Cara menggalakkan anak saya makan secara sihat

Hai semua … topik saya kali ni , bagaimana cara saya menggalakkan anak – anak makan secara sihat agar mereka dapat lebih lagi nutrisi. Anak-anak anda bagaimana ? ada tips mari lah kongsi dengan saya di petak komen di bawah. Untuk saya dan anak saya. Bila anak dah mencecah 4 tahun ke atas memang lahmereka masih lagi minum susu seperti biasa , sehari lebih kurang 3 kali. Selain dari itu …bagaimana kita nak pastikan anak-anak suka makan makanan yang berkhasiat seperti sayur-sayuran , buah – buahan , kekacang  , telur dan sumber tenusu. Ini satu cabaran buat ibu bapa di luar sana untuk mengajar dan meggalakkan anak makan makanan sihat dan menjadikan sebagai rutin pemakanan mereka.

Ye lah zaman sekarang .. bila anak dah mula bersekolah dan di beri duit belanja mereka akan membeli pelbagai jenis makanan kesukaan mereka. Didikan kita sebagai ibu bapa kepada anak sebelum mereka ke sekolah itu sangat penting. Jadikan kebiasaan dan anak akan sendiri nya memilih  makanan sihat walaupun di belakang kita. Persoalan nya .. bagaimana nak didik atau mengajak anak mencintai makanan sihat ini ? Saya akan kongsikan beberapa tips untuk anda. Tips ini juga saya dapatkan dari pakar nutrisi kanak-kanak dan saya amalkan sedikit sebanyak. Saya cuba untuk memberikan cabaran kepada diri sendiri bagi mengajak anak makan secara sihat. Ini tips random dari seorang ibu beranak kan 4.

Bagaimana jadikan anak kita pemakanan makanan sihat di dalam dunia ” makanan segera ”  ?

” Fakta menakutkan : ” French fries ” adalah salah satu sayuran kesukaan kanak-kanak . “

5 sebab kenapa sayur-sayuran dan buah – buahan sangat di perlukan oleh kanak-kanak.

  1. Membantu kanak-kanak membesar .  Sayur sayuran di penuhi dengan vitamin dan mneral semulajadi – seperti vitamin A, C, E, dan potassium — membantu tisu tubuh dan cell dalam badan membesar dengan sihat.
  • Dalam kes ini , saya telah berjaya menjadikan lobak merah , brokoli sebagai makanan kesukaan anak saya. Ibu harus lah kreatif dalam hal ini. Jadikan cendawan sebagai snek yang sedap. Jadikan sayur nampak menarik. Cuma ada sesetangah sayuran yang anak kecil belum berani. Tetapi perjuangan ibu belum selesai. Saya akan cuba megalakkan anak saya makan dengan lebih sihat lagi.

2.Membantu mencegah penyakit berbahaya di masa akan datang . Makanan yang kaya sayuran dan buah – buahan dapat menghindarkan diri diabetes tahap 2 , dimana ianya semakin meningkat di kalangan anak-anak sekarang. Dengan mengajar anak makan secara sihat sepanjang masa sedari kecil dapat membantu bagi mengelakkan penyakit hati  , tekanan darah tinggi , dan pelbagai penyakit kanser akan datang.

  • Takut kan dengar pelbagai penyakit zaman sekarang , lagi-lagi kalau keturunan kita memang ada penyakit berbahaya itu semua. Mencegah lebih baik dari berubat. Saya sendiri takut inikan zaman anak-anak menjadi dewasa nanti. Ini lah yang saya selalu cuba nasihatkan kepada anak-anak.
  1. Sayuran mengelakkan anak-anak kekurangan air dalam badan. kanak-kanak tidak akan minum air secukup nya dari cawan. Betul tak ? anak saya sendiri begitu  — banyak jenis sayuran contohnya salad dan lobak merah , mengandungi air . Malahan  brokoli mengandungi 90% kandungan air di dalam nya.
  2. Membantu mencegah obesiti di kalangan kanak-kanak .There’s no doubt about it: Kids who eat more fruits and vegetables have lower body weights,” kata Christine Gerbstadt, MD, RD, jurucakap untuk American Dietetic Association (ADA).  ( LINK RUJUKAN ) Menurut pakar pemakanan and jurucakap Persatuan Pemakanan Amerika, Christine Gerbstadt, tidak syak lagi bahawa kanak kanak yang makan lebih banyak buah buahan dan sayur sayuran mempunyai berat badan yang lebih rendah*. Kerana pemakanan sihat yang mengandungi tinggi fiber , tinggi nutrien serta rendah kalori dan rendah lemak akan membuatkan anak-anak kenyang dan hanya makan sedikit sahaja junk food .
  3. Sayuran mengandungi tinggi Fiber. Fiber dalam sayuran akan membuatkan kanak-kanak berasa kenyang dan dapat mengelakkan sembelit. Makan makanan berserat tinggi juga menyebabkan anak-anak anda kurang berkemungkinan mengidap penyakit jantung dan kolesterol tinggi di kemudian hari.
  • Contohnya kentang panggang dengan kulit adalah sumber serat tinggi terbaik dan sedap. Anak suka … cuba la ..

 

Sebagai seorang ibu, saya rasa ia adalah satu cabaran untuk memperkenalkan dan mengajar anak-anak mempunyai diet seimbang yang sihat. Terserah kepada kita untuk mengajar anak-anak kita dan mencipta corak makan yang sihat di awal, yang akan mempersiapkan mereka untuk mempunyai gaya hidup yang lebih baik (sekurang-kurangnya saya berharap!).

Berikut adalah beberapa petua saya tentang bagaimana anda boleh membantu anak-anak anda untuk makan makanan yang lebih sihat.

  1. Buat Jadual . Kanak-kanak perlu makan setiap 3 hingga 4 jam sehari. 3 kali makanan berat , 2 kali makanan ringan dan banyak air .. tidak kira sama ada susu , jus , air kosong , mahupun air dari buah buahan dan sayur. Dengan ini diet anak akan menjadi seimbang. Sekiranya saya akan keluar pergi ke mana-mana saya akan sediakan jus dan bekal untuk anak-anak makan dan akan mengurangkan kanak-kanak mahukan makanan ringgan yang tidak sihat di luar sana.
  2. Dapatkan Serat Yang Cukup Setiap Pagi.  Kebanyakkan keluarga tidak mendapat serat yang cukup di dalam pemakanan seharian. Anak saya si syamim tu jika tidak sarapan pagi dia akan selalu letih dan banyak ragam. Saya tahu sarapan memang sangat penting untuk kanak-kanak , dan saya selalunya akan menyediakan sarapan sihat dengan segelas susu setiap pagi untuk menambah tenaga , dan membuatkan syamim mendapat cukup nutrisi.  Sekarang syamim minum susu Dumex Dugro, susu formula khas untuk kanak-kanak yang sedang membesar yang di lengkapi dengan  DHA*, 15 vitamin dan mineral unik  lcFOS dan telah mempunyai penglaman dalam hampir 40 tahun dalam pembuatan susu untuk kanak-kanak . Untuk sarapan syamim suka makan penkek buah yang di masak sendiri oleh saya .Anda boleh cuba cara saya. Sediakan susu untuk sarapan di sertakan dengan makanan lain atau buat penkek dari tepung , buah epal dan susu. Nak resepi ?  2 gelas tepung gandum ,  4 sudu teh serbuk penaik ,  1/2 sudu teh garam ,  1 sudu gula , 3 cawan susu (boleh guna susu apa pun , susu serbuk di bacuh dengan air pn boleh , susu coklat pun boleh , anak saya minum susu tepung dugro , maka saya guna susu itu saja ) 2 sudu buah epal dadu , 1 sudu vanilla esen (tak ada pun tak apa ) , 1 sudu kacang tanah (telah d tumbuk halus.) dan 1 sudu minyak (minyak apa pun boleh ) dan masak sesenduk demi sesenduk di atas kuali. Sedap tauu. Jika saya memang sibuk dan tak sempat buat penkek boleh lah sediakan bento telur dan sandwidh untuk nya.
  3. Kurangkan stok makanan ringan di rumah – Atau lebih tak ada langsung , di rumah saya tak ada , saya selalu beli stok buah buahan , sayur dan makanan-makanan sihat seperti susu , yougurt , keju sahaja jika anak inginkan snek mereka akan terpaksa memakan makanan tersebut. Jika ada stok makanan ringan kanak-kanak akan cenderung untuk makan makanan ringan tersebut dan lama-lama akan jadi kebiasaan pula. Kita tak mahu anak kita makan dan terbiasa dengan makanan ringan kan. Anak saya sehabis tak ada apa pun , buah epal , buah oren , tembikai , mata kucing eh banyak juga buah yang mereka suka makan.
  4. Berseronok mencipta makanan / bento . Bentuk lebih kreatif dan kebiasaan nya jika makanan tersebut nampak cantik dan ianya akan membuatka anak makan lebih banyak . Kami membuat pancake muka smiley dan memberi nama kepada makanan tersebut . ( “baby shark penkek contoh nya “) Apa-apa sahaja makanan berbentuk mini pun anak saya suka.  Saya sering menggunakan pemotong kueh berbentuk pelbagai bentuk , anak suka sangat tau. Jangan lupa tambahkan lagi sayur sayuran bewarna di dalam bento tersebut. Warna sentiasa main peranan untuk menggoda mata kanak-kanak untuk makan makanan sihat. Di samping anak berseronok mencipta kreativi dalam menghias bento , anak juga akan mendapat khasiat seimbang dan fiber mencukup untuk aktiviti seharian mereka.
  5. Ajarkan anak kepentingan pemakanan sihat. Kenapa dan mengapa. Anak lelaki saya suka kan manis , saya kadang-kadang membiarkan syamim taburkan sedikit gula di atas roti telur bakar nya. Laila suka sedikit taburan coklat gula di atas saladnya, Husna suka kan sedikit taburan serbuk coklat di dalam susunya. Ianya tidak salah asalkan mereka masih mahu makan sayuran dan makanan sihat yang kita sediakan. Saya mengajar Syamim dan 3 orang lagi anak saya kepentingan setiap nutrisi untuk mereka. Sentiasa ingatkan  dari mana mereka boleh mendapat nutrisi tersebut. Misalnya,Jika Syamim nak menjadi lebih kuat dan tinggi. Jadi, saya memberitahu Syamim bahawa jika Syamim nak menjadi lebih tinggi, Syamim kena makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan seperti kentang, brokoli, epal dan lain-lain utk mendapatkan nutrisi. Syamim pun kena makan ayam, ikan, telur, keju, yogurt, minum susu dan lain-lain.Syamim memang di beri minum susu 2-3 kali sehari , Selepas bangun tidur dan sebelum masuk tidur memang wajib lah. Dia pun pandai kadang mintak ” madu ” kadang mintak ” coklat “. Dan seharusnya susu yang paling sesuai dengan Syamim adalah Dumex Dugro perisa coklat dan madu. Syamim nak yang sedap sahaja. Susu Dumex Dugro ini telah lama Syamim minum dari sejak dia bercerai susu . Atas sebab itu lah saya masih setia dengan Dumex Dugro. Syamim aktif , jarang demam dan makan juga berselera. Walau pun dalam bento box nya ada sayur brokoli , syamim tetap makan. Langsung tidak menolak dan telah pun menjadi kebiasaan.

Walapun ibu ada pesan makanan lain, syamim tak pandang .. dia lebih teruja nak makan makanan dalam bento nya. Memang puas hati dan seronok tengok anak makan tanpa memilih. Jumlah makanan dengan buah-buahan ,sayur sayuran dan nasi mencukupi untuk anak kekal aktif dan sihat. Jika di buat selalu , bukan anak sahaja sihat. Duit pun jimat.

Kami jalan- jalan shopping , sebelum mulakan shopping makan dulu. 3 orang anak saya bawa bekal. Si kakak sulung sahaja tak bawa , tapi boleh sahaja tumpang curi makanan adik-adik .. bekal besar dan boleh letak banyak makanan. Si Laila ni mitak sandwich tak nak nasi. Layan saja la .. senang pun nak buatnya.

Sebagain ibu, saya berharap anak anak membesar dan menjadi lebih lagi – sebagai seorang insan yang bijak, berjaya, bertanggungjawab dan khalifah yang dihormati. Dengan ini , di harapkan anak- anak kita mendapat nutrisi yang mencukupi demi masa depan mereka. Anak sihat , cergas dan aktif itu yang kita sebagai ibu bapa harapkan ye tak?

Promosi Dumex Dugro – Bekal Nutrisi. Bekal Nutrisi ini atau Bento BOX ini korang boleh dapatkan satu secara percuma dengan pembelian 2 pax susu Dumex Dugro 900gram . Bermula pada 1 september hingga 31 oktober 2017. ** Sehingga kehabisan stok. Cepat dapatkan bekal Nutrisi sekarang. Bekas makanan cantik , di datangkan dengan 3 warna menarik. Boleh pilih ianya tebal dan kedap udara juga. Anak-anak pun suka.

Layari website Dugro untuk info menarik :  Dugro website 

Terima kasih XOXO – Puanbee

 

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

3 Comments:

  1. insyaallah ada anak nanti nak kasi dan ajar makan yg sihat sihat ja

  2. besar dah abang syamim ni, irfan suka juga bento tapi kalau bawa gi sekolah dia tak makan, bawa balik rumah makan dirumah haha macam2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *