CARA KERINGKAN PAKAIAN DENGAN LEBIH CEPAT DIMUSIM HUJAN

CARA KERINGKAN PAKAIAN DENGAN LEBIH CEPAT DIMUSIM HUJAN

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Cuaca sekarang tak menantu.Ada kalanya cerah dan kadang-kadang seharian hujan turun tidak berhenti-henti. Bagi wanita yang menguruskan kerja-kerja rumah mengikut jadual ianya tentu agak menyukarkan anda untuk keringkan pakaian dengan lebih cepat dimusim hujan .Jika dibiarkan dalam keadaan lembab dan basah  tentu pakaian akan berbau , dan kita juga yang akan stres sendiri.

picture:gogingham

Tapi jangan risau ,ada beberapa cara  keringkan pakaian dengan lebih cepat dimusim hujan yang akan saya kongsikan dengan anda .

Zaman sekarang mesin basuh memudahkan kerja-kerja mencuci pakaian namun kita tetap perlu mengeringkan nya supaya ianya lebih kering sempurna dan pakaian tidak berbau busuk.Anda boleh  menjarakkan gantungan baju .Elak kan pakaian yang dijemur  saling bertindih ,Cara ini akan buat pakaian lebih cepat kering .

picture:walworthappliances

Jika sebelum ini anda tidak menggunakan hanger ketika menjemur pakaian, sebaiknya anda mulakan dari sekarang.Menjemur pakaian menggunakan hanger membuatkan pakaian lebih cepat kering dan penggunaan ruang nya juga maksima.Walaupun diruangan yang kecil mampu untuk mengantung pakaian yang banyak.

Anda juga boleh menggunakan kipas angin untuk buat pakaian cepat kering di musim hujan.Angin pada kipas akan menyejat air pada pakaian dan menghapuskan bau serta membuat pakaian lebih cepat kering .Anda boleh keringkan pakaian dalam masa 5 jam jika menggunakan cara ini

picture:pinterest.com

Untuk keringkan  jeans atau jaket dengan cepat  anda boleh menggantung nya di dalam bilik yang hangat .Pastikan lampu dibuka kerana cahaya lampu juga boleh membuatkan pakaian cepat kering di musim hujan.

Penggunaan alatan seperti pengering rambut atau hair dryer  dan seterika juga  mampu keringkan pakaian dengan cepat. Lalukan hair dryer pada pakaian dan kemudian gantung di tempat yang mempunyai angin.Anda juga boleh menggosok pakaian menggunakan seterika dan kemudian anginkan pakaian anda selama 3-4 jam.namun cara ini hanya berguna untuk fabrik tertentu sahaja kerana dikhuatiri fabrik akan rosak.

Bagi anda yang ingin keringkan baju dengan cepat di malam hari ,cara keringkan baju yang dikongsikan ini juga boleh anda praktik kan .

Terima kasih

 

Comments

  1. Ibu hanya akan bawa pakaian basuh ke dobi untuk di keringkan masa musim hujan

  2. Saya pun selalu juga anginkan baju dengan kipas.

  3. Interesting… nanti saya cuba lepas dah cuci.

  4. saya pun angkat kipas letak depan penyidai nak bagi cepat kering

    Sekarang ni baru buka dobi layan diri

    Senang

    Cuci semua kat rumah bawa ke dobi

    30 minit kering semua

  5. Boleh la cuba lepas ni yang part nk keringkan jeans tu ..tips y berguna terutama klau betul2 dlm situasi y perlu kringkn pkaian dgn cpat ..thankyou berkongsi ??

  6. K sya suka gantung tepi langsir, cepat je kering baju tu nanti. Jangan lupa pasang kipas. 🙂

Speak Your Mind

*