja !

kenapa saya teruja ? baju pengantin Memey cantik ya amat ! Baca pula di portal berita para pereka baju pengantin mereka tu bukan calang-calang orang ok , dan lagi nak bagi korang hangat hati ..selepas mereka berpakaian pengantin hasil rekaan pereka terkenal itu , baju tersebut akan di pamerkan untuk satu acara istimewa di Muzium Negara pada 26 November hingga 31 Disember depan.

Contoh Gambar Perkahwinan Exclusive Norman Hakim & Memey

Contoh Gambar Perkahwinan Exclusive Norman Hakim & Memey

Bertuah ko Memey hoiiiii.. itu lah rezeki ayam nampak di kakinya , rezeki manusia siapa yang tahu .. rezeki puanbee lagi ler malu nak singgah .. muahahahh…

Norman dan Memey bakal bernikah pada 24 September depan di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor. Sehari selepas itu majlis resepsi di rumah pihak perempuan akan diadakan.

Pada 28 September depan pula, majlis perkahwinan yang bernilai RM12 juta, akan diadakan di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur, ditaja sepenuhnya oleh jenama barangan kemas, Rafflesia.

Gambar Perkahwinan Exclusive Norman Hakim & Memey

Gambar Perkahwinan Exclusive Norman Hakim & Memey

Tema majlis perkahwinan itu berkonsepkan Kosmopolitan dan hanya 200 orang tetamu sahaja di undang iaitu pihak media dan selebriti.

Menariknya Memey akan menyarungkan gaun pengantin pereka tersohor dunia, Vera Wang pada majlis perkahwinannya pada 28 September itu. Vera Wang beb! adehh makan hati lah saya kehkeh ..

Menurut perancang perkahwinan mereka, Billbora, gaun yang menjadi pilihan selebriti Hollywood seperti Kim Kardashian, Mariah Carey dan Invanka Trump itu telah dibeli oleh Rafflesia, menerusi sebuah agen di Hong Kong.

“Memey akan mengenakan dua gaun pengantin pada majlis tersebut dan salah satunya daripada rekaan Vera Wang yang berkonsepkan Bohemian. Bagaimanapun ia bukanlah ditempah khas sebaliknya dibeli oleh pihak Rafflesia yang inginkan kelainan pada majlis tersebut.

“Sebuah lagi gaun yang akan dikenakan pula direka khas oleh tiga pereka tempatan daripada Rafflesia dengan bertatahkan mutiara gred A yang bernilai RM500,000,” katanya

Tambah Billbora, bagi pakaian pengantin lelaki pula, Norman akan mengenakan dua pasang sut tradisional Inggeris rekaan Lord’s Taylor bernilai RM10,000 setiap satu.

Gambar Perkahwinan Norman Hakim & Memey

Gambar Perkahwinan Norman Hakim & Memey

Menarik lagi, keempat-empat gaun dan sut pengantin tersebut akan dipamerkan untuk satu acara istimewa di Muzium Negara pada 26 November hingga 31 Disember depan.

Selain Rafflesia, Lord’s Taylor dan Vera Wang, Profesor Datuk Jimmy Choo juga akan menghasilkan dua pasang kasut khas buat Memey yang bernilai RM300,000.

Gambar Perkahwinan Norman Hakim dan  Memey

Gambar Perkahwinan Norman Hakim dan Memey

Antara selebriti yang akan menjadi pengapit pengantin ialah :

Miera Liyana, Fathia, Julia Ziegler, Eina, Fahrin Ahmad dan Afiq Muiz.

10 Fakta Menarik Resepsi Perkahwinan Mewah Memey & Norman Hakim Yang Berharga 12 Juta —->>> Link Hangat!

Kredit Gambar : Mesrafotografi Nizam

psstt : dulu-dulu saya bercita-cita nak jadi tukang jahit ..sebab tu suka tengok design pereka2 terkenal dan baju pengantin nih …

sekian

(Visited 2 times, 1 visits today)
About puanbee

Seorang anak , isteri dan ibu. Mempunyai 4 orang cahaya mata. Berumur 30-an , Suri rumah sepenuh masa tetapi mempunyai perniagaan online. Segala terguran dan komen boleh terus hubungi admin melalui EMAIL.

Comments

  1. Ummi Hanie :

    adoii…juta2 kos kawen …

    maleh nk komen bebanyak .. apepun moga berkekalan lah …

  2. norman mcm pertama kali kawen pulak.haha…yelah rezeki.moga jodoh kali ni kekal sampai ke syurga:)

  3. cantik baju memey yang warna biru tuh.

  4. Kahwin sampai berjuta2. Semoga kekal ke syurga…

  5. Memang cantik baju kahwin memey … Tuah badan!

  6. Pastikan Miera Liyana tak pakai seksi,.. nanti Norman tak jadi kahwin plak kang..hehe

  7. suka kombinasi biru n coklat nice sgt…kan

  8. rezeki depa ler…

  9. Apala istimewanya si memey ni kan sampai dapat tajaan cenggitu :)

    Bertuah la badan walau dulu penah dihimpit kontroversi :)

    Baju biru tu cantik sangat..

  10. cantiknya baju diorang..

  11. mmg cantik ttp bila tgk harga trbeliak biji mata nie…..

  12. wlupon dieorg byk kontroversi tp tuah mereka sape yg tau kan..

  13. moga bahagia hendaknya.. tunggu gambar dari real OP utk gambar ni.. mesti lagi cantik.. :)

  14. ENtah kenapa perkahwinan norman hakim dan memey ni macam xde pape je..

    Ada sesetengah tu siap komen dalam blog jai ‘Ada aku kisah’.. Mungkin agaknya disebabkan kes diorg sebelum ini kot..

  15. Harap lepas ini tidak ada “rumah siap pahat berbunyi”

  16. kuat nya si memey make-up..da macam badut da 2

  17. merah sgt gincu memey..x sesuaiii..ha ha

  18. tak suka perampas nih. buatlah glamour, tgoklah lepas tu mcmana..geram2

  19. huhu comeynye tp memey punye lipstik cam merah sgt plak

  20. nampak hepi giler nk kawen…moga hepi tu berkekalan selamanya.. :)

  21. dah kawen grand mcm ni..harap2 kekal bahagia hendaknya… :)

  22. puan kutu :

    adoi gah sgt majlisnya,mitak2 kekal.haha ayat macam tak suka jer kan.kehkeh..apapun moga pasangan ini bahagia hingga hujung nyawa hendaknya…memang bertuahnya badan memey tu!

  23. wow…. belum nikah lg dh meriah!!

  24. perghhhh dasyat2… wedding of the year

Trackbacks

  1. […] perempuan pada Ahad dengan berkonsepkan perkahwinan dalam taman. Pakaian persandingan direka oleh Hatta Dolmat manakala untuk upacara memotong kek direka oleh Rizman Ruzaini. p/s : Tahu tak apa TheCube tu […]

Speak Your Mind

*