Una nak minum milo..

Share

Maafkan ibu yea una. .tadi lepas ibu minum ubat batok ibu ngantuk sangat. .haha. .bila ibu bangun ibu nampak bekas gula terbuka , bekas milo pun duk kat bawah. .ibu pun tanya pada una. . “sapa bancuh milo niii,

una yang tadi kat sebelah ibu belari ke depan sambil ambil cawan atas meja una becakap “una nak minum milo.”

mai sini ibu nak tengok ,” kata ibu , “ibu nak tengok una bancuh sedap tak ?”

una pun jawab ,”tak boleh ,nanti ibu minum !”

hah ko . .anak saya yang berumur 3 tahun 5 bln tu bancuh milo. ?

Rasa besalah dan lucu juga. .sejak ubah kedudukan meja kat dapur tu ,anak2 ni suke sangat meniru kerja2 ibu. .huhu. .

* una bancuh tak sedap pun. .eksen lebeh. .hahahax. .

Jangan besedih kawan. . .

Share

Dalam kita meniti kehidupan seharian, ada kalanya kita bersedih . Sedih adalah sifat manusia . Sedih adalah sifat semula jadi yang dicipta Allah SWT. Mustahil ada manusia tidak pernah bersedih,sedih suka duka bahagia derita adalah merupakan sunnatullah dlm kehidupan ini. .bukankah Allah mencipta tiap sesuatu itu bepasang-pasangan ?

Sedih lawannya gembira, ataupun sedih pasanganya adalah gembira. Derita pasanganya adalah suka , bahagia. . maka adakalanya kita merasa sedih dan itu adalah sifat semulajadi manusia, hilang pertimbangan dan sebagainya. .sedih tidak boleh membawa kita kepada kehancuran. .Bagaimana kita menjadikan sedih untuk menghambakan diri kita kepada ALLAH SWT.?

Suatu ketika seorang sahabat sedang bersedih. lantas Rasullulah saw Bertemu dan bertanya kepadanya : ” wahai sahabat, mengapa kamu bersedih?”

lantas sahabat tadi menjawab : “Ya Rasullullah,aku bersedih kerana beban kehidupan yang terlalu berat di atas pundakku.”

“Apa dia?” kata Rasulullah.

“Hutang yang membelenggu diriku dan kesedihan yang mengikat sanubariku.”

lantas baginda saw bertanya : “Apakah kau ingin aku ajarkan satu doa,satu amalan,yang jika kau amalkan nescaya segala kesedihan,segala kedukaanmu,akan diangkat oleh Allah SWT, akan dipulihkan, akan di ganti dgn kegembiraan dan kebahagiaan?

“Balaa ya Rasulullah.Sebutlah apakah doa,apakah amalan itu ya Rasulullah.”

Lantas baginda mengajarkan sepotong doa.

“Wahai sahabatku, jika kamu amalkan doa ini setiap pagi dan setiap petang, insya Allah sebanyak manapun hutangmu,akan dilunaskan Allah SWT; Setebal manapun kedukaanmu,akan dilenyapkan oleh ALLAH SWT”

doanya adalah :

“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat sedih dan dukacita.Aku berlindung kepada-Mu ya Allah,dari sifat lemah dan malas.Dan aku berlindung kepada-Mu ya Allah ,dari sifat penakut dan bakhil.Dan aku berlindung kepada-Mu ya Allah, daripada beban hutang dan tekanan perasaan (oleh orang lain)

saya bukan lah baik sangat. .tapi inilah amalan saya . . . .

Buat korang2 yang tengah besedih selepas putus cinta. .tesilap langkah. .banyak hutang . .boleh la amalkan ini. .semoga kita teselamat dari hasutan syaitan.