CARA MEMILIH KASUT YANG BETUL DAN TEPAT

Share

Hi Semua… Di zaman sekarang tujuan kita memakai kasut bukan lagi semata-mata untuk melindungi kaki tapi juga ianya untuk melambangkan keyakinan dan  status diri. Begitu lah peredaran masa merubah kepentingan sepasang kasut.

Namun kepentingan utama sepasang kasut tetap diutamakan dalam pembuatan dan pemilihan kasut.Kasut yang dipakai mestilah selesa dan selamat.Kasut jenis A mungkin sesuai untuk rakan anda tapi tidak bagi anda kerana itu memilih kasut yang betul adalah sangat penting .

Cara Memilih Kasut Yang Betul

Saiz kaki kita sentiasa berubah dari masa kesemasa.Jadi anda jangan sesekali fikir saiz kaki anda adalah sama .ketika memilih kasut anda perlu mencuba kasut tersebut.Kebanyakan mereka yang membeli kasut secara online berakhir dengan kekecewaan kerana yang tepat hanyalah saiz nya namun bentuk kasut atau keadaan fizikal kasut tidak sesuai untuk kaki anda.

Memilih kasut yang tepat memerlukan masa dan anda tidak boleh sekadar melihat dan membayar  .Saya kongsikan beberapa tips memilih kasut untuk anda jadikan panduan ketika membeli kasut.

Anda harus memastikan bentuk kasut sama dengan kaki anda begitu juga dengan saiz nya.Ada antara kita yang mempunyai kaki sebelah lebih besar. Pilih saiz kaki yang lebih besar ketika memilih kasut.

Bola kaki (kawasan paling luas sebelum jari) perlu berada dalam keadaan yang betul, tidak terlipat atau berasa ketat.Pilih kasut yang mempunyai kedalaman yang cukup untuk memuatkan jari kaki anda.

Sesetengah jenama kasut berbeza saiz dan ukuran nya.Perhatikan perkara ini ketika anda ditanya oleh penjual tentang saiz kaki anda.Anda mungkin boleh berikan saiz kaki anda ketika terakhir kali membeli kasut.Tapi anda tetap perlu mencuba dahulu kasut tersebut.Jangan abaikan perkara ini.

Tidak menjadi kesalahan jika anda mencuba berbagai-bagai kasut di kedai kasut.Anda perlu cuba pakai dan berjalan dengan memakai kasut tersebut.Adakah anda selesa?Masuk kan jari anda dibelakang kasut .Pastikan ada ruang sebesar jari anda. Ketika berjalan pastikan tapak kasut tidak membuat anda mudah tergelincir .Jangan sesekali memilih tapak campuran getah dan plastik .Ianya akan membuatkan anda mudah terjatuh dan tercedera.Pilih tapak yang diperbuat dari getah.

Berdiri di depan cermin dan perhatikan adakah kasut yang anda pakai mengubah keadaan diri anda.Ada kasut yang membuatkan anda lebih rendah dan  lebih tinggi.Ada juga yang membuatkan anda nampak membongkok dan lebih menyerlah.Jangan malu untuk dapatkan nasihat penjual atau sahabat anda.

Kasut yang mahal tidak semestinya yang terbaik.Anda perlu meneliti setiap perkara sebelum membeli kasut idamana anda. Jika tidak sudah tentu anda akan mengalami kerugian.

_______________

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *