Panggung Anniversari

Panggung Anniversari dibina bersempena sambutan ulang tahun ke-10 kemerdekaan negara pada 1967.Kos pembinaannya telah disumbangkan oleh syarikat Tembakau Malaya, Shell Berhad dan Dunlop.Bagaimanapun, pentas yang pernah melahirkan bintang hiburan pada era 1970-an dan awal 1980-an itu kemudian seolah-olah ditinggalkan apabila banyak pentas lain muncul yang menawarkan hiburan percuma sekitar pertengahan 1980-an.

GABUNGAN elemen moden dan futuristik menyerlahkan kehebatan Panggung Anniversari.

PADA zaman kegemilangannya, Panggung Anniversari sentiasa dibanjiri warga kota yang mahu menikmati hiburan percuma.

Kesuraman Panggung Anniversari

Sejak itu, panggung itu terus suram dan bersendirian di tengah-tengah tasik yang indah.

Dalam usaha mengembalikan kegemilangannya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melakukan perubahan drastik yang membabitkan perbelanjaan berjuta-juta ringgit terhadap panggung berusia 43 tahun itu sejak empat tahun lalu.

Ketua Pengarah DBKL, Datuk Salleh Yusup berkata, kerja-kerja menaiktaraf telah pun selesai dan dijangka dibuka sepenuhnya pada tahun hadapan.

Mengaplikasikan konsep ‘burung’, Salleh memberitahu, seni bina moden dan futuristik pada bangunan itu bakal menjadi tarikan baru kepada warga kota.

Antara perubahan yang paling ketara, jelasnya, ialah pemasangan bumbung teflon di kawasan amfiteater bagi memastikan penonton dapat menikmati persembahan walaupun dalam keadaan hujan.

Kawasan pentas utama juga diperbesarkan serta dilengkapi sistem bunyi dan cahaya yang sesuai digunakan pada waktu malam.

“Selain itu, panggung itu juga mengandungi ruang niaga, kafe, bilik orang kenamaan serta kemudahan awam seperti tandas, surau, bilik utiliti, laluan pejalan kaki dan ruang tempat kereta,” katanya yang berharap panggung itu dapat menjadi tarikan baru kepada pengunjung dan pelancong ke Kuala Lumpur.

sumber : kosmo

ASB AGIHKAN PENDAPATAN 7.50 SEN SEUNIT DAN BONUS 1.25 SEN SEUNIT 21 Disember 2010-erk suka tak?

ASB AGIHKAN PENDAPATAN 7.50 SEN SEUNIT DAN BONUS 1.25 SEN SEUNIT
21 Disember 2010
KUALA LUMPUR : Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.50 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010.

Agihan pendapatan ini meningkat sebanyak 0.20 sen seunit berbanding yang dibayar tahun lalu (2009: 7.30 sen seunit)

Peruntukan bagi pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM5.93 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 22% berbanding dengan RM4.86 bilion yang dibayar pada tahun 2009.

Peruntukan bagi pembayaran bonus pula membabitkan jumlah sebanyak RM603.34 juta oleh PNB.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji berkata, pembayaran itu akan memberi manfaat kepada 7.04 juta pemegang unit yang kini melanggan lebih daripada 82.72 bilion unit ASB.

Sehingga 17 Disember, 2010, ASB telah memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM6.58 bilion, di mana keuntungan daripada penjualan saham dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM2.78 bilion atau 42% kepada jumlah pendapatan kasar tersebut. Pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat pula menyumbang sebanyak RM3.27 bilion, atau 50% kepada jumlah pendapatan kasar, dan selebihnya sebanyak RM0.53 bilion, atau 8%, diperolehi melalui pendapatan daripada pelaburan dalam instrumen-instrumen jangka pendek dan lain-lain pendapatan.

Pengiraan pengagihan pendapatan ini adalah berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan ASB yang berakhir pada 31 Disember 2010. Pengiraan bonus pula dibuat berdasarkan kepada purata baki pegangan minimum bulanan yang dimiliki pelabur dalam tempoh 10 tahun bermula dari 2001 sehingga 2010.

Pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus ASB akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan pemegang unit. Pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan ASB mulai 3 Januari 2011.

Semua urus niaga bagi ASB di Ibu Pejabat ASNB, pejabat-pejabat dan ejen-ejen ASNB di seluruh negara telah ditangguhkan bermula pada 20 Disember, 2010 sehingga 2 Januari 2011 bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus.

ASB adalah sebuah tabung ekuiti pendapatan berharga tetap yang disasarkan kepada Bumiputera berumur 12 tahun ke atas. Sasaran tabung ASB ialah menjana pulangan jangka penjang yang konsisten dan kompetitif kepada pemegang unit dan pada masa sama, memastikan pengekalan modal pada tahap risiko yang munasabah.

sumber :

eiiii seronok kan…erm tengah berpikir dan congak2 berapa lah bee dapat untuk simpanan bee yang tak seberapa tu! sipa pandai kira ? bee fail lah bab kira2 mcm nih…

Laporan kes buang bayi Oktober – 14 Disember 2010

  • 13 Disember : Seorang tukang sapu yang ingin mengambil beg plastik hitam dalam tong sampah yang ditempatkan di sebuah stesen minyak di Batu 2, Jalan Klang Lama , Kuala Lumpur , terkejut sebaik mendapati plastik itu mengandungi mayat bayi perempuan yang cukup sifat.

 

  • 17 November : Seorang lelaki yang menjala ikan di sungai berhampiran flat PKNS AU3 , keramat, Kuala Lumpur menemui mayat bayi lelaki di tebing sungai dengan tangan kanannya tersangkut pada sebatang kayu.
  • 15 November : menyayat hati apabila seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan di tinggalakn dalam kotak minuman di sebuah pangsapuri di Jalan Sungai Pinang , Georgetown , Pulau Pinang.
  • 6 November : Seorang wanita yang mengharung banjir untuk ke tempat kerjanya di Jalan putra Alor Setar , Kedah tergamam apabila terjumpa bungkusan plastik berisi mayat bayi yang masih bertali pusat dan uri.
  • 10 : oktober : Seorang lelaki yang ingin mencari daun keladi pelik melihat keadaan tanah dengan kesan masih baru ditimbus sebelum mengorek tanah itu dan menemui mayat bayi perempuan yang ditanam di kawasan tanah rizab, Kampung Baru Hicom , Seksyen 26 , berdekatan Sungai Klang , Shah Alam , Selangor.
  • 14 Disember : Kota tinggi : Seorang kaki pancing menangis teresak-esak apabila objek di sangaka sampah terlekat di tayar keretanya adalah seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan dan masih bertali pusat.
apa nak jadi ni ??? tolong lah insaf dan bertaubat kepada yang telah terlanjur tu..jangan selepas satu dosa tambah lagi dosa lain..yang belum terjebak “hati-hati”
 
ini lagu nasihat khas untuk anda daripada you tube miming dari cikgu syida…layannnnnn (baby suka sangat lagu dan cikgu syida nih..)
 
 

Review http://honeyvsbee.blogspot.com on alexa.com