Tindakan pencegahan malware! Ucapkan selamat tinggal malware!

Share

Bagi yang telah terkena jangkitan malware ini pastikan anda membersihkan “cookies” daripada browser-browser anda. Pastikan portal dan blog anda TIDAK memasang iklan daripada Innity dan manggaonline.

Bagi iklan pop-up dari widgeo.net yang mengganggu pelayaran blog, buang widget yang memaparkan data pengunjung. Sekalipun cantik dan maklumatnya bermakna, tetapi iklan popup yang diterbitkan terlalu menganggu sehinggakan pengunjung boleh menjadi bosan kerananya.

Semua malware akan menyebabkan sistem komputer bertambah lambat seperti penyambungan Internet dan juga masa untuk sistem ‘boot’ menjalankan operasinya.

Related :

  1. Apa itu malware

BAHAYANYA VIRUS MALWARE NI…amaran kpd semua blogger!

Share

Apa malware tu? Malware merupakan perisian yang direka bentuk untuk memasuki ke dalam sistem komputer dan menyebabkan risiko kerosakan komputer tanpa disedari oleh pengguna.

Nama Malware wujud daripada gabungan ‘malicious’ yang membawa maksud niat jahat dan ‘software’ pula bermaksud perisian.

Perisian ini dicipta oleh individu yang mempunyai kepakaran berkenaan kod program pelbagai perisian. Tujuan golongan ini ialah untuk mengganggu, mengancam dan menimbulkan masalah kepada pengguna komputer.

Pada masa ini Malware diwujudkan untuk tujuan mengaut keuntungan. Bukan saja untuk mengganggu sistem komputer tetapi ia juga digunakan untuk mencuri data, identiti, wang serta maklumat pengguna, semata-mata bagi mengaut keuntungan yang berlipat ganda oleh penjenayah siber

Serangan malware termasuklah terhadap kebanyakan blog yang ada diantaranya terus tidak dapat diakses kecuali mereka yang mengambil risiko mengabaikan arahan daripada melayari blog-blog berkenaan.

Beberapa template tertentu dikesani mudah untuk berkompromi dengan malware ini.

Related :

Tindakan pencegahan malware! Ucapkan selamat tinggal malware!