Cerita Aaron Aziz Sebelum Berjaya Menjadi Pelakon Popular – abpbh

Setiap orang ada cerita tersendiri sebelum mereka berjaya , ada orang yang dah memang senang , dari kecil sampai besar senang sangat nak kan apa-apa pun , tapi ada orang yang susah dahulu senang kemudian , ada juga yang senang dahulu susah kemudian , setiap cerita pengalaman orang ni kita boleh ambil dan jadikan iktibar. Jangan pandang kejayaan orang tu saja ye tak ?

Aaron, finalis Pelakon Lelaki TV Popular dan Pelakon Lelaki Filem Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011.Saya terbaca artikle ini di blog abpbh kalau korang nak baca pergi lah sana , ada banyak lagi cerita artis lain , cuma yang saya baca cerita Najwa Latif , Dato’ Siti Nurhaliza dan cerita Si Aaron Aziz ni.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian

Secara jujurnya, Aaron berkata, dia terlalu tertekan apabila ada yang meramalkannya bakal diangkat sebagai Bintang Paling Popular tahun ini. Terlalu besar harapan yang diberikan sehingga sukar untuk memikulnya.

“Saya tidak meletakkan harapan tinggi, biarpun ramai yang meramalkan saya beroleh kemenangan besar tahun ini. Saya bimbang, saya tidak mampu memenuhi impian peminat. Saya lebih selesa berada di kelompok lima popular setiap tahun, menang atau kalah, saya tidak memikirkannya.

“Saya sedar impak filem Ombak Rindu terlalu kuat mencengkam, tetapi bebanannya juga terlalu besar. Ketakutan saya hari ini jika saya tidak mampu mempertahankan apa yang saya peroleh. Apapun, saya bersyukur jika saya menang, jika kecundang, saya tidak kecewa. Cuma mungkin, saya rasa terkilan kerana tidak dapat memenuhi impian peminat. Jadi, saya berharap peminat tidak terlalu mengharapkan kemenangan,” katanya.

Anak kelahiran Singapura itu mengakui apa yang dimiliki hari ini adalah atas pengorbanannya. Sebelum bergelar pelakon, dirinya pernah bekerja sebagai pengurus restoran yang menyediakan pelbagai perkhidmatan. Bagaimanapun, gaji hanya cukup-cukup makan.

“Di awal kemunculan sebagai pelakon di Singapura, saya masih belum mampu menarik nafas lega. Jika produksi Malaysia menyediakan makan untuk artis dan kru, berbeza pula dengan produksi Singapura ketika itu, makan tidak disediakan. Apabila tiba waktu makan, produksi akan berhenti dan pandai- pandailah mencari makan. Ada masa saya terpaksa ikat perut sebab tidak berduit.

“Ketika saya mencari rezeki di Malaysia, isteri, Diyanah Halik dan anak sulung, Danish Anaqi terpaksa ditinggalkan di Singapura. Orang tidak tahu ada masanya saya menumpang tidur di rumah kawan, ada ketika saya tidur dalam kereta. Saya selalu menumpang mandi di stesen minyak dan hanya bersiap dalam kereta.

“Duit belanja untuk isteri dan anak tidak seberapa ditinggalkan. Isteri kena berjimat cermat ketika itu. Lagipun bayaran diterima dalam ringgit Malaysia, apabila ditukar kepada dollar Singapura, jadi sedikit.

“Bagaimanapun, berkat kesabaran saya dan isteri, akhirnya kehadiran saya mula diterima. Saya masih ingat drama Emil Emelda menaikkan nama saya sehingga diterima hari ini. Saya terhutang budi pada produser, Datuk Yusof Haslam dan Erma Fatima, mereka adalah insan yang memberi ruang mengembangkan bakat saya di Malaysia. Inilah dinamakan bersusah-susah dulu, bersenang kemudian,” katanya yang baru saja menandatangani kontrak sebagai artis naungan Astro selama dua tahun dengan dengan pilihan menyambung setahun lagi.

Turut bersama dipelawa menjadi artis kontrak Astro ialah Zizan Razak dan Johan, pada awal Mac lalu.
Aaron yang terlebih dulu mencipta nama dan pernah memenangi Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Pesta Perdana Singapura dan Personaliti Paling Popular Singapura pada 2003, 2004 dan 2005, bagaimanapun terkejut dengan berita mengenai dirinya semakin demand. Dia menafikan dirinya meletakkan harga tidak masuk akal selepas dua filemnya, KL Gangster dan Ombak Rindu mendapat kutipan box-office.

“Saya terkejut apabila tersebar cerita kononnya saya letak harga RM10,000 untuk satu episod drama. Tidak logik saya meminta harga setinggi itu. Saya tidak pernah demand, bayaran untuk saya masih sama. Saya kena fikir, saya mahu bekerjasama dengan produser untuk jangka masa panjang. Kalau hari ini, saya letak harga setinggi itu, sudah tentu produser serik nak ambil saya berlakon lagi. Lambat laun, saya rugi, saya tidak mendapat karya yang bagus,” kata bapa kepada tiga cahaya mata yang mengimpikan membuka yayasan untuk membela nasib insan tidak bernasib baik.

Kalau Aaron Aziz cakap dia masih ingat cerita pertama yang orang Malaysia kenal sangat tu adalah drama Emil Emilda memang betul lah tu . Teringat dulu2 saya masih berkerja dan baru ada kakak dengan una , pergi kerja je tengok makcik-makcik gossip pasal aaron aziz ni , saya waktu tu tak pandai follow cerita artis tau tengok tv jek , makcik2 tu siap beli majalah URTV yang ada gambar Aaron Aziz , tak kasi pulak orang pegang majalah tu , gunting dan simpan gambar dia .. memang tak boleh lupa .. una pun dah 5 tahun kan .. Semoga berjaya lah kepada semua peserta yang tercalon  Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 ni nanti . 8 April kot kalau tak silap , saya tak pasti.

P/s : Blog saya dapat banyak traffic pun sebab Aaron Aziz dan Siti Saleha dalam drama nora elena tu lah .. hikss..

Sumber : http://www.abpbh.com.my

20 Comments

  1. puan kutu 4 April 2012 Reply
  2. bardboo 4 April 2012 Reply
  3. akubiomed 4 April 2012 Reply
  4. Ummi Hanie 4 April 2012 Reply
    • Bonda Suria 22 August 2012 Reply
  5. nza 4 April 2012 Reply
  6. Cik Gee 4 April 2012 Reply
  7. Cik Gee 4 April 2012 Reply
  8. muazfaris 3 April 2012 Reply
  9. Denaihati 3 April 2012 Reply
  10. titan 3 April 2012 Reply
    • Encik Bukit Besi 3 April 2012 Reply
  11. samanosuke_04 3 April 2012 Reply
  12. UpProfits 3 April 2012 Reply
  13. nurmisnan 3 April 2012 Reply
  14. mama adam 3 April 2012 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.