CARA DAFTAR NIKAH YANG DI LANGSUNGKAN DI LUAR NEGARA

Spread the love

Kecoh minggu ni isu berkaitan pasangan artis yang baru mendirikan rumahtangga bila pihak lelaki rasa perkahwinan mereka itu tidak sah di sebabkan semasa mereka bernikah pihak perempuan masih lagi isteri orang. Apa yang saya faham tentang isu ni adalah.. Masalah perkahwinan di luar negara. Bila berlaku penceraian memang agak rumit, lebih lebih lagi sekiranya perkahwinan tu tidak di daftarkan selepas bernikah di negara jiran atau mana2 negara lain

Memang perkahwinan itu sah dari sudut agama cuma dari sudut undang undang mungkin tidak di diktiraf dan jika berlaku penceraian ia menyebabkan banyak masalah akan berlaku terutama bila pasangan tersebut ingin bernikah semula dengan pasangan yang lain. Jadi penting untuk daftar nikah selepas menikah di luar negara.

Ramai yang tidak tahu cara untuk daftar nikah di dalam negara selepas bernikah di luar negara. Disini saya kongsikan sedikit info berkaitan yang saya rujuk melalui portal rasmi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan..

Selepas bernikah di luar negara ini yang perlu pasangan tersebut lakukan untuk mengiktiraf perkahwinan mereka di Malaysia..

1) Pemohon hendak hadir ke Mahkamah Syariah untuk mendapat pengesahan pernikahan dan perintah daftar pernikahan.

2) Setelah mendapat perintah daftar daripada Mahkamah Syariah, pemohon hendaklah hadir ke JAWI untuk proses pendaftaran nikah.

3) Pemohon hendaklah hadir ke Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga JAWI dan mengisi Borang Permohonan Pendaftaran Pernikahan Luar Negara.

4) Dokumen yang perlu dilampirkan

i. Kad Pengenalan atau pasport (bukan warganegara) suami isteri (asal dan salinan)
ii. Perintah daftar pernikahan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah.
iii. Salinan Surat Perakuan Nikah yang dikeluarkan negara berkenaan.
iv. Surat Perakuan Cerai asal (jika duda atau janda)
v. Maklumat daripada Pegawai Penguatkuasa (Borang 5) daripada Bahagian Penguatkuasaan

5) Hadir bersama pasangan pada tarikh yang ditetapkan untuk proses soal selidik, bacaan ta’liq dan pendaftaran.

Moga perkongsian ini dapat membantu anda yang mungkin memerlukan info & maklumat

1 thought on “CARA DAFTAR NIKAH YANG DI LANGSUNGKAN DI LUAR NEGARA”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *