Cerita claim duit balik mengundi untuk PRU

Ya , kecoh juga baca sana-sini kata nak claim duit untuk balik kampung dan mengundi untuk PRU13 esok . Bukan sahaja blog-blog , whatsapp dan wee chat semua duk gosip nak claim .. nak claim .. masyuk la kalau dapat claim kan. Haha. Sebenarnya memang boleh claim pun. Dengar cerita dari anak saudara dan sepupu sendiri. Anak saudara saya bekerja di rawang dan akan balik mengundi di Taiping. Boleh claim tapi dengan syarat daftar awal. Sebelum mengundi kita dah bagi nama dan maklumat di mana tempat kerja dan akan mengundi di mana. Contoh macam anak sedara tu , dia daftar di Taiping dan nyatakan dia kerja di Rawang. Gitu la .. saya pun baru je tahu , baru nak mencelah nak juga claim. Haha .. kemain ko …

Tapi dia memang cakap kena daftar dulu la. Dah balik nanti , siap mengundi baru pergi tuntut duit itu. Katanya boleh juga claim dari pelbagai parti yang menawarkan duit tersebut. Tak kisah la korang undi parti apa. Yang sepupu pun lagi best kot. Suami isteri orang Tanjung Piandang. Duduk Rawang .. nanti boleh claim dua-dua laki bini. RM200 sorang , dua orang dah RM400 betul tak ? jadi le tu ..

Lepas tu , baru je jap tadi nampak seorang kawan upload gambar print skrin sms di telefon dia menyatakan boleh claim duit sebanyak RM300 , datang je ke bilik gerakan dengan membawa bukti sms tersebut. Ini tak tahu la betul ke tidak .

Apa yang penting , kalau boleh balik tu balik je la .. Kakak saya siap tumpang sedara mara balik. Kerana Kakak saya undi di Perak manakala suaminya undi di Selangor.

Saya ? terus terang je la .. tak mengundi.. semangat memang ada .. nak balik naik bas tak boleh .. tengah mabuk dan loya-loya , lupa pula nak tukar nama dan daftar ngundi di Selangor. Anak pula bukan sorang dua .. tiga .. bayangkan cam mana bahaya bawa budak-budak ramai2 nih .. Rugi dah 1 undi.

Lepas ni semangat mau kuat. 😛

Puanbee : Pernah claim duit mengundi tak ??

puanbee

Untuk review produk wanita , barangan berkaitan anak-anak , makanan , homestay dan lain-lain boleh hubungi puanbee di whatsapp : 011-32095406.

12 thoughts to “Cerita claim duit balik mengundi untuk PRU”

  1. kalau tak silap, duit claim ni untuk sesiapa yang tinggal jauh atau tinggal kat negeri lain dan balik ke kampung untuk mengundi. rasanya ni dibolehkan sebab dorang susah2 datang dari jauh semata-mata nak pangkah je

  2. kalu untuk yg x ambik pot mana2 parti boleh buat klaim gtu ye dak??..kalu fanatik kaw2..atas bawah depan belakang politik…haruuuu….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *