Cara buat sambal belacan paling senang

Keyword panas blog ini , sambal belacan .. kali ni saya kongsi cara buat sambal belacan guna lesung batu paling senang. Bahan pun tak banyak mana , tapi sedap … cehh nak juga puji sedap .. sebelum ni saya tulis cara buat sambal belacan guna blender .. ( klik tulisan ber warna untuk baca ) nak lagi sedap bakar dulu belacan tu .. contoh gambar ada SINI

sambal belacan

Cara paling mudah , sediakan belacan dan cili , garam + gula dan asam ( boleh guna asam jawa atau asam limau )

  1. Segemgam cili bersama belacan saiz ibu jari.
  2. Tumbuk sampai lumat.
  3. Masukkan secubit garam dan gula. Secubit tau .. bukan segemgam.
  4. Masukkan air asam jawa pekat (bancuh guna air panas/air masak) atau asam limau (sebelah jika limau nipis , sebiji jika limau kasturi )
  5. Gaul rata dan hidangkan.
  6. Sedia di makan dengan nasi panas.

NYUMM !!

puanbee

Untuk review produk wanita , barangan berkaitan anak-anak , makanan , homestay dan lain-lain boleh hubungi puanbee di whatsapp : 011-32095406.

30 thoughts to “Cara buat sambal belacan paling senang”

  1. Saya kalau ada ikan goreng, cicah belacan paling sedap. Belacan paling sedap nenek saya buat. Camana dia buat taktau la. Tapi makcik-makcik saya buat tak sama dengan dia huhu

  2. wahhh… k.izan kalau buat letak cili padi semata2 mmg melelehlah airmata dibuatnya. selalu campur ngan cili merah tu kasi down sikit pedasnya. aci tak?

  3. Buat sambal belacan guna lesung batu baru Best… Ada feel… Lagi-lagi kalau duduk dekat rumah Flat… Satu Flat tahu kita buat sambal belacan… hehehe 😉

  4. mesti sedap thn gaban ni Bee…trliur sgt2…. tapi kalau akak makan jwbnya xbangun brhari2 sbb alergik belacan…huhuhu…

  5. sedapnyaaa.. ayah selalu buat sambal untuk kami anak anak..
    sebab dia je pandai buat smbal yang sedap..
    anak anak buat smua tak jadi macam dia pun..
    tapi cam sama je ngn resepi yang puanbee bagi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *