INI CARANYA PAKAI JEANS KE TEMPAT KERJA

Hi Semua..

Jeans memang menjadi pilihan ramai orang malah kita boleh melihat dimana-mana sahaja pasti ada yang memakai jeans.Ianya bukan perkara aneh jika anda memakai jeans untuk acara dan aktiviti santai namun bagaimana jika jeans dipakai ketika di tempat kerja.Ada banyak pendapat mengatakan jeans tidak sesuai di pakai di tempat kerja.Apa pandangan anda?

Hari ini  saya akan kongsikan beberapa tips berpakaian ke tempat kerja dengan jeans.Mungkin  ianya akan mengubah persepsi anda terhadap jeans sebagai pakaian ke tempat kerja.

Jeans Yang sesuai dengan persekitaran kerja

Memang selesa memakai jeans apa lagi jika dapat dipakai ke tempat kerja.sebelum mengenakan jeans sebagai pakaian kerja anda sebaiknya anda teliti dahulu bagaimana suasana dan persekitaran kerja anda.Adakah sesuai mengenakan jeans atau pun tidak.Ada pekerjaan  yang tidak sesuai mengenakan jeans contohnya  seperti guru .Tapi masih dikira beruntung kerana anda masih boleh mengenakan jeans untuk aktiviti-aktiviti sampingan berkaitan sekolah .

Gambar: iowagirleats.com

Terdapat 10 jenis potongan jeans yang selalu dipakai oleh wanita.Ianya terdiri dari Straight leg,Boot cut,Super-flare ,Skinny ,Wide leg,Ankle legth,Boyfriend cut,Trouser cut ,High-waist dan Acid-wash.Anda perlu elak kan memakai jeans jenis Acid-wash dan Boyfriend cut sebagai pakaian ke tempat kerja . Acid wash adalah jeans yang ketat di bahgaian atas sehingga ke bawah.Ianya seakan-akan legging .Jeans jenis ini sangat terkenal pada awal 80an.

Yang kedua nya ialah  jenis boyfriend-cut. Jeans jenis ini biasanya lebih singkat, seksi dan ianya sangat sesuai untuk dipakai bersama blouse pendek dan t-shirt .Sesuai digayakan untuk party dan makan angin .

Gaya berpakaian dengan jeans ke tempat kerja

Continue reading

CARA MEMILIH KASUT YANG BETUL DAN TEPAT

Hi Semua… Di zaman sekarang tujuan kita memakai kasut bukan lagi semata-mata untuk melindungi kaki tapi juga ianya untuk melambangkan keyakinan dan  status diri. Begitu lah peredaran masa merubah kepentingan sepasang kasut.

Namun kepentingan utama sepasang kasut tetap diutamakan dalam pembuatan dan pemilihan kasut.Kasut yang dipakai mestilah selesa dan selamat.Kasut jenis A mungkin sesuai untuk rakan anda tapi tidak bagi anda kerana itu memilih kasut yang betul adalah sangat penting .

Cara Memilih Kasut Yang Betul

Continue reading

10 GAUN PERKAHWINAN JIMMY COUTURE YANG PALING CANTIK

Nama Jimmy Couture bukan lagi asing dalam dunia fesyen.Rekaan nya sering menjadi pilihan golongan selebriti untuk digayakan di majlis-majlis anugerah dan menjadi pilihan raja sehari . Apa yang membuatkan busana perkahwinan rekaan nya  sentiasa menjadi pilihan adalah kerana rekaan nya moden dan ringkas namun cukup cantik untuk digayakan.

Saya cukup tertarik dengan beberapa rekaan Jimmy yang saya boleh kategorikan sebagai paling cantik dan gempak.Untuk mereka yang mempunyai bentuk badan yang ramping dan tinggi anda sangat sesuai mengenakan dress perkahwinan Jimmy Couture.Bagi yang merasakan dirinya tidak mempunyai bentuk badan yang cantik, rekaan Jimmy Culture juga sesuai untuk anda kerana potongan nya akan membuatkan anda nampak ramping dan menawan.

Saya kongsikan 10 rekaan gaun Perkahwinan dari Jimmy Couture untuk anda sebagai inspirasi dan idea untuk anda di hari bahagia anda nanti.Continue reading

KOLEKSI RAYA RIZMAN RUZAINI DI FASHION VALET

Hi..

Seperti tahun-tahun yang lepas Rizman Ruzaini bersama-sama dengan fashion Valet mengeluarkan koleksi untuk Raya dan begitu juga tahun ini dimana koleksi raya 2017  dengan nama Julliette dan Romeo di lancarkan.

Untuk permulaan koleksi kali ni  hanya dijual di semua outlet Fashion Valet di Pavllion, Bangsar , Singapore dan di Publika sahaja sehingga kelmarin (14 mei 2017) . Untuk jualan online ianya masih belum dikemas kini.Mungkin akan ada dalam masa terdekat ini.

kalau tahun lepas Koleksi raya dari RR ni banyak bermain dengan campuran warna tapi bagi tahun 2017 ,RR lebih banyak menghasilkan koleksi mereka dengan menambah kain Lace di bahagian atas .Antara koleksi Julliette yang mencuri tumpuan:-

 

 

Penambahan kain lace pada busana membuatkan ianya nampak lebih mewah dan tidak terlalu sarat jika dibandingkan dengan penggunaan manik .Yang paling saya suka dengan koleksi ini ialah kain lace yang diguna kan adalah warna hitam dan nampak sangat kena dengan fabrik yang berwarna pastel.Continue reading