KENAPA BAHAYA TERLEBIH MINUM AIR KOSONG @ AIR PUTIH?

Salah satu cara untuk mengesan sesuatu penyakit atau kerosakkan organ seperti buah pinggang adalah melalu urine @ air kencing. Sebab warna air kencing memberi petanda samada anda sihat atau sebaliknya.

Ramai yang tahu pengambilan air putih sangat baik untuk kesihatan & kecantikkan tapi ramai yang mungkin tidak tahu terlebih mengambil air putih jugak boleh memudaratkan kesihatan.

Sebab tu pengambilan apa2 minuman tak kira air putih sekalipun kena mengikut sukatan yang sepatutnya.  Sedikit info berkaitan dengan bahaya mengambil air putih secara berlebihan

Pengambilan air putih secara berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan dimana ianya boleh meningkatkan volume darah. Volume darah yang meningkat boleh meningkatkan kerja jantung dan tekanan dalam pembuluh darah. Kelebihanair juga dapat membebankan kerja buah pinggang yang bolehmengakibatkan glomerulus rosak. Sistem penapisan di buah pinggang harus tetap mempertahankan jumlah air (di dalam tubuh) pada tahap yang selamat yang memang diperlukanoleh tubuh, kelebihan cecair akibat dari banyaknya penggunaan air harus dibuang dari tubuh. Hiponatraemia adalah suatu keadaan di mana kadar garam di dalam darah(dalam hal ini Natrium) lebih rendah daripada yang sepatutnya. Keadaan yang teruk daripada keadaan hiponatraemia boleh menyebabkan intoksikasi air yangmempunyai gejala antara lain sakit kepala, keletihan, mual, muntah, sering urinasi (buang air kecil) serta kekeliruan mental. – Sumber : Kenapa Urine Berubah Warna

Tanda – tanda anda terlebih mengambil air putih adalah melihat melalui warna air kencing @ urine. Jika air kencing anda tidak berwarna atau jernih ni menandakan berkemungkinan anda telah mengambil air putih terlalu banyak, Jadi kurangkan pengambilan air putih.

Jadi jangan ambil secara berlebihan air putih. Ambil sekadar memenuhi keperluan badan kita setiap hari.

Baca lagi :
1 – Khasiat yang penuh walaupun sekadar air kosong
2 –  7 + 1 = 8 Manfaat Air
3 –  Lakukan Terapi Air Untuk Menguatkan Sistem Petahanan Tubuh Melawan Penyakit.

PELAKON INDONESIA IRWANSYAH BERLAKON DALAM DRAMA ‘DIA’ SLOT AKASIA

Irwansyah salah satu nama besar dalam industri seni di Indonesia. Seorang penyanyi & pelakon. Antara lagu yang pernah popular di Indonesia & Malaysia adalah.. Lagu Pencinta wanita. Lagu tu memang pernah menjadi hits & siulan ramai sebab agak catchy melodinya.

Terbaru Irwansyah bakal muncul dalam drama melayu berjuduh DIA di slot akasia TV3. Di gandingkan dengan pelakon Janna Nick. Wah mesti pasangan yang cocok kan dalam drama tu nanti. hehehe.

Drama tu mengisahkan tentang  Adit, seorang pemuda jujur dan rajin yang telah menerima surat wasiat arwah bapanya. Adit bakal mewarisi empayar perniagaan di Malaysia dan telah dipaksa berkahwin dengan anak kenalan ayahnya di Malaysia. Biarpun Adit sudah punya pilihan hati, tetapi dia terpaksa akur dengan keputusan ayahnya itu demi mereliasikan impian ayahnya itu. Pelbagai rintangan dan dugaan harus dilalui untuk merealisasikan impian arwah bapanya.

