Comment Luv – Elakkan komen masuk ke kotak SPAM 18


Assalamualaikum dan Hai , Apa khabar semua ? Allhamdulillah sejak akhir-akhir ni saya rajin buka blog dan menulis , membaca dan membuat lawatan ke blog rakan blogger lain. Cuma ada yang saya tinggalkan komen ada yang tidak. Bukan tak nak komen , mungkin saya waktu tu blur sedikit jadi tiada kata yang sesuai saya boleh tinggalkan. Sekarang ni saya cuma nak kongsi kan sedikit info berkenaan comment luv. Dah ramai yang tahu sebenarnya .. tapi nak kongsi juga mana tahu ada blogger yang baru dan belum tahu. Jika anda berminat untuk tinggalkan komen di sini.

Tolong jangan letak link blog di bahagian kotak komen , kerana saya dah setting jika terdapat link di dalam kotak komen , komen tersebut akan terus ke kotak SPAM. Sehari ada lebih kurang 5000 ++ spam komen dengan link dari negara luar , termasuk Indonesia , US , India dan lain lain negara. Saya tak mampu nak semak satu-satu jadi saya terus tekan ” empty spam ” untuk delete semua komen tersebut. Akhir-akhir ni banyak betul SPAM. Jadi untuk kurangkan saya elakkan dengan cara begitu. Jika letak link di dalam kotak komen sistem keselamatan wordpress akan mentakrifkan anda sebagai seorang spammer secara automatik.

Jika anda komen hanya ikut cara biasa :

1. ” sila klik tajuk yang dsediakan .. atau klik “Comments “

2. Masukkan nickname kesukaan anda , email anda dan url blog dengan betul (jika tak ada , biarkan kosong ) ,

Kelebihan tempat komen dengan comment luv ini.
  • nickname kesukaan anda = dapat mempromosi produk atau blog anda contoh : blog premium beatiful , blog pemborong kain pukal ( nick name tidak terikat dengan nickname profile seperti yang disediakan oleh google )
  • email anda = dengan memasukkan email anda , membolehkan sistem thread komen wordpress menghantar email kepada anda ketika komen anda di balas oleh admin blog atau sesiapa sahaja.
  • url blog dengan betul = Memberi backlink secara terus untuk meningkatkan PR blog dan ALEXA anda.

LAKUKAN

  • Daftar blog anda di commenluv.com
  • Klik icon comenluv di bahagian bawah kotak komen dan anda boleh pilih 10 artikle paling terbaru di post untuk di paparkan , sekiranya anda ahli berdaftar commentluv , klik icon lov dan akan naik maklumat blog anda .
  • sekiranya tidak berdaftar di commentluv hanya post terbaru saja di paparkan tanpa boleh memilih mana-mana artikle untuk di paparkan.

Saya baru je aktifkan semula plugin comment luv , sebelum ni tak ada. Sebelum ni blog meragam .. sekarang dah okay nampaknya selepas menukar hosting blog ke serverfreak. Traffic blog pun dah kembali pulih dan tersenarai di dalam ranking alexa semula.

Contoh comment luv di bawah :

Hanya tick kan pada kotak kecil sebelah banner comment luv dan akan naik senarai artikle blog anda. Boleh pilih salah satu untuk di kongsikan sesuai dengan artikel saya. Contoh gambar ke dua.

comment luv 1

Boleh pilih entri ikut suka awak awak. Tapi jangan lupa daftarkan blog di web comment luv ya. Dulu-dulu tahun 2011 saya pernah tulis pasal ni , kelakar pula tengok gambar anak-anak masa kecil dalam entri tu .  Untuk Anda Yang Pertama Kali Disini

comment luv

Sekian sahaja , terima kasih di ucapkan kerana berkunjung dan tinggalkan komen di blog yang tak seberapa ni. Saya nampak ada beberapa komen telah masuk ke kotak SPAM. Nanti jika ada banyak masa saya edit .. kalau tidak .. saya minta maaf .. bukan niat ku … mahap …

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

About puanbee

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at puanbeedotcom@gmail.com , thank you :)


Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

18 thoughts on “Comment Luv – Elakkan komen masuk ke kotak SPAM