Resepi Kerabu tembikai di bulan ramadan

Nak sejukkan tekak di bulan ramadan ???  Sejak mengandung antara makan kesukaan adalah tembikai, hari-hari makan tembikai , pagi petang siang malam. Dalam bulan ramadan ni nak juga selit tembikai , kalau tak buat air tembikai , smoothie tembikai , atau makan tembikai , kita buat kerabu tembikai .. selang 2-3 hari kita buat la …

Di bulan ramadan benda pertama yang kita cari selepas berbuka adalah , air tak pun apa-apa yang sejuk kan ? kerabu tembikai ni memang sejuk , letak dalam peti ais …. nyum ~

Kerabu tembikai di bulan ramadan sejukkan tekak Read More

Resepi Kari Kepala Ikan Sentuhan Orang Utara

Dah lama tak masak kari kepala ikan , selalunya tunggu balik kampung di utara baru buat kari kepala ikan kerana faktor di sana , ikan lebih segar , kelapa mudah di dapati. Tetapi dah kerinduan kari kepala ikan di dapur sendiri maka saya buat la di KL , dengan apa yang ada. Suami suka sangat dengan kari kepala ikan. Tu pun atas faktor kesihatan dia tak boleh makan selalu. Susah nak dapatkan kepala ikan segar. Kena rajin bertanya bila ikan di potong dan sebagainya. Kalau dah jadi mak mulut memang kena ringan agaknya.

Tak mahu bercerita panjang , mari lah tengok langkah – langkah menyediakan kari kepala ikan. Saya rajin ambil gambar kali ni…

Resepi nasi minyak

Resepi Kari Kepala Ikan Sentuhan Orang Utara Read More

resepi sup kaki ayam

Resepi : Sup Kaki Ayam Istimewa

Hari-hari keyword resepi sup kaki ayam menyinggah di blog puanbee.com , walaupun sebenarnya resepi tersebut tak ada , yang ada cumalah entri ringkas mengenai cakap-cakap orang tua disini , diorang cakap .. kalau anak lambat berjalan elok di beri makan sup kaki ayam setiap hari. Tak tahu betul atau tidak… Sebenarnya sup kaki ayam ni selalu sangat saya buat , seminggu sekali mesti buat. Sebab anak-anak suka.. tak makan dengan nasi , hirup sup macam tu je.

Korang suka ? geli dengan kaki ayam ke macam mana ?

resepi sup kaki ayam

Untuk resepi sup kaki ayam versi saya.Sila sediakan beberapa bahan yang mudah di dapati. Read More

Cara buat popcorn guna periuk biasa je

Dulu tahun 2011 saya pernah tulis di dalam blog ini cara buat popcorn di rumah senang je .. bunyi nya macam tu la. Selepas beberapa tahun , hampir nak masuk 7 tahun ye saya masih lagi buat popcorn sendiri di rumah dan guna periuk biasa sahaja. Sungguh sangat menjimatkan dan anak anak makan sampai puas. Setelah bertahun tahun tak kan saya guna cara biasa sahaja kan ? mesti lah dah di upgrade sikit.

Nak tengok cara lama boleh klik link di atas. Cara baru yang lagi senang dan mantop kena tengok entri baru. Boleh pulak ada cara buat popcorn lama dan baru ye. Ye lah … pengalaman dan percubaan banyak kali menhasilkan hasil yang lebih baik. Setakat ini saya dah cuba buat 3 perasa. Antara nya kari , rumpai laut dan karamel. Wah heaven betul dapat makan hasil tangan sendiri. Tetapi gambar hanya ada gambar popcorn karamel yek. Yang lain tak sempat ambil gambar dah habis. Nanti lah kalau rajin buat lagi saya tempek resepi sekali lagi.

Cara buat popcorn
popcorn karamel

Cara buat popcorn caramel.

Bagi mereka yang tak tahu macam mana rupa bertih jagung tu boleh tengok di bawah. Bertih ni pergi je beli di mana-mana pasaraya , murah je 1kg baru dalam RM4 gitu. Ada kualiti tertentu juga , nak popcorn jadi kembang cantik beli lah bertih gred elok sikit. Read More

Antara menu bulan ramadan 2016

Assalamualaikum , di minta para pembaca , tak tau ada ke tidak pembaca ni. Sabar kalau nak resepi insyallah akan di masukkan resepi perlahan-lahan. Tujuan saya upload gambar dahulu adalah supaya saya tak lupa tulis resepi muah ni. Sekarang anak saya sendiri yang rujuk blog ini kalau nak tahu apa-apa contohnya resepi. Jadi ibu kena rajin update resepi yang mudah anak nak sediakan. Mana lah tahu berguna suatu masa nanti. Sepanjang ramadan ni ada banyak yang saya masak .. ehem ehem .. tapi ada yang tak sempat nak bergambar pun. Al maklumlah kadang terlupa. Manusia. Tengok ajelah senarai sehingga puanbee ada masa nak karang resepi. Insyallah resepi sentiasa ingat dalam kepala.

Himpunan resepi puanbee klik sini :  LINK RESEPI

TOMYAM TAK PEDAS AYAM DAN CENDAWAN ENOKItomyam cendawan Read More

Menu sahur: Ikan rebus dan budu

Simple
Simple

Menu sahur hari pertama saya hari ini.Ikan temenung rebus dengan halia , serai , bawang merah dan bawang putih. Potong bawang dadu , masukkan budu di tambah cili dan perahan limau. Dah cukup menyelerakan makan macam ni. Selepas makan .. Duduk-duduk kejap tunggu azan. Mata macam nak pejam je. Saya bukan orang kelantan. Tapi suka betul makan budu.Sedap…

Oklah update ringkas dari handphone. Nak cuba update di blog lebih dari media social lain terutamanya facebook. Harap di permudahkan.

4 Khasiat Serai – Buat sendiri teh serai

Penyakit angin . Siapa sini yang selalu kena penyakit banyak angin ? sesetengah orang kata gemuk angin. Yang ni saya tak pasti la sangat , gemuk angin macam mana. Tetapi penyakit badan mudah di masuki angin tu saya sendiri telah mengalaminya. Sejak melahirkan anak ke dua dulu. Entah la mungkin semasa saya dalam tempoh berpantang kurang penjagaan dari segi makanan. Makan bihun goreng dengan durian selamba jek.

Perut selalu rasa sebu. Pencernaan tak bagus.Nak kentut pun susah. Semua tu tanda perut/badan ada “angin”.

Apa yang saya buat ketika perut berangin tu ? saya cuma gunakan serai dan air panas melegak untuk buat Teh Serai. Hancurkan  batang serai kasi keluar semua isi di dalam nya. Masukkan ke dalam air panas melegak dan boleh minum perlahan-lahan. Kalau rajin boleh rebus juga.

khasiat serai Read More

tips buang segugut dengan halia

Hilangkan sengugut dengan halia

Siapa yang tak pernah mengalami sengugut ? anda memang bertuah .. sakit sengugut ialah sakit di bahagian peranakkan , perut atau sesetengah orang sakit di bahagian keliling pinggang ketika seseorang wanita di dalam keadaan Haid . Sengugut atau pun Period Pain ini kebiasaannya akan di alami pada beberapa hari semasa awal kedatangan Haid.

Sakit sengugut ni juga ada tahap-tahap tertentu, memang susah nak bayangkan , saya pernah kena yang paling teruk , rasanya seperti mahu beranak semula , Oh orang lelaki tetap tak tahu bagimana rasa sakit sengugut ni kan. Kalau nak di gambarkan sakit sengugut ni untuk orang lelaki , lebih kurang macam sakit perut kena bola yang ditendang dengan kuat. Rasanya lah gitu lah kot.. andaian saya lah..

Saya petua yang saya sendiri amalkan ketika sakit sengugut ni menyerang , Insyallah berkesan bagi saya.

tips buang segugut dengan halia

Hilangkan sengugut dengan Halia

Buat secawan air halia atau teh halia dan minum dalam keadaan air masih suam-suam , kalau sejuk kurang berkesan.
Dipercayai halia mempunyai khasiat yang  dapat mengalirkan darah haid dengan lebih lancar dan kita selesa ketika minum.

Kemudian sapu minyak panas ke perut – cara ni sengugut akan hilang .

selamat mencuba 🙂

Ikan Tilapia Sweet Sour !!

Salam Bahagia Semua 🙂
Hehee saja nak tayang resepi haven bee , ekekek malas lah nak masak , hari-hari masak agak dah jemu je rasa , tadi jejalan jumpa orang jual ikan tilapia haaa memang payah lah nak jumpa ikan tilapia ni di kawasan bee , oh bee orang kampung selalu rindukan kampung ! dedulu la kan bee selalu p memancing ikan ni di sungai belakang rumah bee jer..hurm sekarang ni sungai tu dah tak sesuai untuk ikan malahan manusia..kenapalah pembagunan harus rosakkan sungai , tak suka !!
yummie..puan kutu sedap tak resepi aiiii ?

Ikan tilapia sweet sour

ok ! agak bercelaru hari ni kompom kena komplen dek kay nanti , pagi tadi buat nasi minyak , lauk ayam masak merah tapi dah habis ku ganti dengan ikan tilapia sweet sour nih , pastu makan dengan ulam , mesti kay akan kata “tak sesuailah , nasi minyak , ikan tilapia sweet sour dan ulam dgn sambal belacan” ku tau dah ! haa pedulik hapa tu kira okey lah ku nak masak kan ..nanti ku suruh tapau baru tau ! ..ngehhh….

Ulam kampung!

Hurm itu saja nak gebang nantikan blog review berikutnya sekitar 9-10 pm malam ini 🙂

Seri muka pulut hitam

Resepi seri muka pulut hitam yang amat menarik dan memikat hati sesiapa sahaja yang suka makan kuih tradisional melayu ini , resepu seri muka pulut hitam saya ambil dari sajionline website , oleh itu jika sesiapa yang telah mencuba resepi ini atau ada apa-apa yang tidak faham boleh rujuk website sajionline , banyak lagi resepi kuih muih yang menarik disana selain dari seri muka pulut hitam ini.

Bahan A:

2 cawan pulut – direndam dan dituskan
1 cawan pulut hitam – direndam dan dituskan
1/2 cawan isi jagung
1 sudu kecil garam
2 1/2 cawan santan
1 sudu besar tepung beras dibancuh dengan 3/4 cawan air

Bahan B:

4 biji telur dikacau bersama 1 1/4 cawan gula
2 cawan santan
10 helai daun pandan
3 cawan air
3 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung pulut
Secubit garam

Cara Menyediakan seri muka pulut hitam :

1. Sediakan bahan B dulu dengan mencampurkan tepung jagung, tepung pulut di dalam bancuhan telur.

2. Kisar daun pandan bersama air, kemudian tuangkan bancuhan tepung ke dalam air daun pandan.

3. Campurkan santan dan garam, ketepikan.

4. Sementara itu sediakan bahan dasar dengan mencampurkan kesemua bahan A kecuali bancuhan tepung beras.

5. Masak bahan A sehingga likat, baru tuangkan bancuhan tepung beras.

6. Masak sebentar sehingga adunan sedikit likat, dan angkat.

7. Sediakan loyang, sapukan sedikit minyak. Tuangkan kesemua bahan A (dasar).

8. Kukus hingga masak (dasarnya sahaja), kemudian tekan hingga mampat.

9. Sementara itu, suamkan bahan B (atas), tuangkan sebahagian di atas bahan A.

10. Kukus selama 10 minit, kemudian dengan segera tuangkan baki (bahan B).

11. Kukus lagi selama 10 minit dan panggang/salai selama 15 minit pada shuhu 120 darjah Celsius untuk mendapatkan kuih yang cantik permukaannya.

Resepi ini diambil dari sajionline.com untuk Koleksi resepi ibu di puanbee.com.