CARA RAWAT BENGKAK BEGUK @ BENGKAK CANTIK CARA TRADISIONAL

Spread the love

Tahu ke korang apa tu bengkak beguk @ bengkak cantik? Kalau dulu masa kecil kecil memang pernah juga terkena bengkak beguk @ bengkak cantik ni. Takde la dapat sakit bengkak ni terus bertukar jadi princess yang cantik.  Tak cantik pun sebenarnya sebab sebelah muka jadi besar sebelah akibat bengkak.

Bengkak beguk @ bengkak cantik ni berlaku kat bahagian tepi bawah telinga. Kalau ikut perubatan moden benda ni berlaku adalah kerana virus yang menyebabkan bengkak dan rasa sakit pada kelenjar parotid. Ia berlaku di bahagian kelenjar bawah telinga.

Bengkak beguk @ bengkak cantik ni memang boleh berjangkit & selalunya terkena pada kanak kanak. Dia berjangkit melalui batuk atau bersin. Selain tu ia juga boleh berjangkit melalui penggunaan tuala yang pernah di gunakan orang yang terkena jangkitan bengkak beguk @ bengkak cantik ni.

Antara tanda seseorang terkena jangkitan bengkak beguk @ bengkak cantik ni adalah..

  • Sakit sendi
  • Demam panas
  • Mulut kering
  • Sakit perut
  • Hilang selera makan
  • Bosan
  • Sakit kepala

Biasanya tanda tanda ini berlaku sebelum berlaku bengkak. Bengkak beguk @ bengkak cantik ni bukan la kategori penyakit yang serius tapi di nasihatkan untuk mendapat pemeriksaan doktor juga. Takut bukan bengkak beguk tapi gejala untuk penyakit lain seperti tonsillitis dan demam glandular. Sebab kedua penyakit ni mempunyai simtom yang seakan sama dengan bengkak beguk.

Kalau ikut rawatan moden memang tiada ubat untuk menyembuhkan bengkak benguk ni sebab biasanya ia di rawat dengan sistem imun kita sendiri melawan jangkitan.

Untuk surutkan bengkak dan sakit boleh tuam guna air panas. Di samping itu, ia di galakkan untuk mendapatkan rehat yang secukupnya dan minum air yang banyak. Jangan minum minuman yang boleh mengganggu kelenjar parotid, seperti jus buah-buahan dan penggunaan makanan lembut untuk mengelakkan kesakitan mengunyah.

Boleh mengambil ubat penahan sakit (seperti parasetamol atau ibuprofen) tapi dengan nasihat doktor mengikut dos yang di syorkan. Biasanya akan sembuh dalam masa 1 -2 minggu

Cara merawat bengkak beguk @ bengkak cantik cara tradisional adalah dengan menggunakan nila (yang biasa kita guna nak birukan baju) & cuka.

Kedua dua bahan tersebut di campurkan kemudian di sapukan di bahagian bengkak beguk. Insya Allah dalam masa 2 hari bengkak beguk akan surut. Cuba la..

Jadi kalau anak anak anda terkena bengkak beguk @ bengkak cantik boleh la cuba cara tradisional ni. Memang di amalkan sejak turun temurun.

2 thoughts on “CARA RAWAT BENGKAK BEGUK @ BENGKAK CANTIK CARA TRADISIONAL”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *