Cara Masak Fetuccini (pasta) Sedap

Ya .. ada keyword masuk untuk cari cara masak pasta yang sedap , tapi kebetulan saya masak Fetuccini , nama jek lain tapi macam pasta juga.

Entah lah kalau mengikut orang barat masak ianya di panggil apa , tapi saya masak ikut cara saya di tambah lagi dengan pengetahuan tengok tv rancangan masak-masak cara barat. Astro chanel 703 ada semuanya yang kita perlukan untuk memasak cara barat tau,jangan lupa tengok nanti.

fetucini kering
fetucini kering

Di atas adalah gambar Fetucini yang kering dan belum di masak , lebih kurang je dengan pasta tu , tapi pasta macam mee kuning , dan fetucini macam kuew tiaw halus , ini untuk siapa-siapa yang tak tahu jek. Orang yang dah pandai masak tu abaikan πŸ™‚

Untuk apa-apa jenis pasta pun , yang penting kalau nak masak mula-mula mesti lah rebus dengan air melegak , masukkan sedikit garam dan sesudu minyak untuk elakkan pasta tu melekat dan nampak cantik je.

fetucini carbonara
fetucini carbonara

Pasta yang telah siap di masak. heheh ni permintaan kakak di hari lahir dia kelmarin, so … memang buat khas untuk anak-anak sebab tu ada nampak isi ketam , udang dan cendawan yang pastinya menarik kanak-kanak untuk makan.

Kakak bawak pergi sekolah semua orang cakap tak pernah makan masakan mcm ni termasuk cikgunya ? erk ?

Masaknya senang sangat-sangat.

  • Tumis bawang putih dan bawang merah dalam minyak zaitun (boleh guna mentega atau minyak biasa juga) , sampai naik bau.
  • Masukkan cendawan tumis lagi.
  • Masukkan Udang dan cendawan shitake dan tumis lagi. (atau boleh gantikan dengan bahan lain , daging cincang , ayam cincang , sosej , lada bengala , kacang peas dan sebagainya yg sesuai )
  • Masukkan Lada hitam secukup rasa.
  • Masukkan daun sup di cincang halus.
  • Masukkan perasa. (apa-apa jenis perasa pun boleh , saya gunakan kiub daging adabi)
  • Masukkan SUSU SEGAR sekotak besar dan biarkan sehingga kering sedikit.
  • Masukkan pasta Fetuccini tersebut , pastikan pekat dan kuah nya basah-basah sahaja.
  • Angkat dan hidangkan.
  • Taburkan cheese mozarella sebelum makan kalau ada (kalau tak de tak perlu lah , tu pun dah sedap)

Dah itu sahaja .. hehe .. tak belajar pun masak ni , cuba dan cuba je , kali pertama saya masak benda ni , tak jadi saya buang je , percaya tak ? ni dah banyak kali masak menjadi jek lah ..

[box type=”info”]Tengok ni resepi dan idea lain Pasta spiral goreng ala mamakΒ &Β Buat bebola ayam dengan pasta sendiriΒ [/box]

OK .. Daa~ kemas – kemas beg nak berangkat sudah.

30 Comments

  1. Jebeng Otaiβ„’ 16 March 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 16 March 2012 Reply
  2. budakserius 12 March 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 16 March 2012 Reply
      • budakserius 16 March 2012 Reply
  3. Ummi Hanie 10 March 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 16 March 2012 Reply
  4. Denaihati 10 March 2012 Reply
  5. kakyong 10 March 2012 Reply
    • Adibah 11 March 2012 Reply
  6. nza 10 March 2012 Reply
  7. Juan 10 March 2012 Reply
  8. nurmisnan 10 March 2012 Reply
  9. yanmie 10 March 2012 Reply
  10. puan kutu 10 March 2012 Reply
  11. azie 10 March 2012 Reply
  12. akubiomed 10 March 2012 Reply
  13. azman 10 March 2012 Reply
  14. yanmie 10 March 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 10 March 2012 Reply
      • yanmie 10 March 2012 Reply
        • puanbeeAuthor 10 March 2012 Reply
          • yanmie 10 March 2012 Reply
            • puanbeeAuthor 10 March 2012 Reply
          • yanmie 10 March 2012 Reply
            • puanbeeAuthor 10 March 2012 Reply
              • yanmie 10 March 2012 Reply
                • puanbeeAuthor 10 March 2012 Reply
                  • yanmie 10 March 2012 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.