Masa tayangan drama tu adalah seperti berikut

JUDUL : DIA
EPISOD : 60 episod
TARIKH TAYANGAN : 14 Oktober 2017
HARI / MASA : Jumaat-Ahad, 9.00 malam
SIARAN : TV3 (Drama Eksklusif)
SKRIP : Zarihah Hassan, Nasir Sulaiman, Azidah Jaafar, Azmy Ariff, Shuhadatul Ain
PENGARAH : Eoon Shuhaini / Omar Olly Alaydrus / Zamri Zakaria
TERBITAN : OrangeTree Production Sdn Bhd
Antara pelakon yang menjayakan drama ni adalah Irwansyah, Janna Nick, Izara Aishah, Adi Putra, Sandrinna Michelle Skornicki, Kevin Andrean, Juliana Moechtar, Aleza Shadan, Zamarul Hisham, Tatiana Sivek, Cahya Kamila, Billy Boedjanger, Emma Maembong, Farouk Hussain, Fazlina Ahmad Daud, Tash Yong, Taib Zamannuri, Syaffiq Sahli
Jadi pada peminat Irwansyah jangan lupa follow drama DIA ok..

BERAPA LAMA BOLEH AMBIL SUNTIKAN CEGAH KEHAMILAN?

Bagi wanita yang dah berkahwin & merancang untuk menjarakkan kehamilan, salah satu cara selain mengambil pil perancang adalah dengan mengambil suntikan cegah kehamilan. Ia lebih mudah sebab tak perlu nak makan ubat setiap hari secara consistent. Hanya perlu ambil suntikkan setiap 3 bulan sekali.

Tapi boleh ke ambil suntikan ni dalam tempoh yang lama lebih dari 5 tahun? Apa risiko terlalu lama mengambil suntikan cegah kehamilan? Mesti ramai nak tahu kan? termasuk la saya walaupun saya tak ambil suntikan cegah kehamilan. Tapi untuk info.. Mungkin berguna di masa akan datang.

Apa yang saya baca di blog Dr Zubaidi.. Katanya suntikan cegah kehamilan di galakkan ambil tidak lebih dari 2 tahun kerana risau mengalami kerapuhan tulang dan kesan kesan lain. Korang boleh baca sendiri kat sini JANGAN TERLALU LAMA AMBIL SUNTIKAN CEGAH KEHAMILAN

Kita sedia maklum cara paling selamat untuk cegah kehamilan adalah dengan cara semulajadi tanpa mengambil sebarang ubatan tak kira melalui suntikan ataupun makan. Cuma perlu semangat yang kuat & kerjasama kedua belah pihak (suami & isteri). Apapun dalam dunia ni.. Yang berbentuk ubatan ni memang ada risikonya jika salah ambil atau mengambilnya terlalu lama.

Semoga perkongsian ni membantu memberi info kepada semua.

APA YANG MISTERI MUZIUM ITU? JANGAN LUPA TENGOK

Tadi ternampak satu iklan promo untuk drama terbaru slot seramedi di TV3 kat page TV3 malaysia. Dah lama rasa selepas drama Misteri Wan Peah.. tiada drama penganti slot seramedi.

Bagi peminat drama seram komedi jangan lepaskan peluang untuk menonton drama Muzim misteri di slot seramedi nanti.

Antara pelakon yang menjayakan watak utama dalam drama ni adalah

Shah Sulaiman sebagai Danial 
Bell Ngasri sebagai Shah
Along Eyzendy sebagai Adam 
Masa tayangan drama Muzim Misteri ni adalah seperti berikut
Tajuk : Muzium Misteri
Mula Tayangan : 26 september 2017
Masa : Setiap Isnin-Rabu, 10.00 Malam
Siaran : Slot Seramedi (TV3)
Terbitan : Zamriez Golden Picture
Jumlah Episod: 16
Antara pelakon pembantu lain yang turut membintangi drama ni adalah AR Badul, Chacha Maembong, Iswan Ismail, Sasqia Dahuri
Nak tahu apa yang misterinya muzium tu.. Kena la tonton esok malam yer. Adakah drama ni bakal menjadi trending macam drama misteri wan peah? Kena tunggu la tayangan dia nanti.