Cara Hidup Baru Dengan Vitamin Shaklee

Share

Banyak maklumbalas yang diterima , rata-rata cakap banyaknya vitamin shaklee yang diambil , dan seperti ingin bina badan lagaknya di komen post yang ini , hehehe lawak ye korang. Sebenarnya saya ambil set skin care , hahah asyik-asyik skin care je kan , walaupun nama produk itu set skin care tapi sebenarnya banyak kebaikkan lain yang sangat bagus untuk tubuh badan.

Walaupun saya suri rumah tapi saya selalu penat , sakit kepala , migrain yang teruk , lesu , tak boleh bangun pagi , makan apatah lagi hentam mana sempat je kadang-kadang je sarapan , makan tengah harai dalam jam 3 petang gitu , entah lah bab makan memang dah berterabur sejak jadi mak nih , itu lah sebab paling utama berat badan naik kot ..

produk shaklee set skin care

Jadi set sarapan pagi saya dengan shaklee ialah :

Vitamin-C – (Untuk kulit , antioksida dan kuatkan antibodi )
B-Complex (mengurangkan lesu , penat , stress dan memberi tenaga )
Vita-Lea (Multivitamain & Mineral)

Set untuk lunch dan dinner :

Ostematrix (Kalsium)
Energising Soy Protein (protein dari soya , boleh juga beri pada anak-anak berumur 2 tahun ke atas )

Yerrr banyak tu , tapi tak pe saya sanggup telan semua vitamin di atas hanya untuk kembalikan kecergasan badan , serius saya cakap suami selalu komplen , duk rumah je tapi selalu penat , sebenarnya bukan penat , tapi saya selalu sangat sakit kepala , bila mata jadi merah je kepala pun sakit sebelah , masa tu memang saya nak tidur je , kalau tak tidur saya mengamuk ler jawabnya , tak boleh dengar bising , tak boleh dengar anak menjerit , lebih baik saya tidur kan , dari nak marah-marah tu ..

Lepas nih tengok ok ke tak ,Harap-harap hilang terus sakit kepala yang saya alami tu , kalau penyakit saya tu ok memang kena teruskan ambil pil vitamin shaklee le jawabnya , itu tandanya tak cukup vitamin badan saya ni 🙂 saya teringin nak cuba pil untuk pecahkan lemak tu , lecitin namanya , tapi nanti lah .. lepas tu nak try produk vitamin ni untuk ayah diorang pulak , kesian 365 hari berkerja non stop tak de ambil apa-apa vitamin pun , tangan ayah diorang sebelah dah tak boleh di angkat , entah apa kena , tetiba je .. mommy lyna , jom kita bincang2 lepas ni ek..

Korang nak try ??
Dapatkan khidmat konsultansi PERCUMA dengan menghubungi Mommy Lyna di talian 012-2811136 atau emel mommy@fahry.net

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

20 Comments:

  1. Pingback: Saya pilih SHAKLEE sebagai set Bersalin / berpantang , Macam best je ! |

  2. salam..brape harge shaklee ni ek?

  3. Salam, saya nak cari stokish produk shakelee di daerah besut ini. Sial contact saya. tk

  4. Pingback: Review Vitamin Shaklee Selepas 2 Minggu Mengamalkannya

  5. adoi macam2 produk..kutu klu bg free semua mau.the prob is tak cukup modal jer.haha…

  6. Jadi suri rumah mmg memenatkan Bee..org je kata senang…..
    Moga supliment tu serasi dgn Bee…..

  7. SOya tu best 🙂

  8. Sebenarnya mengambil suplemen bukan tidak elok tapi elok diambil dari sumber natural kerana supplemen telah diekstrak dari sumbel asal. Ada kebimbangan pengambilan pil akan memberi kesan kepada buah pinggang pada masa jangka masa panjang.

  9. saya sokong, sebab seharian perlukan tenaga, bile nak harapkan meals tetiap hari takdapat sgt menampung keperluan harian, supplement ni la yg byk membantu. semoga terus sihat dan cergas pas ni, insyaallah dgn izin Allah 🙂

  10. Mesti mahalkan… barang berkualiti biasanya macam tu la kan.. 🙂

  11. masalah yg sama la kite bee …

    nis pun lepas ni nk usaha gak kaji n try produk “ttuut” tuh … hehehe…dah cube baru le reveal 😉

  12. tak pernah dengar jenama ni puanbee hmm, macam ada kat pasaran sekarang kan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *