Cendawan mekah , kambuchea tea atau mud mud

Spread the love

Cendawan mekah , kambuchea tea atau mud mud ,  Korang panggil nama apa benda ni ? Siapa sini ada ternak mud mud ni ? saya adalah bela lebih kurang dalam 6 bulan. Dan minum setiap hari pagi dan malam. Selain dari amalan meminum cuka epal , teh hijau dan teh detox . Saya dah suka minum teh mud mud ini. Selain dari mudah  , murah dan ianya sangat mujarab untuk saya.

Saya ada join satu group facebook tentang cendawan mekah ini. Masyallah teruja banyak betul khasiat dan kegunaan cuka cendawan mekah yang telah di peram. Ada yang menjadikan sebagai baja untuk galakkan pokok bunga berbunga dan pokok cili berbuah. Seronok tengok. Saya hanya amalkan minum sahaja untuk detox. Saya ada masaalah penghadaman.

Cara saya menjaga menyediakan / membela cendawan mekah.

Saya sendiri dapat info dari sepupu saya yang mula-mula memberi benih cendawan ini kepada saya. Terima kasih diana .

Cendawan mekah harus di rendam dengan air teh bergula. Gula itu sebagai makanan untuk cendawan mekah tersebut. Saya pun masih lagi belajar dan mencari info tentang cendawan mekah ini.

Bancuh air teh seperti biasa  sejukkan dan rendamkan cendawan mekah di dalam balang kaca  tutup balang dengan kain je untuk beri pengudaraan kepada cendawan atau mud mud ini.

Kain dan balang haruslah bersih   kain di ganti selepas setiap kali buka tutup kalau rajin , biasanya peraman mengambil masa 2 minggu untuk khasiat yang lebih baik.

Jika air peraman terlalu lama tak sesuai lagi kita minum , kerana bertosik. 

Masker dari cendawan mekah atau mud mud.

Cendawan mekah saya subur macam saya. Bila dah terlalu banyak , saya ambil cendawan mekah yang dah berusia sikit tu dan saya jadikan masker , ada sekali tu saya kisar halus dan letakkan di muka , dan kadang-kadang saya hanya letakka sekeping terus di muka. Insyallah , jerawat susah nak tumbuh kecuali time ” perempuan “.

Pantang larang :

Ada orang whatsapp kepada saya pantang larang apabila membela cendawan mekah , seperti tidak boleh langkah dan tak boleh pegang semasa ” datang bulan “. Setakat ini memang lah tak pernah langkah sebab air nya kita nak minum kan. Dan tak boleh pegang semasa datang bulan tu saya rasa tak ada masaalah.

Yang saya tahu  cendawan mekah ni sensitif semasa penyediaan   , tak boleh kena sabun , air tu kena betul betul bersih.Balang nya juga perlu di jaga kebersihan nya.

Apa rasa air cendawan mekah ?

Masam dan manis sikit-sikit  , sama cuka epal + madu rasanya. Saya suka.. bila minum lawas dan badan terasa cergas.

Kawan saya minta beli benih cendawan mekah , saya tak jual . Tetapi jika nak insyallah boleh sahaja  , saya cas harga balang kaca made from ikea ye … hehehehe .. kena datang ambil sendiri.

Cendawan mekah sesuai di minum seluruh keluarga , tapi anak biasalah , susah sikit nak minum benda pelik.

Bye bye … setakat ini sahaja  , sehingga berjumpa lagi.

 

5 thoughts on “Cendawan mekah , kambuchea tea atau mud mud”

  1. Dulu-dulu ada juga pernah tengok orang bela banda macam ni dalam bekas. Tapi tak pasti samada ianya cendawan mekah atau bukan. Apapun cendawan mekah ni banyak juga kegunaannya selain detoks ye.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *