Tolong renew roadtax kereta pemilik lain [ Tak perlu geran asal ]

Assalamualaikum , nak cerita sedih sikit lah tak dapat balik kampung , maklum lah over bajet dah. Kena renew roadtax kereta daa~ . 9/9/2016 tarikh tamat cukai jalan dan insuran kereta kami. Satu – satunya harta yang ada. Tak mengapa la , raya di KL best juga. Kurang orang kan raya-raya ni biasanya.

Terdapat banyak soalan yang saya baca-baca di media social.

  1. BOLEH KE RENEW ROADTAX KALAU TAK ADA GERAN ASAL ?
  2. BOLEH KE RENEW ROADTAX KALAU PEMILIK NYA PERGI OVERSEAS ?

Jawapan di bawah :

road-tax Read More

Perkembangan kelas menjahit di Bangi

Assalamualaikum  dan hai .. Kali ni nak share perkembangan kelas menjahit di bangi . Kali pertama jahit dan menjadi dengan kemas. Sebelum ni saya jahit juga. Tapi ya ampun punya tak kemas , nak pakai sendiri pun malu ehh … Sekarang ni rasa sangat PRO dah. Boleh masuk rancangan runway tu dah. Saya memang minat bahagian ni. Memang susah payah pun akan ku teruskan kelas menjahit ni sampai pandai jahit 20 patern. Mujur lah cikgu tu ambik upah mengajar one to one murah je. Dan paling best sebab senang faham. Baru pergi beberapa kali dah berani sikit pegang mesin jahit industri yang laju tu.

palazo 1

Kalau korang nak belajar menjahit , boleh je contact kak zu ni.

Ni di bawah saya copy paste iklan yang menarik hati saya kali pertama dari Kak Zu Zulkifli Read More

Belajar menjahit merupakan impian lama dulu

Assalamualaikum dan hai … Akhirnya .. saya dah beli mesin jahit. Bagaikan mimpi tercapai. Dah lama teringin sangat nak belajar menjahit tapi suka sangat bertangguh tangguh. Dari anak seorang sehinggalah kini anak dah pun empat orang. Bayangkan… Sekarang ni saya mulakan langkah sangat drastik. Perlukan masa tak sampai seminggu saya buat keputusan nak belajar menjahit , terus order mesin jahit. Buat survey di facebook mesin mana ok untuk di beli. Ada banyak pendapat. Terima kasih kawan kawan. Akhirnya saya menghubungi guru untuk saya belajar menjahit. Agak jauh dari tempat tinggal. Itu lah .. macam mimpi. Semua nya di lakukan dengan begitu cepat sekali.

18/7/2016

Saya update status nak beli mesin jahit yang mana bagus. Padahalnya saya dah pun main kutu untuk beli mesin jahit. Dapat bulan 12 nanti. Tapi dek kerana hati ni nak sangat mesin jahit , makanya saya survey dan nak beli dulu. Bayangkannnnn ..

mesin jahit

Nak baca pendapat mesin mana bagus boleh klik sini. Ada banyak sangat pendapat. Malas betul saya nak print skrin sekarang ..akan datang mungkin akan buat entri khas untuk pemilihan mesin jahit. Kalau nak beli mesin jahit brother pink tu , di go shop harga paling mrah. Tempat lain mahal. Di kedai spotlight ni mahal 200 dari go shop.  Read More

penyebab rabun malam

Apakah penyebab rabun malam?

Rabun malam ? Apa penyebab rabun malam ? Sebenarnya rabun malam merupakan satu penyakit yg disebabkan oleh kekurangan vitamin A dalam makanan yg menyebabkan sel mata yang kering dan menghadkan keupayaan untuk menguruskan intensiti (ketumpatan) cahaya. Kesan sampingan yg lain termasuk kulit menjadi kasar dan bersisik di tangan dan kaki.

penyebab rabun malam

Pembentukan gigi dan pertumbuhan badan juga mendapat gangguan dan dalam beberapa kes kornea sangat kering dan legap dan membawa kepada buta. Mereka yang menghadapi rabun malam perlu mengambil lebih banyak sayuran berdaun terutama bayam,hati,mentega,buah-buahan,lobak merah,labu,susu dan ikan di dalam diet bagi mendapatkan lebih banyak vitamin A..

Kaedah mengatasi rabun malam

Suplemen pil vitamin A dalam masa kehamilan, dapat menurunkan angka kematian ibu dan bayi, insyaAllah. Sebuah kajian tentang kesihatan ibu di bahagian selatan Nepal menemui bahawa vitamin A dos rendah atau beta-carotene tambahan dan bahan pangan yang banyak mengandungi vitamin A dapat menurunkan peratus kematian ibu rata-rata 44%.

Mereka yang menghidapi rabun malam perlu mengambil lebih banyak sayuran berdaun terutama bayam, hati, mentega, buah-buahan, lobak merah, labu, susu dan ikan di dalam diet bagi mendapatkan lebih banyak vitamin A. Amalkan setiap hari Insya-Allah anda dapat mengatasi masalah ini.

Sumber

1 – CyBerita
2 – kesrepro.info
3 – elitehealthfood.com

Sinki tersumbat ? Cara senang dan berkesan.

Sinki siapa buat hal pula kali ni ? kalau tak tersumbat tak kan korang sampai ke blog akak kan. Sinki tersumbat memang membuatkan para wanita dan ibu-ibu moody sepanjang hari. Saya paling rimas kalau sinki tu tak boleh di gunakan. Baru lagi ni , tengah tengah masak air dalam sinki bertakung. Terus stop masak dan kerjakan sinki tak sedap sampai azan maghrib. Berbuka puasa pun main jamah kurma je. Sambung lagi ngodek sinki sampai  5 pagi , sampai sahur ye. Tak tahan dah saya pun tidur. Lupa anak nak sekolah bagai. Nampak tak ? betapa penting nya sinki. sinki tersumbat Read More

Buffet Ramadhan Casa Ombak Lagi

Masih belum terlambat kalau korang nak cuba berbuka puasa di Casa Ombak. Rugi lah sapa tak cuba , setahun hanya sekali gitu. Tahun ini muka saya lagi ke CASA OMBAK tu. Tiap-tiap tahun mesti pergi. Tapi tak ada gambar dengan ownernya Kak Akma la pulak. Tahun ni sama dengan tahun lepas. Tak sempat bergambar banyak banyak dan tak sempat makan puas puas. Harap tahun depan boleh makan banyak lah ye. Tapi sempat makan sepinggan Kambing bakar, kuew tiaw , kuih muih dan juga jeruk buah buahan. Saya orang paling lama tunggu disitu kot. Tapi banyak benda tak sempat makan. Bahagian nasi tak makan langsung. Ruginya … sebab lauk banyak sangat. Semua nampak sedap. Red mummy kata ada teh sedap. Adoi terliiurrrrrr ..  Tapi tak kisah lah.. memang dari awal plan nak kambing .. Kambing bakar dia sedap .. kuah pun sedap .. korang kena try lah. Bagi saya semua sedap .. casa ombak

Hai kak hanny , curi gambar satu ekkk … hehehe ..

Suasana berbuka di casa ombak , amat meriah dengan makanan. Banyak makanan di sediakan. Amat berbaloi .. jika sesiapa suka makan tu eloklah kesini. Janji puas hati. Pentas ni hiasa je , gambar sebelum anak anak naik buat persembahan.

casa omabk 7

Cantik sangat dekorasi dia. Kalau lah sesiapa yang rasa nak buat jamuan keluarga ke , korporat ke terus booking di sini. Tak payah susah-susah nak sediakan semua. Info saya sertakan di bawah nanti ye. Read More

Nak kurus dan nak dapat bentuk badan cantik itu bukan penentu

Ini lah yang saya cari selama ini.. saya nak kurus tetapi saya salah selama ini.  Bentuk badan cantik langsing BUKAN penentu samaada ianya akan dapat berfungsi sepeuhnya dalam aktiviti harian. Terlebih dahulu saya minta maaf keraa print skrin status facebook Puan karolina wan hassan. Ya ampun terjumpa video terkini Puan karolina , menunjukkan bagaimana nak gerak kan semua bahagian badan dengan betul. Saya baca dan hadam kan. Saya baca ke bawah lagi dan lagi .. akhirnya semua video saya tengok dan baca. Kalau sebelum ni asyik salahkan diri sendiri sebab tak sempat ke gym. Mulai hari ini tak lagi. Dah tahu cara paling senang nak FIT Insya Allah.

kurus dan cantik

Semua surirumah , puan puan yang bekerja dan tuan tuan patut follow facebook Puan karolina. Umurnya 52 tahun 9 anak dan dah bercucu tapi masih aktif lompat dan berlari-lari. Di bandingkan dengan i yang bar 32 tahun susah bebenor nak melompat. Padahal dedulu panjat pokok tu dah jadi rutin. Ya ampun .. lepas ni nak aktifkan balik badan .. nak fit .. nak sihat .. cantik dan kurus nombor 2 kot.

