TIP PILIH TUALA WANITA AGAR SELESA SEPANJANG HAID

Tuala wanita atau kalau guna bahasa seharian kita sebut pad.. Memang satu keperluan buat semua kaum perempuan yang dah akil baligh. Kalau zaman dulu mereka menggunakan kain untuk mengalas tiap kali datang bulan @ haid tapi zaman sekarang dah tak ada orang guna kain. Cuma sekarang ada cloth pad yang boleh di cuci & di pakai semula cuma penggunaan dia tak berapa meluas lagi. Perempuan zaman sekarang terlalu sibuk jadi semua lebih selesa memilih tuala wanita pakai buang jer..

Ada pelbagai jenama tuala wanita di pasaran. Dan juga pelbagai size mengikut keperluan masing masing tapi kita perlu juga tahu tuala wanita yang macam mana & size apa bersesuaian dengan kita mengikut situasi.

3 Faktor utama untuk pemilihan tuala wanita iatu ;

  1. Kemampuan serapan (Yang ni paling di titik beratkan untuk elak kebocoran)
  2. Bentuk & size (Yang ni penentu keselesaan bila di pakai)
  3. Ketebalan (Yang ni lebih kepada untuk keyakinan diri)

Bila memilih tuala wanita.. Kena tahu juga kesesuaian dengan kita mengikut size badan. Sebab kalau yang berbadan kecil menggunakan tuala wanita yang tebal & lebar mungkin mengundang rasa tidak selesa sekaligus boleh menyebabkan kita hilang keyakinan untuk beraktiviti. Kalau terlalu besar maybe rasa macam pakai diapers pulak.

Tak semua tuala wanita yang nipis & tidak terlalu lebar tidak mampu menyerap cecair dengan baik. Sekarang ni banyak tuala wanita yang di reka dengan size yang nipis & tidak terlalu lebar mampu menyerap dengan baik tanpa menyebabkan kebocoran. Contoh macam saya guna Whisper ultra clean, 24cm Normal day wings. Memang nipis, kering & tidak bocor. Selain selesa di pakai untuk mereka yang bersize badan kecil seperti saya.

Untuk elak tuala wanita itu berubah posisi adalah lebih baik menggunakan jenis bersayap. Jadi kita lebih yakin untuk bergerak & tak risau tuala wanita berubah posisi walau beraktiviti lasak. Tuala wanita jenis bersayap pun ada dalam pelbagai size jadi tak perlu risau. Pilih size yang bersesuaian dengan size badan anda untuk menjamin keselesaan sepanjang hari.

Semoga perkongsian ni membantu anda memilih tuala wanita yang sesuai dengan anda. Kena ingat tak semestinya perlu memilih tuala wanita yang tebal & lebar semasa aliran haid banyak. Tak semua tuala wanita yang tebal & lebar mampu menyerap dengan baik. Ia bergantung pada kualiti & jenama sesuatu tuala wanita tu.

AWAS! INI SEBAB WANITA HAMIL HARUS ELAK MAKAN SUSHI

Bagi wanita wanita yang sedang hamil tentu nak jaga kandungan sebaik mungkin agar anak yang di kandung nanti membesar dengan sihat & lahir dengan sempurna kan. Mana ada ibu bapa yang harap anak dalam kandungan menghadapi apa2 masalah kesihatan apatah lagi bila lahir. Semua mengharapkan yang terbaik.

Sebab tu la kena jaga dari awal kandungan supaya janin membesar dengan baik. Kena jaga pemakan semasa mengandung jangan ikut tekak jer.. Yer betul kadang kadang ibu mengandungi mengalami mengidam makanan tu ini.. Tapi gejala mengidam ni sebenarnya boleh di kawal. Sebab ia cuma nafsu.. Apa yang rasa memudaratkan tu banyak banyak Isghtifar supaya dapat di elakkan agar tidak memudaratkan bayi dalam kandungan.

Antara makanan yang perlu ibu ibu yang sedang hamil perlu elakkan adalah Sushi. Kenapa tak boleh makan Sushi??

Ibu hami di nasihatkan untuk mengelak makan daging mentah contoh Sushi atau makanan yang kurang masak kerana ia mengandungi toksoplasmosis iatu parasit yang akan menyebabkan jangkitan serius kepada janin dan juga E.coli sebab a juga merbahaya kepada ibu hamil & kandungannya

Jadi kepada ibu ibu yang sedang mengadung tu.. Elakkan yer makan makanan yang berasaskan daging mentah atau kurang masak bagi menjamin kesihatan yang baik kepada anda & juga bayi yang di kandung.

Semoga info ini dapat memberi manafaat kepada semua wanita & ibu ibu yang sedang hamil.

BUAT IBU YANG MENUNGGU HARI BERSALIN, BACA NI

Bagi yang sedang mengandung anak pertama mungkin banyak perkara yang mereka belum tahu. Dah tentu sepanjang kehamilan tu menjadi debaran buat semua ibu ibu yang pertama kali nak sambut kelahiran cahayamata ni kan..

Kat sini saya nak sharekan satu petua atau tips untuk semua ibu ibu yang dah sarat atau menunggu hari nak bersalin agak memudahkan & mengurangkan sakit kontraksi..

Anda boleh cuba amalkan perkara ni di hujung kehamilan

  1. Banyakkan bergerak kurangkan berbaring & tidur
  2. Mandi air suam, di katakan dapat mengurangkan kontraksi
  3. Minta suami urutkan belakang badan & kaki
  4. Kerap buang air kecil untuk kosongkan pundi kencing
  5. Sentiasa tenang & rilex

Mungkin cara tersebut membantu anda mengurangkan kesakitan & memudahkan proses bersalin.

JOM KENALI NAMA NAMA IKAN YANG ADA DI PASAR

Tak semua orang tahu nama nama & jenis ikan walaupun dia tahu memasak. Kadang kadang ada ikan yang nampak rupa macam sama tapi sebenarnya lain namanya.

Penting untuk kita ambil tahu nama & jenis ikan ni sebab kadang kadang ada masakan yang tidak sesuai guna sebarangan ikan. Dia kena guna jenis tertentu saja. Mungkin cara masak & rasa dia mainkan peranan penting dalam sesuatu menu tu.

Jadi hari ni bersantai santai hari minggu kat rumah jom saya kenalkan anda dengan jenis jenis ikan yang biasa kita nampak di jual di pasar basah atau di kedai2 runcit mahupun pasaraya.

Cukup anda kenal dulu dengan ikan ikan basic yang biasa kita jadikan menu harian di rumah. Sebab ini adalah antara ikan yang biasa kita nampak di jual secara berleluasa di mana mana pasar di Malaysia. At least bakal mak mertua tanya nanti takde la malu sangat hehehehe