Hujung minggu jom ke Project Shinkansen di Isetan The Japan Store Lot 10 KL

Assalamualaikum dan hai hai babai … Hujung minggu ni nak buat apa ? kalau tak ada apa-apa aktiviti boleh lah bawa anak-anak ke pameran diorama iaitu Project Shinkansen bertempat di Isetan The Japan Store Lot 10 Bukit Bintang Kuala Lumpur. Saya dah pergi minggu lepas.


p/s : maaf jika video ni kurang elok , anak kita 13 tahun baru belajar ambil video 🙂

Buat pengetahuan umum , Pameran Project Shinkansen ini di adakan bertujuan untuk memberi gambaran bagaimana kereta api kebanggaan jepun ini beroperasi di Malaysia. Rakyat Malaysia akan di dedahkan dengan info tentang kereta api laju Shinkansen dari segi teknologi , tahap keselamatan yang bertaraf tinggi dan kelajuan nya sekali. Jepun merupakan salah satu syarikat terlibat dalam tender untuk membangunkan kereta api laju dari Malaysia ke Singapura.

Pameran DIORAMA SHINKANSEN ini di anggap pameran terbesar di Asia. Jangan lepaskan peluang ntuk tengok ya .. Masuk percuma.

Di Pameran tersebut juga di sediakan pelbagai produk dari Jepun. Aksesori , Gundam , Replika keretapi Shinkansen pun ada. Hujung minggu ini jika berkelapangan boleh la ke sana . Ada aktiviti manicure juga katanya. Kami sempat painting saja.

Beg di berikan kepada pengunjng bertuah ..

Biasalah dah kena pau keretapi laju satuu

 

Aktiviti painting dengan gambar kereta api Jepun. Enjoy .. minggu akan datang ni ada art manicure ..pergi cepat .. kalau sampai awal mana tahu bertuah akan dapat goodies bag shinkansen , bento untuk anak-anak dan note book juga. Bento khas bentuk kereta api.

Face painting patutnya tp semua tk nak lukis muka …

 

Tu bento khas tu , bentuk kepala keretapi .comel .. jemput singgah ke LOT 10 cepat .. The Japan Store .. ingat tuuu

Berselera makan , makanan jepun ..

Jangan lupa singgah hujung minggu ini ..

Project Shinkansen (PROJECT SHINKANSEN)

Tempat : ISETAN The Japan Store (1F THE STUDIO / Studio.I)

LOT 10 SHOPPING CENTER 50 JALAN SULTAN ISMAIL 50250

KUALA LUMPUR, MALAYSIA

Buka : February 17 – March 9 2017 (21 days)

Untuk info lanjut :

Facebook :

View di Langkawi Hotels dan Borong Coklat

Hey you guys, i’m eating chocolate now. Hershey’s Kisses. Sedap sangat hahaha. Siapa-siapa yang hantu coklat macam i ni, mesti tahu kelazatan dan keenakan coklat ni. Ni adalah antara coklat favourite yang I memang akan beli kalau pergi langkawi. Rugi kalau datang langkawi tak shopping coklat coz harga dia murah la berbanding dekat KL tu.

COKLATKredit imej: Google Images

Well baru-baru ni I kena pergi langkawi for work purpose. So alang-alang pergi ke sana, borong la coklat sikit untuk souvenier kawan-kawan opis, family and keperluan diri sendiri. Dalam sedar tak sedar I punye borong coklat ni sampai la beratus-ratus ringgit jugak la haha. Antara coklat yang mesti dibeli kalau ke langkawi ni Hershey’s, Daim, Ferrero dan Cadburry. Kalau yang minat nak cari coklat lain dari lain yang tak dapat kat kedai-kedai biasa mahupun pasaraya dekat rumah tu, memang langkawi ni tempat yang terbaik la.

Selain tu shopping kat langkawi yang best kata orang shopping pinggan mangkuk. Tapi I takdela nak mengangkut barang-barang berat ni. Nak naik flight nanti ada yang kena tambah costing baggage pulak.

Kalau korang nak tau, coklat ni banyak kebaikkannya tau. Kalau dimakan secara betul la hahaha. Antara the goodness of eating coklat ni, coklat boleh buat kita dalam mood yang baik. So sebab tu la I selalu ceria je. Dah la makan coklat sedap, mood baik pulak kan. Lain-lain kebaikkan korang boleh google sendiri.

Bayview hotel langkawi yang selesa

Continue reading

Kayuh Itik Di Taman Tasik Taiping

Dah lama dah ni cerita kayuh itik di Taiping ni , tapi nak juga cerita di blog , rindu Taiping la .. rindu suasana rumah mak , rindu nak balik sana.. tapi apakan daya ..  hati tak senang kalau balik suami tak ada disisi. Jadi nya di keheningan malam yang panjang , anak-anak dah tergolek tidur , saya belek gambar lama ni .. alahai sayunya rasa hati .. kena pula cuti sekolah 4 hari ni. Tak ke mana-manakan ..

Korang mesti sibuk balik kampung ye tak ? jem sana sini lah nampak kawan-kawan facebook update .. puanbee tak berani tempuh jem dengan 4 orang askar.

Ok .. la start cerita Itik Taiping lah ek .. tengok gambar di bawah ada rupa itik ke ? bagi saya lebih kepada swan , tapi orang Taiping dan biasa panggil itik .. pun tak pa la .. dari kecil sejak umur 7 tahun dah kenal yang tu itik bukan swan ..

IMG_4751

Taman tasik Taiping tersangatlah cantik permandangan nya .. ni  gambar sebelah tasik sahaja , kalau rajin pusing ambil gambar semua bahagian , memang sangat cantik lah .. di sini ramai yang menjadikan salah satu tempat untuk para pengantin bergambar , kalau ada pengantin yang nak kayuh itik tu lagi rare lah .. buat pula tengah kayuh tu kena kejar dek biawak .. sangat manis nak kenang sampai anak cucu. Oh belum pernah pengantin kayuh itik lagi rasanya .. kebanyakkan mereka suka begambar di bawah pokok bahagian lain.Continue reading

Kami di Putrajaya

Tak pernah sampai di Putrajaya , ini lah pertama kali .. walaupun tinggal dekat aje ..  Perjalanan ini tak di rancang.. selalunya kalau tak merancang lah menjadi , kalau di rancang tak menjadi. Pada mula nya rancang hendak tidur di rumah adik yang terletak di kajang , kan ke ampang tak ada air .. jadi saya dengan anak kecil 4 orang ni memang tak boleh nak harung situasi tak ada air ni. Jadi sediakan payung sebelum hujan.

Tau-tau adik ipar ajak bejalan di Putrajaya. Dah memang tak pernah sampai ke Putrajaya , jadi siggah lah kejap ..walaupun sebenarnya nak pergi beli barang dapur.

pemandangan putrajaya waktu malam

Pemandangan waktu malam .. cantik dan tenang .. kalau tak ada anak kecil nak duduk lama sikit. Tapi ada anak tak sesuai .. jadi singgah untuk begambar saja lah ..

pemandangan di masjig putrajaya

Bergambar depan Masjid Putrajaya…dah hampir senja pun.. Ini lah peneman kalau nak pergi kemana-mana semasa ketiadaan suami . Tak berani nak berjalan sendiri. Takut macam-macam … ( sendiri faham lah kan ? )

bermain di putrajaya

Terkejut tengok aliya … mula-mula malu takut nak main sport drift ni , tapi di paksa oleh ibu sebab dah bayar … haha mahal kan .. sekali dah main , tak nampak macam anak dara dah .. lagak macam anak jantan. Kuat sungguh tenaga dia .. terkejut habis semua orang tengok .. dia memang minat lah aktiviti lasak ni .. dulu pernah cuba sekali .. 3 tahun lepas kot.

Pilih-pilih nak apa … budak kecil kaki pendek main motor , baskal untuk orang kaki pendek lah ye … walaupun mahal gak ler .. 15 minit RM10 .. tapi berbaloi … tengok aanak-anak , adik ketawa seronok .. lepas tension .. ibu tak naik lah ye ..Continue reading

19 Foto di Muzium Taiping Perak Sempena Cuti Sekolah

 

Ini cerita dah lama juga , awal cuti sekolah bulan November 2013. Saya meluangkan masa dengan anak – anak dan pergi melawat Muzium Taiping Perak. Baby belum lahir lagi .. baby lahir 3 hari selepas melawat Muzium. Seboleh – boleh nya nak juga lah anak ada kenangan cuti sekolah kan. Cuti kali ni mereka tak dapat pergi bercuti jauh-jauh dek kerana ayah kerja jauh , ibu pula sarat mengandung.

Jadi melawat Muzium pun ok la … eh ibu nya pun baru dua kali sampai ke Muzium Taiping ni .. nama ja orang Taiping … ala korang pun , yang tinggal di Taiping mesti tak melawat Muzium kan kan kan ?

muzium taiping perak

Ini kubur batu zaman dulu-dulu .. kalau korang datang baca lah kisah kubur ni di situ .. ada betul-betul depan pintu Muzium.

bayaran masuk ke muzium taiping | harga muzium

Waktu lawatan ke Muzium Taiping adalah 9 pagi hingga 6 petang . Waktu tutup Muzium nya pula adalah Hari Pertama Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Special kan ? bila-bila je boleh melawat muzium taiping … pergi lah …

Bayaran Masuk

  1. Tiket berharga RM2.00 untuk dewasa.
  2. Masuk adalah percuma bagi kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun dan pelajar berpakaian seragam sekolah.

muzium perak taiping

Aliya dengan peralatan pemadam api zaman dulu-dulu ..

lawatan ke muzium

Husna dengan peralatan menaip zaman dulu ..

info muzium di taiping

Husna , Laila dan Opah … eh opah pun tak pernah masuk Muzium .. kalau padang besar banyak kali sampai … hahaha …

melawat muzium di taiping perak

Laila .. macam comel je .. macam kecik je ..
2013-11-06 15.39.20

Maksu … entah apa di sembangkan dengan seladang tu .. agenda rahsia mungkin. Di Muzium ni ada banyak replika binatang / binatang yang telah di awet untuk di jadikan pameran. Ada berbagai jenis binatang .. nak tahu lebih lanjut kena datang sendiri .. gambar banyak sangat nak tunjuk satu-satu pun ..

Apa yang pasti teruja juga bila bawa anak anak mengjelajah muzium ni ..riuh rendah dah .. kalau lah binatang tu boleh dengar . mau di kejarnya kami …

2013-11-06 15.42.37

Pelajaran dan sedikit ilmu mengenai kewujudan logam di …

2013-11-06 15.43.12

Tembaga hasilan orang dulu -dulu .. sekarang macam dah pupus kan ?

2013-11-06 15.50.01

Sedikit ilmu tentang kewujudan Orang Asli di Malaysia.. banyak sangat info .. tak ingat sangat nak tulis pun .. gambar banyak la .. kalau nak tahu pergi sendiri ..
2013-11-06 15.50.45

Ini di antara barang hantaran untuk perkahwinan ORANG ASLI .

2013-11-06 15.51.02

Pengakutan Orang asli ..

2013-11-06 15.56.01

Saya suka tempat ni .. dengan lampu suram terbentang peta dan ilmu SEJARAH AWAL TEMBIKAR. Anak- anak yang kurang nak ambik tahu terus tekun membaca .. bijak ..

2013-11-06 15.56.28

Dengan mak ..dan adik bongsu … mengandung sarat tu … buat kenangan .. 🙂

2013-11-06 15.58.36

Ilmu tentang adat perkahwinan semua kaum di Malaysia .. elok bawa anak-anak , dalam masa sehari banyak info dan sejarah dia tahu ..

2013-11-06 16.06.58

Antara pengakutan terpenting zaman dulu ..

2013-11-06 16.07.55

Entah apa yang di tulisnya .. satu pun ibu tak boleh guna untuk banyak kan info di blog ibu ..

2013-11-06 16.08.44

Ini apa ?

2013-11-06 16.09.01

Ini lah van jenazah dulu – dulu .. tulisan jawi lagi …  ingat mati … insaf seketika …

Ada masa lagi … Keluarga yang tinggal berdekatan boleh bawa anak-anak melawat Muzium Taiping . Bayaran masuk pun tak mahal mana … kalau rajin sikit lagi sediakan buku , pen tulis … anak-anak saya rakam .. kemain belagak … Taiping sejuk sekarang ni kan ?

Curi masa taip entri .. si kecik asyik meragam manja .. nanti ada pertambahan info saya update .. insyallah …

Alamat : Muzium Perak Jalan Taming Sari, Taiping, 34000 Perak

Tempat menarik berdekatan : Taman Tasik Taiping & Zoo Taiping.

Kemudahan pegangkutan : Menaiki bas sehingga ke Stesen bas Taiping dan seterusnya menaiki teksi.

Terdapat banyak pilihan tempat tinggal.

Berhadapan penjara Taiping .. penjara lama tu ..