Contest : Kisah Dongeng Tengku Puteri & Puan Kutu

banner+contest Contest : Kisah Dongeng Tengku Puteri & Puan Kutu programe blogger program blogger Contest : Kisah Dongeng Tengku Puteri & Puan Kutu
Bermulalah kisah dongeng Tengku Puteri dan Puan kutu yang suram malap ini ..

Adooiiii .. adoiii .. jerit Tengku Puteri sambil hentak-hentak kepalnya di tepi tempat bersemanyam yang di lapik dengan tiga biji bantal. Tengku Puteri seorang gadis yang over manja , kerana beliau adalah seorang puteri tunggul tunggal Permaisuri dan Raja Kota Semut yang pada suatu masa dulu sangat gah kerana mempunyai penduduk yang rajin macam semut.

Jeritan Tengku Puteri didengari oleh ayahanda dan mamanda beliau ..

Lantas Permaisuri dan Raja of the kota semut pun berlarian-larian  anak ke bilik tempat Tengku Puteri Bersemanyam.

” Kenapa anakanda Tengku Puteri Pucuk Kelompang ???? ” Kata Permaisuri ..

lantas Tengku Puteri menjawab dengan suara teresak-esaknya ..

“Anakanda sakit gigi wahai bonda ku… ”

“Oh .. jika begitu marilah kita ke klinik kerajaan Kampung pandan yang berdekatan , Kerana Ayahanda Tengku Puteri telah memotong perbelanjaan bonda tempoh hari setelah bonda berbelanja sehingga limit semua kad kredit bonda.. ayuh lah anakanda ku …” Kata si Permaisuri , sambil menjeling ke arah Raja of the kota semut.

” Anakanda tidak sesekali mahu ke klinik kerajaan yang murah itu bonda .. biarlah anakanda menjerit seharian sehingga anakanda kehabisan suara yang merdu lagi syahdu disini ” Kata Tengku Puteri.

Kemudian ayahanda nya pula bersuara ,”  klinik kerajaan itu mempunyai ramai doktor yang cantik-cantik dan baik hati anakanda ku .. anakanda patut mencubanya dulu ..”

” Tidak mahu.. tidak mahu..”  jerit Tengku Puteri sehingga beliau tertidur .. ayahanda dan ibundanya yang kebuntuan blah aje dari situ dengan perasaan yang sedih berkecamuk kerana anak kesanyangan mereka begitu menderita kesakitan gigi yang teramat sangat .. entah apa lah daya untuk mengobati sakitnya Tengku Puteri yang di sanyangi itu ..

Didalam tidur Tengku Puteri telah berjumpa dengan seorang nenek kebayan yang bernama puan kutu … puan kutu itu memberi nasihat kepada Tengku Puteri agar mencabut giginya di klinik kerajaan , serta minta bawa pulang giginya itu ..lalu di letak kan di bawah bantal.. jika Tengku Puteri berbuat demikian rupa .. Tengku Puteri akan memperoleh sesuatu apa yang di hajati oleh Tengku Puteri.

Tengku Puteri tersenyum .. lantas tersadar dari tidurnya .. lantas Tengku Puteri segera mengajak bonda nya ke klinik kampung pandan yang berdekatan.

“Bonda.. bonda.. marilah ke klinik kerajaan sekarang juga” kata Tengku Puteri.

Bondanya yang kehairanan namun di turutkan juga permintaan anak kesanyangan nya .. sesampai di Klinik kampung pandan , gigi Tengku Puteri di cabut .. Tengku Puteri lantas meminta untuk menyimpan gigi tersebut .. Tengku Puteri mendongak.. sambil berfikir dalam hati “Eh ! Muka doktor ini semacham nenek kebayan dalam mimpiku sebentar tadi ..ermm”

Setelah segalanya selesai Tengku Puteri pulang dengan kegembiraan walaupun giginya telah tiada dan kesakitan yang amat , mulut nya membengkak seolah-seolah mulut Angelina Jolia. Namun Tengku Puteri gembira apabila terkenangkan mimpinya.

Dalam Hati Tengku Puteri Mengidamkan Seutas rantai bertatahkan belian merah . Sambil meletakkan giginya di bawah bantal…

Kemudian .. keesokan paginya .. Tengku Puteri telah melompat kegembiraan seutas rantai belian merah telah pun ada di bawah bantal .. Di dalam hati Tengku Puteri mengucapkan terima kasih kepada nenek kebayan yang bernama Puan Kutu kerana memberi apa yang di janjikan ..

Kemudian Tengku Puteri memberitahu bondanya ..” Bonda.. bonda.. semalam kan anakanda telah bermimpi seorang nenek kebayan yang bernama puankutu bla..bla.. bla ..(ulang balik cerita mimpi Tengku Puteri) .. dia berjanji ingin memberi apa yang di hajati oleh anakanda.. bonda tau!!.. dan guess what ! anakanda dah dapat pun apa yang di hajati.. anakanda menhajati seutas rantai bertahtahkan berlian merah sebijik serupa macam rantai bonda .. nah ini dia..bonda lihatlah ..”

Lantas Bonda nya pun menyentap “Nenek kebayan abah kau !!!” itu rantai bonda yang punya , semalam bonda shopping rantai berlian itu lah sehingga limit kad kredit yang di beri oleh ayahanda kau .. faham.. bonda sengaja sorok di bawah bantal kau .. untuk mengelakkan ayahanda kau tahu kau tau !!!..

Tengku Puteri pun diam seribu bahasa.. namum dia gembira.. giginya tidak merasa sakit lagi ..apa pun .. Tengku Puteri gembira..

-The End -

“contest ini adalah anjuran dari Puan kutu dan Tengku Puteri Istana Cinta dan hadiah utama di taja oleh tetikusrusak.net”

dah moden sikit daa~

premium beautiful Contest : Kisah Dongeng Tengku Puteri & Puan Kutu programe blogger program blogger Contest : Kisah Dongeng Tengku Puteri & Puan Kutu

23 thoughts on “Contest : Kisah Dongeng Tengku Puteri & Puan Kutu

  1. Hahaha…kelakar sangat…gud luck akak…=)
    Tengku Puteri recently posted..Mai Dah………….My Profile

  2. “akak harap leh menang ni bee..insyaallah…camana ni akk lom dpt barang sekerat pun idea…hahaha..ada hati nak mary kay..”
    pia recently posted..Alaaaaahai kak cik……grrrrrr….My Profile

    • haha boleh kak.. cer guna jer cerita yg pernah akk alami tapi adjust sikit bg nampak cam dongeng tu cerita saya selit cerita saya tu hehehee

  3. bee…mmg lawak la…hahahaha

    kak sya pun join gak…tp dongeng zaman moden la…merapu tak habis2…tak de bakat tapi nak berlakon konon2 ada bakat…wat malu je kan…he3…
    syamila recently posted..Contest : Kisah Dongeng Tengku Puteri & Puan KutuMy Profile

  4. hahaha lawak betul time yg rantai tu. adehhh

  5. Ada bakat menulis cerita lawak rupanya

  6. hahahahha~~kelakar cite puan bee ni:)nice story…hehe
    yayath recently posted..Jom menyamarMy Profile

  7. Ummi Hanie says:

    ade je idea mengarnag yer bee ..

    gudluck anyway
    Ummi Hanie recently posted..Maaf ! Saya tak tahu gambar yang tak sepatutnya pula munculMy Profile

  8. heheheh..
    tengku puteri kena tipu dgn nenek kebayan..
    ala sian..

    best la kak!!
    buat saya tersenyum..

  9. Kelakarlah crita Bee ni. Yg akak paling suka bab bonda shopping sampai limit tu. Takut juga ayahanda tau ye.
    anggunpesona recently posted..WORDLESS WEDNESDAY- KETABAHAN SEORANG NELAYANMy Profile

  10. garuk kepala jugak, tp gelak terhibur…
    Jendela Hati recently posted..Renungan bersamaMy Profile

  11. hahaha lawak2.nenek kebayan tipu rupanya.guess what?sungguh pandai puteri bebahasa omputih.kehkeh..tq kembo sudi join.moga2 kisah bee menjadi pilihan tengku puteri..:)
    puan kutu recently posted..Contest : Kisah Dongeng Tengku Puteri & Puan KutuMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge