Confident Swimming Babies & Water Safety Workshop With BRYAN YAP

Share

Assalamualaikum dan hai , Siapa suka bawa anak kecil berenang ? berenang atau kata lain main air memang sangat menyeronokkan bagi kanak-kanak. Aktiviti ini memang dapat membuatkan anak leka sehingga jika tidak di pantau kanak-kanak mampu berendam lebih 6 jam sehari. Tetapi .. ada banyak perkara yang boleh dan tidak boleh di lakukan. Aspek keselamatan semasa bermain air tidak kira di mana sahaja perlu di titik beratkan. Didalam workshop Confident Swimming Babies & Water Safety yang di hostkan  BRYAN YAP bertempat di THE PARENTHOOD Sunway Pyramid  ini ada memberi ilmu tentang keselamatan anak-anak ketika berenang , di rumah , di waterpark.

Ilmu ini sangat berguna untuk ibu bapa terutamanya mereka yang baru sahaja menimang cahaya mata. BRYAN YAP mempunyai pengalaman lebih 23 tahun sebagai pengajar dan swiming instructor. Semasa bengkel ini berjalan ibu bapa di beri penerangan cara memandikan bayi baru lahir. Aspek keselamatan dan cara jika anak terjebak di dalam kemalangan air iaitu lemas.

Kata BRYAN YAP , kenapa bayi amat tertarik kepada bunyi air ? Dan kenapa terdapat begitu banyak kes bayi lemas di rumah sendiri atau kolam cetek ?

Bayi tertarik kepada bunyi air kerana mereka telah biasa dengan bunyi air semasa di dalam kandungan. Bayi .. terutama bayi yang sudah boleh bergerak akan tertarik dengan bunyi air. Mereka akan terus pergi ke tempat bunyi tersebut.  Malang tidak berbau jika kita meletakkan sebaldi air di bilik air yang boleh di capai bayi. Bayi boleh LEMAS. Apabila sampai ke tempat air bayi akan cuba untuk sentuh air.  Maka bayi akan turunkan kepala dahulu. Oleh kerana bayi mempunyai bentuk badan yang tidak balance , kepala besar , kaki pendek dan badan montel jadi mereka tidak dapat menahan badan dengan stabil untuk elakkan dari terjatuh ke dalam air. Semasa bayi dah jatuh ke dalam air , masa ini bayi akan meronta ronta. Kerana tidak biasa dan jangan terkejut. Hanya 1 minit ianya akan membuatkan bayi lemas.

Oleh itu ibu bapa jangan leka. Kalau boleh tutup bekas air. Jangan biarkan ada air berbunyi ianya dapat menarik perhatian bayi.  Jika terjadi , apa tindakan ibu bapa untuk menyelamatkan bayi ? BRYAN YAP ada mengajar cara untuk membat cpr dan sedikit tips yang boleh di guna pakai. Bagusnya workshop begini menambah ilmu kita. Kata BRYAN YAP lagi. Ibu bapa boleh juga search di youtube cara nak buat cpr kepada bayi dan pastikan dapatkan video yang latest sekali kerana cpr bayi sentiasa berubah.

Ada banyak lagi tips dan ilmu di ajarkan , terima kasih di ucapkan kepada MommyJane , The Parenthood dan Cheekaaboo kerana menjemput puanbee dan sponsor anak-anak puanbee berseronok bermain semasa ibu tengah duduk mendengar taklimat dari Bryan Yap.

BRYAN YAP menerangkan cara mandikan bayi dengan menggunakan patung bayi tipu. Cara sebenar adalah jirus kepala bayi perlahan-lahan menggunakan cawan kecil. Apa-apa cawan pun boleh. Jirus dari atas tanpa perlu takut bayi lemas , kerana hidung kita di cipta lubang berada di bawah bersebab. Walaupun macam joke , tapi ada logiknya.

Teringat kata Bryan Yap. Biasa selepas kita lahirkan anak , semasa dalam pantang mak kita mandikan bayi , berapa lama ? mesti sekejap kan.. Haha saya masa anak sulung ada lah juga. Mak mandikan anak, lepas tu anak nangis sikit mak cepat cepat bawak masuk , selimutkan dengan tuala , lap bersih dan terus bedung. Sebaliknya , jika kita mandikan anak tu lama sikit ok ja. Masa ni suhu air pun memainkan peranan. Yah .. dah ada pengalaman mandikan anak sendiri semasa pantang dah tahu dah. Memang kena biasakan anak dengan air , tp dalam masa yang sama kena ikut dan jaga aspek keselamatan. Air ok je dengan bayi. Tapi air juga bahaya untuk bayi.

Semasa ibu dengar ceramah anak enjoy bermain di Playgrond The Parenthood ni. Seronoknya syamim yee

Ayahnya ambik gambar mereka. Tak tahu apa motif gambar ni .

4 beradik  memang seronok sakan. Sampai letih. Tak sempat ibu habis dengar ceramah depa dah datang nak air la , nak makan la . Macam-macam keletah anak.

Baju renang dari Cheekaaboo yang  memberi rasa suam suam kepada anak ketika berenang , high quality dan sangat rekomen untuk ibu bapa. Mempunya ciri ciri keselamatan. Saya pernah review tentang baju cheekaaboo ni. Syamim pakai masa umur 2 tahun , sekarang baju tu masih elok. Tak rosak. Boleh baca SINI  , sekarang syamim dapat lagi koleksi baju renang dari CHEEKAABOO. Warna mersah pula. yeayy

Anda yang terasa nak beli dan tengok tengok promosi terkini dari Cheekaboo boleh like facebook mereka di https://www.facebook.com/Cheekaaboo dan untuk mengikuti aktiviti dari The Parenthood boleh like facebook mereka di  https://www.facebook.com/sunwaypyramidwest

Terima kasih di ucapakan kepada Cheekaaboo dan The Parenthood sekali lagi menjemput dan memberi peluang puanbee dan anak anak merasa pengalaman ini.

Terima kasih kerana membaca. Semoga bermanfaat.

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

2 Comments:

  1. Memang sunnah nabi kita untuk ajar anak anak berenang, menunggang kuda dan memanah
    .
    Bagus puan bee sebab niat dah betul

  2. ilmu yang bermanfaat… terima kasih kongsikannya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *