Cara elakkan bayi kembung perut

Bayi kembung perut ? anda tak cukup tidur ? bayi asyik menagis ? Ada bayi yang lahir aje menagis tak berhenti sehinggakan ibu yang lahirkan bayi pun keliru , kenapa bayi asyik menagis , jangan panik ..

Kadang – kadang bayi menagis di sebabkan kembung perut. Anda boleh cuba mengenalpasti dengan cara .. jentik perlahan di perut bayi dan dengar bunyi ala-ala macam tong kosong tu , dan perut bayi keras semacam itu tanda bayi kembung perut.

cara elakkan bayi kembung perut

Cara hilangkan bayi kembung perut.

  1. Sapukan minyak telon dan urut di bahagian perut , tapak kaki , bawah ke dua-dua betis dan belakang badan bayi. Biasa nya cara ini berkesan.
  2. Jika masih tidak berjaya hilangkan kembung perut anda boleh juga beri “gripe water” , tak banyak .. sedikit sahaja.. dah selepas beberapa minit kembung perut yang di alami bayi akan hilang.
  3. Atau boleh juga guna petua orang tua , layurkan beberapa helai daun sirih , kemudian letak di atas perut bayi.

Cara elakkan kembung perut oleh bayi.

  1. Sebaik-baiknya kita elakkan perkara ini terjadi. Sebab itu lah ibu-ibu menjalani pantang. Disebabkan bayi meminum susu ibu , jadi ibu kena berpantang makan makanan” berangin” . Contoh tauge , kacang , jagung dan teh.
  2. Banyakkan bawang putih dan halia di dalam hidangan ibu.
  3. Boleh juga di jadikan kunyit sebagai ulam dan menghindarkan “angin” di dalam badan ibu mengandung dan seterusnya di salurkan ke bayi anda.   (Bila bayi ada taik mata , disarankan anda tidak gunakan cara ini.)

Pengalaman sendiri 

  1. Saya ada minum air rebusan halia dan memang di dalam hidangan berpantang di letakkan banyak bawang putih. Agak agak di sebab itu lah bayi saya tidak mengalami kembung perut  ( agak je.. )
  2. Dulu saya tak gunakan minyak telon , tetapi saya gunakan minyak yu yi.
  3. Emak saya sendiri meyarankan saya makan ikut masa nya bagi mengelakkan perut masuk angin.
  4. Bayi kedua saya , setelah putus susu ibu dan mula minum susu formula , dia mengalami kembung perut sehingga muntah-muntah di sebabkan alahan pada susu lembu dan lactosa.
  5. Kakak ipar saya pernah mendapat seorang anak , menagis 24 jam , pada mulanya kami ingatkan kembung , rupa-rupanya anak nya mengalami  “angin pasang” itu untuk bayi lelaki biasanya.

Jadi .. tak boleh anggap bayi menagis itu kembung sahaja , cuba dulu ubati bayi tersebut , setelah mencuba beberapa kali bayi anda tetap berkeadaan sama , sila bawa berjumpa doktor takut-takut ada perkara lain yang menimpa bayi anda. Tetapi ada juga bayi yang memang di takdirkan kuat menagis. Ini memang dugaan untuk ibu bapa , hadapi je lah dengan redho ….

Related :

  1. Ops ‘terr’sendawa CARA HINDARI SENDAWA
  2. Petua : Khasiat Bawang Putih Dan Cara Pilih Bawang Putih Berkualiti 
  3. Khasiat Sebenar Halia – tips awet muda 

19 Comments

  1. malaysia sentral 27 September 2016 Reply
  2. Fuzy 25 July 2014 Reply
  3. Fuzy 25 July 2014 Reply
  4. Naimah Wahab 6 November 2013 Reply
  5. Jawatan Kosong Kerajaan 29 January 2013 Reply
  6. hairulafiz 22 January 2013 Reply
  7. Azman Ishak 22 January 2013 Reply
  8. akubiomed 21 January 2013 Reply
  9. sicantikmatahari 21 January 2013 Reply
  10. Blog Keperawatan 21 January 2013 Reply
  11. hafizmd 21 January 2013 Reply
  12. hafizmd 21 January 2013 Reply
  13. Ummi Hanie 21 January 2013 Reply
  14. BUATBEST 21 January 2013 Reply
  15. Ibu Mifzal Arsyad 21 January 2013 Reply
  16. Denaihati 21 January 2013 Reply
  17. Anuar 21 January 2013 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.