Step by step pendaftaran E-Rezeki untuk mereka yang ingin menambah pendapatan dengan eRezeki

Assalamualaikum. Ramai yang dah pernah dengar tentang E-Rezeki kan? Cuma mungkin ada yang keliru cara nak mulakan. Saya faham sebab saya juga salah seorang daripada anda dulu. Jom, saya kongsikan “Step by Step” cara nak mulakan menampah pendapatan anda dengan E-Rezeki.

Sebenarnya mudah kalau kita tahu stepnya kan. Ok Jom Mula!

1 : Masuk ke website https://erezeki.my/en/home/ dan klik ‘REGISTER NOW’


Continue reading

UBAT GENERIK DAN INNOVATOR : ANTARA MITOS DAN FAKTA

Assalamualaikum semua.. ha. Ni saya nak cerita sikit tentang ubat.. semua kalau sakit mesti cari ubat kan? Tak pun pergi klinik nak jumpa doctor untuk dapatkan ubat. Ubat ni merupakan bahan kimia yang digunakan dalam rawatan, pencegahan dan diagnosis penyakit. Pada kebiasaannya ubat boleh didapati daripada klinik, kedai farmasi dan pasaraya. Kalau ubat digunakan seperti yang diarahkan, ini sudah tentu dapat merawat atau mengawal penyakit anda.

Sebelum anda makan ubat, kena pastikan ubat tu untuk apa. Jangan main makan je sebab ubat mungkin mempunyai warna dan bentuk yang sama tetapi kegunaan dan indikasi yang berbeza.

Tahukah anda bahawa terdapat dua jenis ubat iaitu ubat innovator dan ubat generik? Apa pulak beza dua jenis ubat ni? Ubat tiruan ke? Jom teruskan membaca artikel saya sampai habis kalau nak tau apa beza antara dua jenis ubat ni…

Ubat Innovator ni kalau semua nak tahu ia adalah ubat berjenama asal yang mula diperkenalkan dalam pasaran dan dipatenkanolh syarikat yang menemui ubat baru tersebut setelah menjalankan pelbagai kajian dan penyelidikan. Ha.. mesti semua tertanya-tanya kenapa la syarikat tu nak patenkan ubat dia? Perlu ke? Ha.. syarikat tu patenkan supaya syarikat lain tidak boleh memasarkan ubat yang sama sehinggalah tempoh paten tersebut tamat. Kira hak eksklusif depa punya la.. orang lain takleh copy paste..

Ubat generik pulak kalau semua nak tahu ia adalah ubat yang mempunyai bahan aktif yang sama seperti ubat innovator dan dipasarkan setelah paten atau lesen atau hak cipta ubat innovator tersebut tamat. Maksudnya, kesan ubat generik ni sama je macam innovator. Selain itu, dos , cara pengambilan dan tindakan ubat , kesan terapeutik dan kesan sampingan juga adalah sama seperti ubat innovator. Walaupun semuanya sama, ada lagi yang berasa was-was atau takut-takut nak guna ubat generik ni.. ha ini namanya mitos..

MITOS 1 :

Ubat innovator lebih berkualiti, selamat dan berkesan daripada ubat generik

FAKTA:
Semua ubat termasuk ubat generik perlu mematuhi piawaian yang ditetapkan sebelum didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) di Malaysia. Ini adalah bagi memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan ubat ke atas pesakit. Ujian kesetaraan-bio (bioequivalence study) dijalankan ke atas ubat generik sejak tahun 1999 lagi sebagai salah satu syarat pendaftaran ubat generik. Ini bagi memastikan kesan teraputiknya adalah sama dengan ubat innovator. Oleh itu, ubat generik yang didaftar dengan PBKD adalah sama berkualiti, selamat dan berkesan dengan ubat innovator.

MITOS 2:

Ubat generik mengambil masa lebih lama untuk bertindak dalam tubuh badan.

FAKTA:
Serupa tapi tak sama dek non oi.. tapi takleh la kata ubat generik ni tak power… Mungkin ubat generik ni nampak berbeza sedikit berbanding ubat innovator disebabkan oleh bahan-bahan yang tidak aktif seperti pewarna dan perasa, namun ianya perlu mempunyai jumlah bahan aktif, kadar penyerapan dalam badan dan tahap kandungan dalam darah mengikut tempoh masa yang sama seperti ubat innovator. Jadi para pengguna tidak perlu bimbang kerana bahan-bahan tidak aktif ini tidak memberi kesan kepada keselamatan, keberkesanan dan prestasi ubat generik. Oleh yang demikian, masa tindakan ubat generik adalah sama dengan ubat innovator.

MITOS 3:

Ubat generik lebih murah daripada ubat innovator kerana dikilangkan di fasiliti yang mempunyai kualiti yang kurang memenuhi piawaian.

FAKTA:
Ini mesti ramai yang kata.. ala ubat murah ni mesti low class dan tak berkuliti.dah tu kalau makan, lambat berkesan, walhal kome sume tau ke kenapa ubat generik ni jauh lebih murah berbanding ubat innovator? Ramai berpendapat bahawa kualiti dan keberkesanan ubat generik ini telah dikompromi bagi mengurangkan kos pembuatannya. Sebenarnya, pembuatan ubat generik tidak memerlukan kos penyelidikan dan pembangunan peringkat awal, kos pemasaran dan kos promosi seperti ubat innovator. Selain itu, sekiranya terdapat banyak syarikat yang mengeluarkan dan menjual ubat generik yang sama, persaingan antara mereka juga boleh menyumbang kepada harga yang lebih kompetitif dan murah. Ha, macam biasalah.. kalau banyak saingan, permintaan tinggi, mestilah kena jual murah-murah je..

Pemeriksaan berkala dan penilaian dilakukan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) bagi memastikan semua pengilang ubat mematuhi Amalan Pengilangan Baik (APB) dan mematuhi piawai yang ditetapkan. Amalan Pengilangan Baik merupakan kriteria utama dalam pengilangan ubat-ubat generik. Kalau tak periksa, takut la ada yang tak ikut pulak standard operating prosedur (SOP), nanti jadi masalah lain pulak kan..

MITOS 4:

Ubat generik dan ubat innovator kelihatan berbeza kerana kandungannya berbeza.

FAKTA:
Syarikat pengeluar ubat generik berhak menentukan bentuk, warna dan rasa ubat-ubat generik dan ianya tidak semestinya sama dengan ubat innovator. Takkan nak tiru orang lain pulak kan? Produk sendiri, jenama sendiri biarlah ada identity sendiri. Chewahhh.. dah macam keluar produk kecantikan ke fesyen pulak kan? Hehehehe… Meskipun terdapat perbezaan, ini tidak mempengaruhi keberkesanan ubat tersebut kerana kandungan bahan aktifnya tetap sama. Buat semua pengguna , kenalilah ubat anda dengan nama bahan aktif dan kekuatannya dan bukan melalui warna, bentuk dan rasa. Ha, kalau korang pun, nak orang kenal korang dengan nama kan? Takde lagi manusia yang suka orang panggil dia si gemuk gedempol tak pun, si kurus kering.. Ha sama lah kes dengan ubat-ubatan ni.. Kalau korang tau nama ubat ni, mudahla sikit doktor dan ahli farmasi mengenalpasti sekiranya anda ada alahan terhadap ubat-ubatan yang anda ambil contohnya seperti ubat antibiotik dan ubat penahan sakit (pain killer)

Ha dah panjang lebar saya bercerita tentang ubat innovator dan ubat generik. Harapnya dapat memberi pemahaman antara beza kedua-dua jenis ubat ini kepada semua pembaca. Sebagai kesimpulannya, terdapat permintaan yang besar ke atas ubat-ubat generik kerana harga ubat innovator yang lebih mahal. Seterusnya, ini sudah tentu akan dapat meningkatkan kesedaran doktor dan pesakit memilih untuk menggunakan ubat-ubat generik yang lebih murah tetapi setanding ubat innovator yang lebih mahal. Ketersediaan ubat-ubat generik yang standing dengan ubat innovator sudah tentulah dapat mengurangkan beban kos penjagaan kesihatan di hospital dan seterusnya dapat meningkatkan kualiti hidup pesakit tanpa dibebani kos pengubatan yang tinggi.

“ KNOW YOUR MEDICINES, KNOW YOUR PHARMACIST”

Coretan Oleh Penulis Jemputan : Riza Ariza 

Facebook : https://www.facebook.com/nurariza

Personal review Hotel Temerloh – Hotel Green Park

Bismillah..

Sepanjang hidup 33 tahun ni, kerap jugalah tidur di hotel. Macam-macam gaya hotelnya. Ada yang sangat lama barang-barang dalam biliknya, ada yang selesa, ada yang kurang selesa. Saya lebih selesa menempah bilik hotel melalui Agoda.com. Walaupun iklan di televisyen selalu sebut trivagolah, travelokalah, dan lain-lain. Sebab ? Saya rasa Agoda.com lebih murah. Entahlah mungkin sebab saya dah lama jadi ahli Agoda.com. Percuma je daftarnya. Mohle daftar. Hehehe.

Okay, nak cerita tentang satu hotel ni di sebuah bandar terkenal di Pahang. Kami ada pengalaman yang best di sini. Harga sangat berbaloi dengan apa yang kami dapat. Bilik taklah grand sangat sebab tujuan kami pun nak lepaskan penat je. Dengan harga bawah RM90 semalam, bilik yang bersih dan selesa, kira okaylah. Tandas sangat bersih. Walaupun tak ada sabun atau shampoo, kami memang dah biasa standby sabun dan seangkatan dengannya setiap kali berjalan atau balik kampung. Kira gambar-gambar bilik hotel ni di Agoda.com boleh dikatakan sama lah dengan apa yang kami dapat. Kawasan parkir kereta pun sangat luas. Tempahan bilik kami tak ada sarapan pagi sebab memang plan nak makan di bandar je. Untuk yang Muslim, ada penunjuk arah Kiblat dan sejadah tau. Jadi jangan risau. Walaupun review di Agoda.com rated sebagai 2 bintang je, tapi setiap pengalaman orang mungkin berbeza kan?

Dan yang paling tersentuh tu, kami dapat suatu nota, dengan 3 biji buah. Sebagai ‘greetings‘ lah lebih kurang. Diletakkan atas meja dalam bilik. Pengalaman sebelum-sebelum ni, tak pernah pun dapat nota macam ni. Tersentuh sebab harga hotel ni sangat berbaloi, dan marketing dia bagus. Staff pun ramah. Tak lokek senyuman. Dia pandai beli jiwa pelanggan. Hehehehe.

Tentang harga pula, kami tak pasti kenapa harga yang kami dapat melalui Agoda.com lagi murah daripada walk-in. So, lebih baik tempah online jelah kan. Tak susah pun.

Jadi siapa-siapa turun Temerloh, Pahang dan nak tempat melepaskan penat, sebelum meneruskan perjalanan anda, bolehlah cuba hotel ni. Selesa dan berbaloi.

Hotel Green Park

No.1 Jalan Terkukur,
Off Jalan Merbah,
Pahang, Malaysia.

+609 296 3333/+609 296 3055

enquiry@greenpark.com.my

Coretan Oleh Penulis Jemputan :  Norayhunt

Facebook : https://www.facebook.com/norehan.hassim