CARA SELAMAT AMBIL UBAT KETIKA MASIH MENYUSUKAN BAYI

Bagi ibu ibu yang sedang & masih menyusukan anak perkara paling di bimbangkan bila terpaksa mengambil ubat. Mungkin ada masalah kesihatan.. even demam sekalipun. Risau kesan ubat tu di serap ke dalam badan anak melalui susu yang di minum & memudaratkan. Kebanyakkan ibu akan rasa was was tentang perkara tu.

Cuma ada ketika tiada pilihan terpaksa ambil juga ubat.. Jadi penting juga kita tahu bagaimana cara pengambilan ubat – ubatan ketika menyusukan anak/bayi..

Saya ada terbaca satu perkongsian di Facebook tentang perkara ni. Ada tip yang di kongsikan untuk semua ibu ibu yang masih menyusukan anak.. antaranya ;

Bagaimana pula untuk mengurangkan kesan ubat-ubatan kepada bayi yang disusui?

Sebagai panduan, kesan ubat-ubatan kepada bayi mungkin boleh dikurangkan dengan tip berikut:

1. Hanya mengambil ubat sekiranya diperlukan sahaja (bukan untuk rawatan kronik). Sebaik-baiknya dinasihatkan oleh doktor atau ahli farmasi setelah mengambil kira keadaaan ibu yang sedang menyusu. Ibu mesti memberitahu doktor atau ahli farmasi bahawa mereka sedang menyusu sebelum mengambil sebarang ubat. Elakkan membeli sendiri ubat di kedai terutamanya ubat-ubatan tradisional yang tidak diketahui kesannya kepada bayi

2. Sebaik-baiknya ubat diambil dengan dos yang rendah dan pada tempoh yang sesingkat mungkin (bagi bukan penyakit kronik) untuk minimumkan kesan sampingan pada bayi

3. Mengambil ubat sebaik sahaja selesai penyusuan anak dilakukan, supaya kepekatan ubat tidak terlalu tinggi apabila menyusukan anak untuk sesi seterusnya. Mesej penting di sini adalah ‘susukan dahulu bayi kemudian barulah ambil ubat’ atau boleh juga perah susu dahulu sebelum mengambil ubat dan simpan susu tersebut untuk sesi penyusuan seterusnya.

4. Jika mengambil ubat pada dos sekali sehari, ibu digalakkan mengambil ubat sejurus sebelum bayi tidur pada jangka waktu yang lama contohnya pada waktu malam. Dengan ini risiko bayi untuk terdedah kepada masa penyerapan ubat yang maksimum ke dalam darah adalah lebih rendah kerana bayi tidur dan tidak menyusu dalam tempoh tersebut.

5. Bagi terapi elektif misalnya kaedah diagnostic dan radiofarmaseutik boleh ditangguhkan penggunaannya sehingga bercerai susu, bincang dengan doktor yang merawat.

6. Bagi ubat-ubatan yang memerlukan ibu terpaksa memberhentikan penyusuan anak buat sementara waktu semasa menjalani rawatan menggunakan ubat-ubatan. Misalnya rawatan radioaktif , ibu diminta untuk memerah susu secara berkala dalam 3-4 jam sekali bagi memastikan pengeluaran susu sentiasa ada dan tidak kering. Kaedah “perah dan buang” boleh digunakan. Kaedah seperti memastikan agar proses penyusuan boleh dimulakan semula setelah selesai rawatan kerana bekalan susu tidak putus atau kering.

7. Namun susu tersebut perlu dibuang dan tidak boleh disimpan untuk bayi. Ketika ibu menerima rawatan tersebut, bayi boleh diberikan susu perahan yang telah dikumpul lebih awal ataupun mendapatkan ibu susuan ataupun alternatif lain bagi menggantikan susu ibu.

Jika ingin penjelasan lanjut mengenai ubat-ubatan yang hendak diambil atau sedang diambil, ibu-ibu boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) di talian bebas tol 1-800-88-6722 yang beroperasi pada pukul 8pagi – 5 petang, Isnin hingga jumaat.

Pegawai Farmasi Anda
Mohd Dziehan Mustapa
Medical Mythbusters Malaysia (M3)

Sumber : Dziehan Mustapa

Semoga perkongsian ni membantu ibu ibu yang terpaksa mengambil ubat ketika masih menyusukan anak.

Please follow and like us:
follow subscribe - CARA SELAMAT AMBIL UBAT KETIKA MASIH MENYUSUKAN BAYI0

No Comments

Post a Comment