CINTA GRED A GANDINGAN SYAFIE NASWIP BERSAMA ADIK PELAKON FASHA SANDHA

Spread the love

Siapa peminat pelakon berbakat besar yang sangat low profile. Bintang yang di lahirkan oleh Pengarah Filem terhebat Malaysia Arwah Yasmin Ahmad. Bukan Yasmin Ahmad tu ibu dia.. Tapi bakat dia di cungkil oleh Arwah Yasmin Ahmad menerusi filem pertama lakonan beliau Muhsin

Siapa lagi kalau bukan Syafie Naswip. Antara pelakon kegemaran saya. Selain orangnya sangat sederhana, tak ada kontroversi & sentiasa bersih sememangnya setiap lakonan dia dalam apapun filem & drama, watak yang di bawa sangat hidup.

Bagi peminat Syafie Naswip.. Malam ni jangan lupa menonton slot cerekarama TV3 pukul 9.00 malam.. Sebab Syafie Naswip muncul sebagai watak utama & di gandingan dengan adik kepada pelakon Fasha sandha, Elisya Sandha dalam telefilem Cinta Gred A.

Drama ni mengisahkan seorang remaja bernama Ameer pelajar cemerlang setiap semester, namun beliau selalu anggap yang dirinya sudah bagus. Oleh itu, beliau diuji, apabila disatukan kumpulan bersama pelajar yang sering gagal. Nak tahu apa kesudahan telefilem ni jangan lupa tonton malam ni.

Mesti ramai yang masih belum kenal siapa Elisya Sandha selain adik kepada pelakon terkenal Fasha Sandha. Sedikit info berkaitan heroin telefilem Cinta Gred A ni..

Elisya Sandha seorang pelakon,model & pengacara. Pernah mengangotai kumpulan Nova Nona yang ala2 feminim, Res2 zaman 90an dulu tu. Pernah berlakon dalam drama Hai la Menantu, Bila Chacha masuk asrama, Destinasi G4, Aku mahu ke New York & banyak lagi. Filem pulak, Perjanjian Syaitan, Anak Mami Nasi Kandar & Cendol. Baru berusia 18 tahun. Account media sosial dia..

twitter : https://twitter.com/elisyasandhaa

Instagram : https://www.instagram.com/elisyasandha/

Nak tahu dia boleh berlakon sehebat kakak dia ke tidak.. kena menonton telefilem Cinta Gred A bagi mereka yang mungkin belum pernah tengok lakonan dia sebelum ni.

1 thought on “CINTA GRED A GANDINGAN SYAFIE NASWIP BERSAMA ADIK PELAKON FASHA SANDHA”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *