Cerpen : Al-Fatihah Buat Abah

“Abah balik .. abah balik … , cepat kemas semua ni , jangan bising .. syhhhh “ Kedengaran bunyi motosikal kepunyaan abah ku dari jauh , seperti biasa ketika itu juga aku dan adik beradik lain akan bersiap sedia , pura-pura tidur , berkelakuan baik , tidak sesekali membuat bunyi bising , adik yang kecil di pujuk agar diam.

The Motor Kap-Chai

Perasaan takut maha hebat bermain di dalam kepala aku. Manalah tahu kalau-kalau mood abah tidak elok hari ini.Tidak pasal tubuh kecil aku di panah dengan tamparan dan sepak terajang abah nanti. Semua ini aku elakkan , asalkan abah tidak memukul aku dan adik beradik yang lain.

Mengimbau kembali detik-detik abah menyambut seruan ilahi , menemui ajalnya ketika dinihari jumaat. Ketika aku dan adik beradik ku bersiap hendak ke sekolah sesi petang. Dari ada bunyi bising dan ketukan bertalu-talu di dinding , dari ada suara abah menjerit ” panas.. panas… panas … “ dari mendengar keluhan dan makian abah ketika abah terlentang bogel di dalam bilik , namun tiada siapa mampu mengubat abah hatta doktor pakar sekalipun. Tiba-tiba abah diam ……….

Aku , kaklong , Anjang , Andak telah pun menyarung baju sekolah.. sementara menanti waktu hendak ke sekolah , tokwan memotong sebiji nenas yang baru di petik di halaman rumah , di tuang kicap dan di biarkan kami berempat makan ..

Suara abah yang biasanya bising kini diam , aku menyambung makan seperti biasa. Namun Kaklong bangun untuk melihat keadaan abah.Tiba-tiba kaklong menjerit “ Tokwan … tengok abah tu .. abah dah takda … ” Lantas tokwan bangun ke tempat pembaringan abah , aku mengekor dari belakang , tokwan memegang nadi abah , tokwan memandang kaklong dan aku sambil berkata “ abah hang dah takdak dah ..

Tokwan tenang memberi arahan .. ” Pergi tahan orang yang balik dari masjid tu .. cakap abah dah meninggal dunia , kaklong pergi kilang mak hang bagitau mak abah dah takdak ” begitulah seingat aku arahan yang di berikan oleh tokwan kepada kami berempat.

Aku yang baru sahaja 10 tahun , semacam tidak mengerti .. semacam tidak kisahkan kematian abahku . Aku pandang Kaklong menangis berjurai air mata. Aku pandang tokwan bekerut masam wajahnya. Aku melihat orang yang singgah menggeleng-geleng kepala. Aku melihat ada seorang makcik menyediakan satu tong kecil dan di letakkan di tepi tangga. Aku melihat orang ramai mula membentang tikar di halaman rumah.

gambar rumah usang

sumber : http://inibelogterabor.blogspot.com

Aku mendengar ” tak boleh buat atas rumah ni , runtuh karang ..tengok tiang rumah dia .. ” . kata seorang pakcik . Apa yang tidak kena ? Aku menoleh ke arah tiang .. aku mencuba untuk memahami suasana ini. Kenapa ramai-ramai datang ke rumah aku ? Aku masih tidak memahami apa yang terjadi sebenarnya.

Dari jauh aku nampak mak terkocoh-kocoh mengayuh basikal. Aku nampak kaklong membonceng basikal. Kaklong dan emak sama-sama menangis. Aku melihat empat adik ku bermain dengan hilai tawa tak henti-henti. Entah apa lah yang emak dan kaklong sedihkan , entah apa lah yang adik-adik ku ketawakan.

Aku tidak mengerti sama sekali.

Aku pergi ke belakang emak , lantas emak memeluk aku dengan titisan air mata menitik-nitik di atas kepala aku , aku mengesat air mata emak sambil bertanya ” kenapa emak menagis ? abah pukul emak ke ? ” sekali lagi emak merangkul bahuku .. emak menangis lagi teresak-esak .

Aku hanya memerhatikan kelakuan emak. Emak mula bersuara ” abah dah mati angah , abah dah takdak dah .. orang ramai datang nak sembahyangkan abah hang , orang nak bawah abah pergi kubuq dan tanam .. angah tak sedih ke abah dah mati ? “

Aku menjawab ” oooo abah dah mati .. yeay yeay abah tak boleh pukul kita lagi ” entah kenapa … itu yang aku fikirkan ..

Emak mengeur aku .. ” angah tak baik cakap macam tu , walau macam mana pun abah jahat , abah tetap abah angah tau ..”  Aku terdiam dan menundukkan muka. Tetapi dalam hati aku mengucapkan syukur tak terhingga kerana abah ku telah tiada.. selepas ini hidup aku tidaklah di belengu tekanan psikologi yang telah abah curahkan.

**********************************

Abah .. seorang yang bertubuh sasa , kulit putih kemerahan , berambut lebat hitam .. Seorang yang sangat bengis dan garang. Semasa hayatnya masih ada , tiada siapa berani singgah , tegur mahupun bercakap dengan keluarga abah. Ayam melintas pagar , ayam itu di sembelihnya.

Pernah satu ketika..  Abah kehilangan penutup minyak hitam di motosikal sewaktu membuat sedikit kerja-kerja pembersihan. Aku dan adik beradik lain bermain-main di tempat yang sama. Tiba-tiba abah menjerit ” mana penutup minyak moto aku ni ?? ” Aku dan adik beradik lain gugup seketika. Berhenti seronok dan mula takut . Wajah masing-masing telah berubah warna. Dari pada riang ria menjadi takut. Takut sangat sehinggakan tak mampu berkata-kata. Aku hanya mampu menggeleng kepala. Sungguh aku tidak nampak penutup itu. Namun aku tahu apa yang bakal menimpa pada aku dan adik beradik lain. Aku dapat meneka.. pasti ….

Abah naik berang .. muka abah bertambah merah … abah mengheret kaklong ke dalam rumah . Abah bertanya lagi ” mana dia penutup minyak moto aku tu ? hang pa main kat situ tadi kan ? ” Kaklong mengeleng-geleng .

Abah menjerit dari atas tingkap sambil memandang aku di depan laman .. ” hang pa masuk ! “ Arahan abah tak berani aku engkari. Abah mula bertindak kejam .. abah mengantung kaki kaklong di buaian adik. Kaki ke atas .. kepala ke bawah .. aku menggigil ketakutan .

Secara spontan aku belari menyorok di bawah meja. Meja rendah yang mempunyai palang , sangat susah hendak masuk mahupun keluar. Aku yang ketakutan terus memboloskan diri ke situ. Aku membawa adik ku yang paling kecil. Abah datang .. abah tarik rambut aku .. abah paksa aku keluar .. aku pasrah dan menyerah .. sekali lagi tubuh kecil aku menjadi mangsa kemarahan tidak terluap abah. Aku pandang kaklong yang tergantung kaki ke atas , muka nya pucat membiru .. air mata menitik jernih mengalir di alur-alur rambut kaklong . Aku memandang kaklong sambil berbisik ” Kak .. maafkan aku … aku tak dapat tolong kakak… aku juga masih kecil ..”

Abah terus meluahkan kemarahan terhadap aku dan adik-adik lain .. Kebetulan emak pulang dari kilang .. emak menjerit ” Ya allah .. apa abah hang buat ni ? kenapa buat macam ni kat anak-anak , abah nak bunuh anak – anak ke ? ” Emak berlari membuka ikatan kaki kaklong .. emak menurunkan kaklong yang telah lesu , pucat kebiruan .. Emak mendakap kami semua enam beradik.  “Kalau abah nak bunuh depa ni , bunuh ma dulu .. biar ma mati dulu .. kenapa lah abah sanggup buat kat anak-anak macam ni ” .  

Abah bersuara .. ” depa main penutup minyak aku ..hilang dah kemana .. macam mana aku nak bawak moto tu nanti ? ”  Emak menggeleng ..  ” orang lain marah pun tak teruk macam ni abah. Tak kesian ke kat anak-anak , nak pukul sangat ..pukul ma ni …

Maafkan mak …  ” mak yang salah tinggal hang pa semua kat abah.. tapi mak nak buat macam mana , mak kena pergi kerja , kalau tidak tak makan kita semua. ” Aku dan adik beradik ..hanya mempu menerima .. menerima sahaja kata-kata emak. Hendak buat macam mana ? inilah takdir kehidupan …

Seperti biasa .. abah tidak memukul emak .. abah seolah membenci anak-anak nya .. entah kenapa.. aku tidak memahami. Pabila emak campur tangan abah akan diam .. pergi ke anak tangga dan menggulung rokok daun nya .. tenang …

***************************************

gambar kubur

sumber : www.hmetro.com.my

Kedengaran suara memanggil nama aku .. ” angah .. angah …. jom pergi ke kubur , depa nak tanam abah dah .. anak sulung dan kedua mesti ikut tabur bunga dan daun pandan kat abah nanti ” Pesan mak cik nah , jiran paling dekat dan paling baik dengan keluarga aku . Di saat kehabisan beras mahupun air , Mak cik nah lah yang banyak membantu , menghulurkan sekepoi dua beras.

Aku yang kegembiraan , bersyukur tak tehingga kerana abah telah tiada .. secara spontan menolak ajak kan dari mak cik nah .. ” Tak mau laa .. buat apa ikut .. orang tak suka abah laa

Mak cik nah memujuk .. ”  laaa jom lah .. ni kali terakhir , angah kena jadi anak yang baik .. jangan berdendam dengan abah , yang lepas tu lepas lah .. abah akan terima balasanya nanti. Angah sebagai anak , doalah banyak-banyak kat abah , sat g angah baca al-fatihah kat abah naa .. ”  Aku menolak lagi .. “tak mau cik nah .. tak mau …”    

Mak datang memujuk dengan nada keras ..” angah pergi sekarang .. tolong baca al-fatihah kat abah tu ..ingat pesan mak .. jahat macam mana pun dia tetap abah angah.”  Maka aku terpaksa mengikut trak askar yang hendak menghantar abah ke tanah perkuburan. Aku duduk di hujung trak , memandang keluar jalan.

Semendang kaklong mengajak aku memengang keranda abah “cepat lah angah pengang , takut begerak , mak cik nah cakap jangan bagi gerak-gerak ” aku menoleh dingin .. ” tak mau la kaklong … kaklong pegang lah sorang-sorang ” dalam hati aku mengomel .. ” aku tak akan sesekali tengok mahupun pegang keranda tu. Aku benci abah .. Padan muka abah dah mati ” 

Sampai di tanah perkuburan , Arwah abah dimasukkan ke dalam lubang kubur , arwah abah di bacakan talkin , di siram dengan air bunga mawar dan kemudian anak-anak yang ikut di beri peluang untuk menyiram air di kubur abah , tetapi aku menolak sekeras-kerasnya .. aku tidak mahu lakukan sama sekali. Aku seolah berdendam walaupun usiaku masih muda. Aku perlukan masa untuk melupakan dan memaafkan segala perbuatan abah terhadap aku dan adik beradik lain dan emak juga … Aku perlukan masa.

Setelah selesai , aku sekali lagi akan naik trak dan di hantar pulang ke rumah ..

**************************************

 Mengimbau kembali , bagaimana abah jatuh sakit … Abah sedang bertengkar dengan mak.. abah menuduh emak menjalin kan hubungan di kilang , abah naik berang bila mak balik kerja lewat .. abah tidak suka sama sekali jika mak pulang lewat dari tempat kerja. Abah mencapai golok . Abah turun ke laman , abah ingin menyerang mak yang baru pulang dari kilang pada waktu malam. Emak menyimpan basikal di bawah rumah .. Abah terkocoh-kocoh turun tangga .. “ hang balik lambat pasai pa ? ada jantan lain ke kat kilang tu ma ? “ tanya abah dengan suara garau .

Aku dan adik beradik lain hanya mempu memerhati di celah-celah lubang dinding rumah papan yang semakin usang. Di dalam hati aku bersungguh berdoa , agar tidak ada apa-apa perkara buruk menimpa emak. Emak sahaja tempat aku dan adik beradik bergantung. Emak sahaja yang bekerja siang dan malam untuk mencari rezeki , memberi makan dan menyediakan semua keperluan aku dan adik beradik lain. Emak lah segalanya.

Emak menjawab .. “apa abah ni ???  ma pergi kerja lah .. cari rezeki nak bagi abah dengan anak-anak makan , ma tak buat benda-benda salah tu , ma ada tanggungjawab lagi , ma tau ma pergi cari duit untuk anak-anak nak sekolah , harapkan abah mampuih la anak-anak kita tak sekolah

Hang pandai jawab aku dah la ni nooo  , nanti hang , hang jangan naik ke rumah ni ..perempuan jalang , perempuan tak guna .. ” kata caci maki abah hinggap di telinga emak.  ” Ya allah , abah … bawak mengucap abah … jangan nak ikut sangat marah abah tu .. ma letih ni , buat kerja macam-macam kat kilang , dapat gaji abah gak minta , awat masa tu abah tak tanya duit tu datang dari mana ? Kalau betul ma pergi menjalang kat kilang tu , biar ma kena panah kilat sekarang ni , tak pun ma lumpuh .. kalau tak betul abah kena …  ” kata-kata emak , di hamburkan dengan tangis yang sangat memilukan hati siapa saja yang mendengarnya ..

Kemudian emak , mengelak dari abah , emak naik ke anak tangga .. rumah papan usang mempunya 4 anak tangga sahaja. Emak masuk ke dalam rumah dan mendapatkan aku dan adik beradik lain. Emak memang penyanyang .. emak tak pernah pula menjentik , marah mahupun meninggikan suara pada anak-anaknya.

Kedengaran abah menjerit di anak tangga “ adui .. adui … mah tolong aku mah ..” Emak belari ke anak tangga , aku dan adik beradik lain juga ikut dari belakang. Aku lihat abah terjatuh di anak tangga ke dua , anak tangga patah dan abah tersangkut disitu .. abah meminta emak mengangkat abah .. namun abah tidak boleh bergerak langsung ..

Emak terpaksa meminta kaklong pergi ke rumah mak cik nah dan meminta tolong suami mak cik nah tolong mengangkat bawa abah ke hospital. Abah di masukkan ke hopital , abah di serang pelbagai penyakit. Darah tinggi dan kencing manis. Abah juga di serang penyakit misteri. Abah sentiasa meracau , menjerit ..

Sewaktu di hospital emak menjaga abah di sebelah malam sahaja , siangnya emak bekerja.. di hari minggu emak membawa aku dan adik beradik lain melawat abah .. namum abah tidak mahu berjumpa anak-anak nya. ” Pergi .. pergi sana .. sapa hang pa ni ? aku dapat aku bunuh hangpa .. ” jerit abah kuat .. Aku bernasib baik .. kaki dan tangan abah telah pun di ikatkan ke katil.

Untuk keselamatan aku dan adik beradik lain , emak tidak membawa aku ke hospital lagi .. emak tidak mahu abah menjadi tidak mennetu pabila melihat wajah anak-anaknya. Aku kehairanan .. ” kenapa abah tidak suka kami adik beradik ? sedangkan kami anak-anak abah.

Tidak lama kemudian doktor menyarankan abah di bawa pulang . Doktor menyatakan abah .. tidak boleh di rawat lagi .. abah hanya menanti masa .. menunggu ajal nya tiba. Emak akur dan membawa abah pulang .. di rumah .. abah meracau lagi .. semua sanak saudara dan anak-anak menjadi orang asing pada abah. Abah selalu menjerit panas … panas .. abah berbogel .. abah minum air dalam kuantiti yang sangat banyak … setiap masa abah mengetuk dinding bilik … setiap masa abah memaki orang , walaupun kadang-kadang butir percakapan abah tidak di fahami.

Sebulan .. dua bulan .. tiga bulan .. empat bulan abah berkeadaan begitu … kehidupan telah jadi biasa semula .. emak meminta tokwan menjaga aku dan adik beradik lain .. emak pergi bekerja setiap hari seperti biasa , abah di biarkan di bilik nya dengan berkeadaan bogel , menjerit kepanasan dan bunyi ketukan dinding menjadi biasa di dengar setiap hari .. sehingga lah ….. abah diam tidak bersuara , tiada bunyi ketukan dan jeritan panas dari abah ….

Emak berkata … itu semua balasan dari Allah S.W.T .. abah zalim dan kejam .. selain abah suka marah , maki caci , abah juga seorang yang suka berhutang , tidak solat , tidak pernah menepati janji , suka bergaduh dengan jiran-jiran , boros , berjudi dan minum arak . Emak tahu segala keburukan abah , tetapi emak diamkan .. kerana emak hanya fikirkan keadaan anak-anak emak. Jika emak bersuara , anak akan menjadi mangsa abah..

Kini berpuluh tahun telah berlalu .. tiada dendam lagi di hati aku … segala kejadian ada hikmahnya .. semoga Allah S.W.T menempatkan abah di kalangan orang beriman , semoga abah di beri pengampunan .

Al-Fatihah buat abah ..

Penulis : Puan Bee

P/S : Ada bakat tak ? hihihi ….

Comments

  1. boleh buat satu blog khas untuk E cerpen je Bee…:-)
    Alfatihah untuk Abah

  2. karya bee sendiri ek… kish benar ni kan… kita sama2 ada abah garang, bezanya abah nis tak pernah la pukul2, bising mulut je…

    apapun, moga roh arwah aman di sana dan mndpt pengampunan… tabah betul mak bee kan

  3. Sempoi ada rasa bila baca cerpen ni…

  4. waaa…macam cite betul..menarik la kak bee…

    saya sayang ayah saya…ayah saya tak camni..ayah saya baik..huhu..

  5. Nak baca lagi Cerpen!, Someday harap2 akak tulis novel plak. Insya’Allah.

  6. Kenangan walaupun pahit tapi itulah kenangan yang tersimpan rapi kini kan PB..
    Semoga roh arwah abah Bee tenang di sana..

    • Oppssss tengokla baca punya khusyuk ingatkan cerita betul smpai tersasul ha… huhuuuu maaf ye…

      Baca sambil imagine last2 tersalah… akui silap sendiri 😀

      Maaf ye Bee… Masa baca cerpen ni teringat kisah Bee masa join contest kak Kujie tu…

  7. Ingatkan cerita betul. Sedih pulak..feeling betul bila baca. Rupanya bukan cerita realiti…ingatkan bebetul2..

  8. Puan Bardboo :

    punya la feel baca cerpen ni…sedih kak..pandai akak mengarang…

  9. macam realiti je….

  10. bakat terpendam nie puan bee..

  11. Bila masa pula kau dah terlibat menulis cerpen ni Bee..
    tak perasan aku.. Nice story.. boleh simpan buat koleksi
    Gd job

  12. adui bee..bestnya cerpen bee..menangis akak baca..good work.. pandai bee main nga emosi pembaca…mmg boleh jd penulis berbakat..tahniah…

  13. Best bee,teruskan menulis lg.mmg ada bakat.dr dulu mmg kutu minat baca cerpen.rasanya cerita ni macam ada sipi2 sikit dengan kisah bee,cuma bee tmbh sikit rencah utk jadi lg menarik.kan?hehe ye2 je teka..

  14. Mati-mati ingat cerita betul kak.. Fuh.. Nasib la baca semua komen dulu. Dah macam real je..

  15. Terbawa kisah seperti melihat sendiri kejadian cerpen ini.
    Benar-benar cerpen yang baik sahabat…

  16. waa berbakatlah bee..

  17. marah,geram, sedih, pilu, syahdu…nasib baik cerpen je(hampir 100% percayay). ada sambungan lagi ke…he he..

    • insyallah saya akan sambung tp setiap episod ada tajuk sendiri 😛

      terima kasih denaihati .. jangan percaya , imaginasi je lebih ni ..

  18. gua simpan komen gua. haha..

  19. bagus lah tu puan bee, buang dendam tu jauh, memaafkan adalah jalan terbaik apa tah lagi orang itu adalah bapa kandung kita sendiri, moga abah puan bee tenang di sana

  20. wah…ada bakat jadi penulis skrip..apa² pun memang mennyentuh hati dan perasaan..teruskanlah bakat puanbee ye 🙂

  21. cerpen ni didramakan masuk slot cerekarama ok gak ni.. agak2 sape pelakon yg sesuai? 😛

  22. Gaya penyampaian yang amat menarik,terdapat pelbagai situasi yang berbeza,boleh diperkembangkan lagi bakat menulis cerpen macam ni nanti 🙂

  23. Puan Bee karang sendiri ke? ada bakat. jln cerita boleg memberi kesan kps pembaca.

  24. YaAllah sedihnya.. akak ni kisah benar ker.. kita sebagai manusia haruslah bersifat pemaaf.. al- fatihah..

  25. Cerpen ini seperti berkisar kisah benar. Kalau benar sekali pun ia agak berat untuk dicoretkan.

Trackbacks

  1. […] ni ada terbaca cerpen pendek nukilan puan bee bertajuk “Al-Fatihah Buat Abah”, tak sangka ternyata puan bee berbakat dalam bidang penulisan dan nampaknya ianya menarik perhatian […]

Speak Your Mind

*