Char Kuey Teow Best Di Gombak

Salam Bahagia 🙂

Nak share dengan korang tempat paling best tuk layan char kuew tiaw ..memang sedap lah makan disini , tapi tu lah …saya tahu makan dan order je tak ingat pulak jalan nk kesana dan nama kedai tu haaa mcm mana nk share ni , tp tk pe nanti saya pergi lagi saya ambik detail nya erk…. tapi tau kedai tu area gombak je..

UPDATE : ALAMAT KEDAI NI TAK TAHU , TAPI BERDEKATAN LRT TAMAN MELATI GOMBAK …

Lagi pun ni singgah sebelum kitaorang balik kampung , malam dan gelap tempat tu … memang sedap char kuew tiaw dia ..bayangkan lah kan …tempat gelap tk de lampu ..lampu ada di bahagian order dan masak je..tempat duduk tk de lampu ..gelap dan romantik je gitu ..tapi orang tetap berpusu – pusu mengorder char kuew tiaw ni …

char kuew tiaw gombak

char kuew tiaw gombak

Layan gambar nih sat ..sedapnya nk pergi lagi …oh selama ni kay p makan situ diam2 erk haaa.. tak bawak org rumah kesian puanbee kehkeh mintak simpati kat kay jap ..la nih kay pandai jenguk blog saya dah dulu tk nak langsung …

Paling saya suka tengok betapa pro nya perkerja dia masak char kuew tiaw ni , ada 5 tukang masak … diorang masak open …pastu tk berenti ..sekejap2 tukar tukang masak … dan yang paling saya suka perkerja yang ambik order ..tak berenti mulut dia order dan aturkan ..tukang masak nih masak special , tukang masak tu masak biasa ..

Bab air pulak , diorang dan stanby air dalam gelas separuh2 bila ada yang order je diorang tambah lah air panas atau ketul ais ..memang cekap ..pelanggan ramai kalau diorang tk cekap lambat lah jawabnya ..tapi lambat juga lh memang ramai sangat disitu ..nasi lemak pun ade tp tk try pulak , saya suka char kuew tiaw…

Ada 2 jenis char kuew tiaw . biasa pinggan kecik sikit udang ada 4 ekor , special pinggan besar udang 7 ekor ..adei sedap! sedap! sedap ..tu pun order pinggan kecik kat budak2 ni tak habis … mak ayah lah tukang habiskan dah ler kami order pinggan besar tuk kami ..adoiyaiii…

Layan gambar lah …

char kuew tiaw gombak

char kuew tiaw gombak

char kuew tiaw gombak

char kuew tiaw gombak

char kuew tiaw gombak

char kuew tiaw gombak

memang sedap dan di cadangkan tuk korang try 🙂 lepas makan kitaorang bertolak balik kampung ..saya tidur kekenyangan dalam keta hahah… buruk perangai !!!

Please follow and like us:
200

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

35 Comments:

  1. Pingback: Char Kuey Teaw Sedap Sungai Buloh Layan Beb !!! | Puanbee.Com

  2. kuantan char kuey tiaw juara mmg popular……………………..

  3. salam. pagi ni sambil² skodeng tempat makan best kat area gombak terclik plak blog ni. char kueh teow yg pn bee maksud kan ni mesti kat Mali’s Corner Tmn Bunga Raya nii kan?kan? (kalu betul lah, kalu salah jgn marah haa..) kat mali’s memang ada 2 menu je, nasi lemak ayam n char kuew teow dorg memng best n superb. heeheee..
    salam jumaat dari saya.

    • mungkin kot , saya tak tanya nama kedai tu sbb malam , nama kedai pun tk nampak ..tp memang sedap lah teringat2 ..

      tak marah ehh ..salam jumaat juga

  4. macam kat mali’s je tu.. ada char koey teow dgn nasi lemak je kedai dia. atas bukit ckit dekat dgn UTAR taman melati.. kawasan taman tu taman permata kut klu xsilap. dia ada cawangan kat danau kota.. klu xsilap ler hhehe

  5. bru first makan ke puan bee..klu selalu mesti tau kt ner tpt 2..penah try charkoteaw setiawangsa?

  6. mem, mane name & add kedai itu. sukenye char ketiow tapi susah nak dpt yg best!

  7. sedapnya saya tengok..apalagi kalau dapat rasa huhu..sampai anak-anak pun makan ya pn bee..

  8. perghhh bilalah nak p gombak.utara lg byk charkoteaw.haha..benda nie bkn boleh mkn byk kan bee cpt muak..

  9. @:

    kuey tiow dolly ke erkk =)

  10. @:

    dekat teluk intan perak =)

  11. dah lama tak pekena char kuey tiow nie huhu..meleleh air liur dah nie..kat tempat saye nie susah nak cari yang btol-btol sedap macam stail Penang punye..
    Makna apabila ditimpa sakit

  12. kalo dulu..chii slalu mkn kat kg medan…sedap gak..tp lupa ape nama kedai tu

  13. akak suka makan style kering punya..kalau ada kuah2 ni kurang suka sikit..tapi bila tengok dalam pinggan tu nampak macam terkesima la pulak 🙂

  14. bestnyer char kuey teow…
    first tima makan masa kat penang.
    ade 1 tempat tu best sangat..
    Tapi last time saya pegi, dah tak best..
    Tengok2 tukang masak diorang dah tukar orang lain.
    Tukang masak yang lama tu mane tah..

  15. hmm kak aya pun suka char kuey teow…nanti update lah kat mana kedai ni..Gombak tu tak jauh pun dari selayang ni ha…

  16. ni dekat sri gombak tu ek??

    dekat area batu caves tu??

    kalau ya, situ memang terbaekk 🙂

  17. owh lama x mkn char kuew teow~~ huu namapk best sgt3 nih~ Gombak area mana nih ye…hehe

  18. lprrrrrrrrrrr….kt gombak mn??sri gombak..jln gombak….gombak setia…simpang 3 gombak???

  19. pergh..favourite ni..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *