Cara memakai Eyeliner & 2-IN-1 Impact shadow liner by MAYBELLINE NY Eyestudio

Semalam sempat pergi beli barangan dapur dan terbeli Eyeliner dari Maybelline ni , saya suka pakai celak walaupun dirumah. Dah lama jugak Eyeliner Mary Kay habis , bukan habis bebetul .. hilang tanpa bayang. Lepastu beli celak arab , hilang lagi .. takde orang lain anak-anak sendiri yang guna ni. Layan je lah .. lepas tu semalam jalan-jalan nampak celak ni test lah kat tangan. Memang lembut dan warna pekat.

Itu tips pertama yang harus di ingat kalau nak beli celak. Test dulu di tangan dan uji tahap kekerasan celak tu dan warnanya hitam pekat atau tidak. Kalau celak keras warna tak pekat , jenuh juga nak tonyoh kat mata tu nanti .. sakit woo~

celak mata paling tahan lama

Eyeliner 2-in-1 maybelline jenis pencil harga RM16.90

Celak ataupun Eyeliner ada banyak jenis , sesetengah orang suka pakai jenis gel , jenis liquid , jenis stick .. macam-macam lah .. apa pun sila pilih mengikut keselesaan dan kesesuaian anda , untuk saya memang tak sesuai memakai celak jenis lain selain dari pencil , sebab ? muka sangat banyak berpeluh .. kalau celak tak cukup kalis air memang muka akan jadi ala-ala panda lah .. biasa gitu ..

tips memakai celak

Celak jenis pencil ni kena ada pengasah nya , bila dah tumpul kena asah balik macam budak sekolah 🙂 pengasah celak boleh didapati dari kedai kecantikan , kedai yang jual barang-barang aksesori wanita pun ada.. jangan risau. Tips lagi , bila nak beli pengasah celak tu , sila bawak celak korang sekali saiz tak sama.

Biasa ada orang tegur saya..

” Akak teringin nak pakai celak , tapi akak tak pandai … nanti jadi lagi buruk .. “

” Yang  jadi buruk tu biasanya sebab celak mudah cair .. sebab tu celak ni kena pilih-pilih juga .. mata akk okay je  “..   biasa saya jawab gitu laaa ..

Ok 2 tips pilih celak atau eyeliner dah ada secara tak langsung di atas.. saya dah test celak 2-IN-1 Impact shadow liner by MAYBELLINE NY Eyestudio ni , sambil tidur , masak dan buat kerja rumah ..celak elok tak tanggal .. best!

Cara memakai Eyeliner atau celak.

  1. Gariskan eyeline di kelopak mata dari bahagian dalam ke bahagian luar. Tangan yang sebelah lagi , pegang hujung mata dan tegangkan agar celak/eyeliner menjadi lurus dan tidak berkedut.
  2. Untuk celak di bahagian bawah mata , guna kan eyeliner jenis pencil , sama juga tarik celak/eyeliner dari bahagian dalam ke bahagian hujung.
  3. Untuk orang -orang yang bermata sepet tak perlu letak eyeliner terang sangat dan tak perlu letak eyeliner dari bahagian dalam , cukup sekadar meletakkan eyeliner separuh kelopak mata. Mulakan dari tengah ke bahagian hujung mata.

Lepas tu nak cantik lagi boleh pakai maskara , nak ala-ala korean look , boleh pakai contact lense.. saya ? cukup lah dengan eyeliner ni ..

Selamat berjaya memakai celak. Yang penting cuba pakai dirumah dulu .. dah biasa baru pakai keluar dari rumah ..

P/S : Pakai celak adalah sunat bagi wanita , suami boleh fikirkan untuk beri hadiah pada isteri masing-masing kan kan kan ?

Comments

  1. wahh makin berseri-seri la mata puanbee nanti yer…hehe..pastinya semua ini untuk abang kay kan…hehe..alamak tak pernah beli la pulak..kenapa mahal sgt harga dia tu..

  2. nis pun suke pakai celak.. lama gak tinggalkan sbb celak hilang pengasahnye… hoho sabo je le… baru2 ni 2 celak sekaligus kubeli, dua2 jenis pen! amekaw… :p dah biasa jenis pensel, nak cuba kelainan pulok

  3. bee…buat la video tutorial..senang lg nak belajar pakai..

  4. aku pon br je beli eyeline maybelin ni.. mmg sedap pakai.. lembut.. biasanya aku pakai liquit eyeliner dr elianto.. tapi disebabkan save budjet nk raya aidilfitri ritu beli je la maybeline kat gurdian.. sekali dgn lipstik..
    pengasah eyeline biasa guna pengasah pensel anak je.. hehehhehehe………

  5. celak untuk lelaki boleh..? 🙂

Speak Your Mind

*