Cinta Itu Milikku Menyusul Selepas Julia – TV3

drama cinta itu milikku tv3‘Cinta itu milikku’ menyusul selepas tamatnya drama Julia  , pada 12 November 2012 di tv3 slot akasia setiap isnin-khamis pada jam 7 malam.  Drama 24 episod ini di arahkan oleh  Emi Suffian Sabhe dan skrip oleh Zarihah Hassan. Terbitan Orangetree Production.

Barisan pelakon yang menjiwai watak di dalam drama Cinta itu milikku adalah Emma Maembong, Fazreen Rafi, Ana Dahlia, Erry Putra, Mustapha Kamal, Karl Shafek, Dato’ Aziz Singah, Sherry Merlis, Adik Putri Balqis, Ridzuan Hashim, Fiffy Natasya dan ramai lagi.

 Julia Episod Akhir – Link

Sinopsis Cinta Itu Milikku

Sumber Website TV3 ( jika ketinggalan boleh menonton di tonton )

Drama ‘Cinta itu Milikku’ mengisahkan tentang Rania (Emma Maembong) iaitu anak kedua daripada 3 orang adik beradik bercinta dengan Zafril (Fazreen Rafi).

Namun begitu, bekas tunang Zafril, Dini (Ana Dahlia) tidak berpuas hati dengan hubungan Zafril bersama Rania kerana Dini beranggapan bahawa Rania telah merampas cintanya.

Setelah Rania dan Zafril selamat diijab kabulkan, Dini menjadi semakin marah dan mula menyimpan perasaan dendam. Dini sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat membuat Zafril kembali ke pangkuannya.

Dini mendapat tahu Rania mempunyai seorang abang bernama Ridzuan (Karl Shafek). Dini memulakan permainannya dengan menggunakan Ridzuan sebagai senjata untuk mendekati keluarga Rania.

Sikap Ridzuan yang sememangnya pantang melihat perempuan cantik dan seksi telah memudahkan rancangan Dini untuk mendampinginya.

Setelah berjaya menakluk hati Ridzuan akhirnya Dini berkahwin dengan Rizduan. Zafril yang terkejut mendapat tahu bekas tunangnya itu berkahwin dengan abang iparnya, dapat merasakan Dini mempunyai niat tidak baik.

Namun dia terpaksa berdiam diri kerana beranggapan itu adalah urusan keluarga isterinya.

Begitu juga dengan Rania, dia dapat merasakan kehadiran Dini tidak ikhlas mendampingi abangnya dan mula perhatikan gelagat Dini.

Dini bukan sahaja berjaya memperdaya Ridzuan malah semua ahli keluarga Rania tertipu dengan sikap lemah lembut Dini. Apabila Zafril keseorangan, Dini akan mendekati Zafril dan mengingatkan segala kenangan indah mereka semasa bertunang.

Rania yang perasan akan kelakuan Dini itu berasa kurang selesa.Ketika Rania sedang sarat mengandung, dia dikejutkan dengan khabar yang sangat tidak diduga. Suami yang dicintai telah terkorban dalam nahas kapal terbang semasa dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

Kematian Zafril bukan sahaja meruntun hati Rania malah Dini juga terasa kehilangan Zafril dan sesungguhnya hati Dini hancur luluh.

Setelah lama kehilangan orang tersayang, Rania berkahwin dengn Doktor Shafiq (Erry Putra) yang juga doktor peribadi keluarganya.

Biarpun telah berkahwin, namun di dalam hati Rania masih bertakhta nama Zafril. Pada suatu hari, Rania telah mendapat sepucuk surat dan sehelai sapu tangan miliknya pemberian Zafril kepadanya.

Sapu tangan itu telah dibawa oleh Zafril ketika dia bekerja di luar negara sebelum terbabit di dalam nahas kapal terbang. Rania terkejut dan yakin bahawa Zafril masih hidup.

Ternyata sangkaan Rania benar apabila mendapat tahu Zafril masih hidup. Rania yang amat rindukan Zafril, ingin bersamanya tetapi hasrat itu pasti tidak akan menjadi kenyataan kerana Rania telah menjadi isteri kepada Doktor Syafiq.

Apa yang akan terjadi seterusnya?

Adakah Doktor Syafiq sanggup melepaskan Rania dan membiarkan isterinya bersama Zafril?

Apakah punca yang mengakibatkan Zafril sehingga dianggap sudah meninggal dunia?

Adakah kehilangan Zafril mempunyai kaitan dengan Dini atau dengan seseorang yang tidak disangka?

Sama-sama nanti kan drama Cinta Itu Milikku keudara nanti :)

Comments

  1. ummu hurairah :

    nak tau akhir dia cena………..citer diA best gak la,tu layan 2……

  2. kalau saya tengok cerita ni pun sebab nak tengok emma..aduhai cair jap..
    hafizrahim recently posted..COTY2U 2012 : Kereta Sultan JohorMy Profile

  3. besok dah start drama ni.. bolehlah layan lepas ni
    donnyien recently posted..3 Blog Pilihan TerbaikMy Profile

  4. cerita ptg2 nie layan gak la kadang2,tp jarang nak betul2 ikut
    Puan Kutu recently posted..Bila Orang Lelaki Ke KedaiMy Profile

  5. sinopsis mcm best je..
    cik tom recently posted..Kini SAYS Tak Bayar Per Referral?My Profile

  6. mesti ramai makcik-makcik tengok cite ni nanti. kan? kan?

    haha..
    titan recently posted..Komisen kedua dari Jobdirumah.comMy Profile

  7. jln cerita drama nih mcm best jer….
    PinkUmmi recently posted..Family Day ~ Pulau Pangkor (Part 3)My Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge