Cari Ulam (Petua Awet Muda)

Salam Bahagia Semua 🙂
Hurm pagi-pagi celik mata teringat ulam dah habis so kenalah pergi cari,
kalau tak ada ulam , tak sedap nak makan nasi ,
haruslah pergi cari..
Amalan makan ulam atau sayur-sayuran mentah boleh membuatkan seseorang awet muda kerana ia mengandungi banyak bahan antioksidan yang mampu menghalang tindakan radikal bebas.

kalau dulu-dulu nak cari ulam belakang rumah je , mak jerit “tipahhhh hang pergi cari ulam apa-apa nak makan nasi ni”…tak lama lemudian “tipah ” pun balik bawak secekak ulam , pilih je kangkung , pucuk ubi , pucuk selom , pucuk jagus , pucuk paku haaa macam – macam ulam ..

kalau sekarang pula , bila teringat je ulam kena start kereta , panas kan enjin dulu , pergi lah pasar macam bee tak de pasar kat sini , kena pergi tesco atau hero baru dapat ulam , umtuk ulam jer RM50 ..dulu free ..beza memang berbeza..ish ish..

Sebenarnya makan ulam ni sangat baik untuk kesihatan dan menjaga diri dari dalam , kita membuat pelaburan untuk kesihatan dengan apa yang kita makan , Kesan pelaburan ini bergantung kepada jenis makanan diambil. Jika mengamalkan diet yang banyak lemak, bermakna kita akan mengalami masalah pertambahan berat badan dan paras kolesterol tinggi.

Sebaliknya, individu yang mengamalkan pemakanan seimbang dengan melebihkan pengambilan sayur dan buah biasanya tampil lebih sihat dan menarik serta mampu mengekalkan kelangsingan badan.

Oleh itu perbanyak kan lah atau amalkan lah memakan ulam-ulaman yang di amalkan sejak turun temurun lagi..

3 Comments

  1. zie fauzi 21 April 2012 Reply
  2. nza 13 March 2011 Reply
    • adminAuthor 13 March 2011 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.