Selain dari cara nak fit kan badan , ada banyak info , tips dan perkongsian tentang makanan. Memang lain dari yang lain lah. Sangat sangat mengubah pemikiran kita yang kononnya sangat moden ini. Siapa nak kurus , dah cuba macam – macam cara dan dah cuba pelbagai jenis supplement boleh lah cuba cara Puan karolina pula. Mana tahu lepas ni kurus dan sihat bertenaga pula. Dari pada nampak macam makcik jadi macam anak dara.

letting go

Betul … ada banyak perkara yang kita perlu lepaskan. Saya ada banyak … banyak sangat … mungkin cara ini dapat membantu Wahh sangat teruja. Pergilah follow facebook nya. Sangat sangat bermanfaat daripada follow facebook Kisah rumah tangga tu.

Tak boleh tidur .. cadang nak masak tomyam untuk sahur. Saya terbaca tulisan Puan Karolina  .. kita kena belajar untuk tidur 3-5 jam sehari tetapi masih aktif .. ni saya  dah lama amalkan. Hihihihihi .. Tetapi kadang kadang lemau juga. Saya paling suka tips yang di beri senang kot. Senaman paling elok untuk wanita , merangkak dan mencanggkung. Esok buat ..

4 Khasiat Serai – Buat sendiri teh serai

Penyakit angin . Siapa sini yang selalu kena penyakit banyak angin ? sesetengah orang kata gemuk angin. Yang ni saya tak pasti la sangat , gemuk angin macam mana. Tetapi penyakit badan mudah di masuki angin tu saya sendiri telah mengalaminya. Sejak melahirkan anak ke dua dulu. Entah la mungkin semasa saya dalam tempoh berpantang kurang penjagaan dari segi makanan. Makan bihun goreng dengan durian selamba jek.

Perut selalu rasa sebu. Pencernaan tak bagus.Nak kentut pun susah. Semua tu tanda perut/badan ada “angin”.

Apa yang saya buat ketika perut berangin tu ? saya cuma gunakan serai dan air panas melegak untuk buat Teh Serai. Hancurkan  batang serai kasi keluar semua isi di dalam nya. Masukkan ke dalam air panas melegak dan boleh minum perlahan-lahan. Kalau rajin boleh rebus juga.

khasiat serai Read More

tips buang segugut dengan halia

Hilangkan sengugut dengan halia

Siapa yang tak pernah mengalami sengugut ? anda memang bertuah .. sakit sengugut ialah sakit di bahagian peranakkan , perut atau sesetengah orang sakit di bahagian keliling pinggang ketika seseorang wanita di dalam keadaan Haid . Sengugut atau pun Period Pain ini kebiasaannya akan di alami pada beberapa hari semasa awal kedatangan Haid.

Sakit sengugut ni juga ada tahap-tahap tertentu, memang susah nak bayangkan , saya pernah kena yang paling teruk , rasanya seperti mahu beranak semula , Oh orang lelaki tetap tak tahu bagimana rasa sakit sengugut ni kan. Kalau nak di gambarkan sakit sengugut ni untuk orang lelaki , lebih kurang macam sakit perut kena bola yang ditendang dengan kuat. Rasanya lah gitu lah kot.. andaian saya lah..

Saya petua yang saya sendiri amalkan ketika sakit sengugut ni menyerang , Insyallah berkesan bagi saya.

tips buang segugut dengan halia

Hilangkan sengugut dengan Halia

Buat secawan air halia atau teh halia dan minum dalam keadaan air masih suam-suam , kalau sejuk kurang berkesan.
Dipercayai halia mempunyai khasiat yang  dapat mengalirkan darah haid dengan lebih lancar dan kita selesa ketika minum.

Kemudian sapu minyak panas ke perut – cara ni sengugut akan hilang .

selamat mencuba 🙂

Poco-poco Haram ??

Salam Bahagia semua 🙂
Tarian poco-poco merupakan salah satu aktiviti kegemaran bee suatu masa dulu , erm haram ?? terpaksa lah buat aktiviti lain , menari tanpa arah kot! hee..dah tu yoga tak boleh , poco-poco tak boleh ..ekekek..Tak tahu pulak tarian ini asalnya dari jamica kan , ku ingat kan asalnya melaka …haa sungguh cetek ilmu ..jom tengok laporan dari kosmo dibawah..

Tarian poco-poco yang popular sebagai aktiviti riadah dalam kalangan suri rumah dan penjawat awam ketika menghadiri kursus dan majlis keraian telah diputuskan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak baru-baru ini.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.

Katanya, keputusan sebulat suara itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang bersidang dari 24 hingga 26 Januari lalu.

“Kajian mendapati tarian yang sering diamalkan di Jamaica itu bercirikan agama Kristian. Oleh itu haram bagi orang Islam mengamalkannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.