BPA free ? Apa Itu BPA / Bisfenol A

Apa itu Bisfenol A (Bisphenol A) — BPA . Ketahui apa itu apa itu Bisfenol A (BPA), bahayanya terhadap keluarga anda (bayi terutamanya) dan cara mengelakkan atau mengurangkan pendedahan terhadap BPA.

Bisfenol A (BPA) adalah bahan kimia yang terdapat dalam plastik polikarbonat (polycarbonate) dan resin epoksi. Plastik polikarbonat yang jernih dan tahan lasak ini digunakan dalam pelbagai produk pengguna antaranya botol susu bayi, botol air mineral, bekas makanan dan juga dalam teether bayi. Resin epoksi pula digunakan untuk menyaluti lapisan dalam hampir semua makanan dan minuman dalam tin.

Kesan botol susu bpa terhadap kesihatan dalam jangka masa panjang

BPA dari produk mengandungi bahan berbahaya ini dapat melarut resap ke dalam makanan atau minuman dan seterusnya memasuki badan. Dos Bisfenol A yang rendah sekalipun dalam badan manusia boleh disalah anggap sebagai estrogen. Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, sistem peranakan dan pertumbuhan janin. Keadaan ini boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan.

Janin dalam kandungan (ibu hamil jaga pemakanan anda) dan bayi adalah golongan yang paling berisiko jika terdedah dengan BPA ini kerana ia dikatakan mempengaruhi pembentukan otak dan perangai bayi.

Banyak kajian mengaitkan BPA dengan pelbagai masalah lain seperti baligh awal, kanser payudara, kanser prostat, penyakit jantung, obesiti dan kencing manis. Malah, ia juga dikatakan boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan merosakkan kromosom.

Faktor Pengaruhi Larut Resap BPA ke dalam Makanan

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan larut resap ini berlaku dengan lebih banyak. Antaranya, kepanasan (api dan matahari), calar dan pendedahan terhadap sesetengah bahan kimia (termasuk sabun pencuci).

Pengkaji dari University of Cincinnati melaporkan, pendedahan terhadap air menggelegak menyebabkan botol polikarbonat melepaskan bisfenol A (BPA) sehingga 55 kali ganda lebih cepat berbanding ia terdedah kepada air sejuk atau air suam (air kosong).

Tip Mengelakkan BPA

Anda mungkin sukar untuk mengelakkan secara mutlak penggunaan produk yang mengandungi BPA ini, tetapi anda dapat mengurangkannya dengan mengamalkan langkah-langkah berikut :

  1. Jangan panaskan makanan atau minuman dalam plastik polikarbonat sama ada menggunakan ketuhar gelombang mikro atau pun direbus.
  2. Kurangkan pengambilan makanan dalam tin, pilih yang segar atau sejuk beku. Jika mahu yang segera, pilih dalam botol kaca.
  3. Seboleh mungkin, gunakan bekas makanan daripada porselin, kaca atau keluli tahan karat terutamanya untuk makanan atau minuman panas.
  4. Berikan permainan yang selamat untuk anak anda. Lihat kod plastik di bawah permainan. Kod 7 adalah polikarbonat (elakkan juga kod 3 kerana ia mengandungi toksin).
  5. Jika mahu membungkus sup atau air panas dari penjual makanan, bawa bekas makanan atau minuman anda sendiri.
  6. Jangan membiarkan air di dalam botol air mineral terjemur di dalam kereta, dan kemudian meminumnya.

Tip Elak BPA ke Botol Susu Polikarbonat

  1. Gunakan botol susu daripada gelas atau plastik yang bebas BPA. Elakkan polikarbonat. Sebaliknya pilih polietilena, polipropilena atau poliamida.
  2. Jika anda menggunakan juga botol polikarbonat, pastikan ia tidak dijemur, tidak dipanaskan dan tidak dimasukkan air panas menggelegak ke dalamnya.
  3. Elakkan calar dengan menggunakan berus yang lembut daripada plastik dan span, bukan berus daripada dawai untuk membasuh botol susu bayi.
  4. Gunakan sabun yang sesuai untuk mencuci botol bayi.

info : Ratu Hati

Next kita akan bincang cara untuk kenali botol bebas BPA .

Related : Pengharaman botol susu  bpa 1 mac 2012

Related : Promosi botol susu bebas bpa , jenama avent

Kadang -Kadang Betul lah Kata-kata atau lidah itu lebih tajam dari pedang!!

Kadang -kadang , ku rasakan betul lah perumpamaan “lidah atau kata-kata itu lebih tajam dari mata pisau “

kadang-kadang apabila terlalu banyak kejayaan , terlalu banyak puji-pujian di berikan membuat kan kita angkuh dan tak sedar setiap kata-kata kita itu di bayangi bongkak ,

Kadang-kadang walau kita menafikan “oh aku tak begitu , aku tak begini” padahal nya kita mendedah kan setiap apa yang ada dalam hati kita , tapi di olah menjadi sangkalan semata..

Kadang-kadang kita harus diam dan berfikir sejenak , selarikah penafian dengan perbuatan kita ? selarikah ??

Kadang-kadang kita mencanangkan “oh aku berjaya dengan usaha keras aku” namun kita tak sedar bahwasanya kejayaan kita itu di sertai dengan rahmat tuhan , kita tak sedar bila-bila masa sahaja rahmat tersebut akan di tarik balik.

Kadang-kadang kita berbicara , setajam pedang , sekuat halilintar , tanpa fikirkan dalilnya perkataan tersebut , bagaimana penerimaan orang sekeliling .

OH ! kau dah berjaya kau boleh ! aku pasti boleh tapi aku tak akan begitu suatu hari nanti , kita bukan aku …

Fakta Tentang Kelambu Ka’abah

Salam Bahagia Semua 🙂
Tertarik untuk share fakta ni kot-kot ada yang terlepas pandang ..

-Perbelanjaan buat kelambu Kaabah memakan belanja sebanyak RM17.5 juta

-Seramai 220 pekerja diberi tanggungjawab menyiapkan kelambu Kaabah dalam setahun

-Lokasi pembuatan itu terletak di Masna’ Kiswah Ummul Jaud, jalan menuju Hudaibiyah tempat terkenal dalam sejarah Islam

-Lokasi itu, menurut Khamis, didirikan Raja Arab pada 7 Rabiul Akhir 1397 hijrah.

-Arab Saudi mula merencanakan pembuatan kiswah pada Muharam 1346 hijrah, pada zaman pemerintahan al-Malik Abdul Aziz Abdul Rahman al-Saud.

-Kelambu Kaabah bahagian luar berwarna hitam dengan lapisan berwarna putih di bahagian dalamnya, manakala kiswah di bahagian dalam Kaabah berwarna hijau.
“Sebanyak 670 kilogram benang sutera asli diperlukan bagi membuat kiswah, dana dikeluarkan adalah RM17.5 juta,” katanya.

Pembuatan kiswah katanya, membabitkan mesin dengan kemampuan 9,986 benang per meter.

“30 tahun lalu, kiswah dibuat dengan alat tenun, memakan masa lapan bulan, berbanding menggunakan mesin hanya mengambil masa lima bulan,” katanya.
Replika pintu Kaabah disulam dan ditutup dengan kiswah berhiaskan pelbagai ayat suci al-Quran yang dibuat pada zaman Sultan Murad Khan 1410 hijrah. Pekerja menyulam benang emas dan perak serta memotong kiswah dan membentuk kaligrafi ayat al-Quran.

Lokasi Masna’ Kiswah terletak berhampiran Muzium Haramain, di mana setiap 1 Zulhijah diadakan upacara simbolik penyerahan kiswah kepada Ketua Urusan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Imam Masjidil Haram biasanya menghadiri upacara penyerahan kiswah pada upacara penyerahan 1 Zulhijah 1431 hijrah, yang dihadiri Imam Syeikh Mahir al-Mu’aykali.

Pada upacara itu dilakukan penyerahan simbolik kunci pintu Kaabah kepada Dr Saleh al-Saiby, ahli waris pemegang kunci pintu Kaabah. Pemegang kunci sebelumnya ialah Abdul Aziz al-Saiby, beliau sudah meninggal dunia.

Keluarga al-Saiby menjadi pemegang kunci pintu Kaabah sejak zaman Quraisy lagi, iaitu sebelum Nabi Muhammad diangkat menjadi Nabi dan Rasul.

Kerja penukaran kiswah itu dilakukan setiap tahun ketika jemaah haji berwukuf di Arafah. Kelambu Kaabah yang sudah atau belum digunakan disimpan di tempat tertentu dan kelambu yang digunakan dibahagikan kepada pemimpin dan tokoh tertentu dalam kalangan negara Islam.

Penukaran kelambu Kaabah adalah tradisi sejak 1,500 tahun silam dan ia dimulakan sejarahnya oleh Nabi Ismail AS. Sejak itu setiap tahun kelambu Kaabah di ganti hinggalah sekarang.

Kerajaan Arab Saudi mengambil tanggungjawab menenun kain kelambu Kaabah itu. Sebelum ini ia pernah ditenun di Mesir dan India tetapi didapati mudah luntur.

Oleh itu, perhatian jemaah umrah dan haji selalu ditumpukan penglihatan mereka kepada kiswah dan Kaabah, di mana begitu penting ganjaran pahalanya sebagaimana sabda Nabi SAW bermaksud; “120 rahmat turun ke atas Kaabah setiap hari dan malam, 60 rahmat bagi mereka yang melakukan tawaf, 40 rahmat bagi yang mendirikan solat, 20 rahmat untuk mereka yang hanya memandang Kaabah.” (Hadis riwayat Baihaqi).

English Deco , Kalau Lah ..

English deco buat kan bee geram setiap kali pergi ke gedung menjual barang-barang yang menjual produk hiasan rumah bercirikan english style. Walaupun sekadar cuci mata , hati memang berminat sangat-sangat dengan semua produk hiasan ala-ala english ni. Pasti cantik kalau dapat hias rumah sendiri kannnnn …

Kalaulah bee dah ada rumah sendiri kan , bee nak semua nya bertema kan english deco.. i like roses soooooo much !..comel nyer mesti tenteram je jiwa ku kalau duduk dalam rumah yang di penuhi bunga-bunga… seperti di bawah !.. jom layan..

Nak Hias Rumah? Klik Sini!

Rak ini sangat comel kan boleh letakkan stokin , atau benda2 kecik ke dalam tu rumah pasti nampak kemas dan tersusun.

Jam ini pula nampak menawan jika di letakkan di ruang makan huh! kipas ku cepat geram tengok semua ni.

Kerusi , bantal dan ambal tu , ku nyaris nak beli haha tapi fikir punya fikir tunggu lah anak-anak dara ni besar dulu kalau tak sayang juga habis di buat seni sendiri di rumah … tapi memang cantik sangat laaa…

kenapa perempuan suka english style ? mungkin sebab warna yang lembut , mungkin sebab corak bunga yang menarik  ? ermmmm

Cawan kopi  english style ni pun ku teringin jugak tapi tak beli pun haha…pinggan ku di rumah semua plastik dan apa benda nama satu lagi jenis pinggan tu lupa pulak , ahhh malas fikir haha…sebab , berset2 pinggan mangkuk semua pecah anak-anak ku punya kerja huhuhu ..sabar je lah ! anak ku tu gegirl semua tapi macam boboy !

Ambal corak english juga …, boleh buat lapik meja juga…so sweetttt….geram !

Nak dapur macam ni..ehee {abang cepat lah beli rumah ! huhu} tak sabar nak mendeco..malas nk deco di rumah sewa heee..lagi pun rumah skrg tepi jalan berhabuk sokmo!

Mahu Dekorasi Rumah? Klik Sini!

Set pinggan mangkuk ! huh..banyak lagi barang-barang di situ , besar kedainya bee suka pergi exercise di situ tak beli apa-apa sgt pun ! haaa ronda2 jer…

Oh sungguh indah verangan begini , haa esok buat lagi… pinggan mangkuk english style murah-murah saja di sini. tapi .. ada juga terfikir elok ke guna piggan mangkuk murah-murah begini. ye la .. sekarang kan timbul isu produk pinggan mangkuk murah dari china ada yang tak halal.

Kedai hiasan english deko ni terletak di dalam UO taman dagang , ampang kl.. memang best pergi cuci mata di sana… nak beli tunggu rumah sendiri dulu.