Cara buat popcorn guna periuk biasa je

Dulu tahun 2011 saya pernah tulis di dalam blog ini cara buat popcorn di rumah senang je .. bunyi nya macam tu la. Selepas beberapa tahun , hampir nak masuk 7 tahun ye saya masih lagi buat popcorn sendiri di rumah dan guna periuk biasa sahaja. Sungguh sangat menjimatkan dan anak anak makan sampai puas. Setelah bertahun tahun tak kan saya guna cara biasa sahaja kan ? mesti lah dah di upgrade sikit.

Nak tengok cara lama boleh klik link di atas. Cara baru yang lagi senang dan mantop kena tengok entri baru. Boleh pulak ada cara buat popcorn lama dan baru ye. Ye lah … pengalaman dan percubaan banyak kali menhasilkan hasil yang lebih baik. Setakat ini saya dah cuba buat 3 perasa. Antara nya kari , rumpai laut dan karamel. Wah heaven betul dapat makan hasil tangan sendiri. Tetapi gambar hanya ada gambar popcorn karamel yek. Yang lain tak sempat ambil gambar dah habis. Nanti lah kalau rajin buat lagi saya tempek resepi sekali lagi.

Cara buat popcorn

popcorn karamel

Cara buat popcorn caramel.

Bagi mereka yang tak tahu macam mana rupa bertih jagung tu boleh tengok di bawah. Bertih ni pergi je beli di mana-mana pasaraya , murah je 1kg baru dalam RM4 gitu. Ada kualiti tertentu juga , nak popcorn jadi kembang cantik beli lah bertih gred elok sikit.

Cara nya senang sahaja :

POPCORN 

  • 1/4 CAWAN minyak masak
  • 1 CAWAN POPCORN
  1. Panaskan minyak. Masukkan popcorn dan tutup. Kalau boleh guna periuk yang ada penutup. Kalau tak ada periuk dengan penutup boleh juga guna kuali. Lagi senang guna periuk.
  2. Bila minyak dah panas , masukkan bertih jagung. Lepas tu ratakan bertih ke dalam minyak dan tutup periuk rapat rapat.
  3. Sambil tu goncang-goncang periuk. Api sederhana.
  4. Boleh pasang telinga masa ni dengar bertih jagung meletup. POP POP POP .. agak nya dari situ datang nama popcorn ye dak.
  5. Apabila tiada lagi bunyi tu kita boleh kata popcorn semua dah di masak atau periuk dah penuh dengan popcorn. Tutup api dan ketepikan periuk.
  6. 1 KG popcorn boleh buat dalam 6 kali . Setiap kali buat memang dapat bekas besar.

CARA BUAT KARAMEL 

  • 1 Cawan gula putih
  • 250g butter

Masukkan butter dan gula ke dalam kali dan kacau sehingga ke dua duanya cair dan warna berubah ke coklat .. warna karamel lah. Tuangkan pop corn tadi dan gaulkan cepat cepat.

Pop corn anda akan rasa manis , lemak dan masin datang nya dari butter tu. Memang sedap percayalah. Sekali buat pun dah jadi. Jangan risau tak jadi yek.

Cara buat popcorn

bertih jagung untuk di buat popcorn

Selepas 3 kali buat popcorn masih ada baki ni dalam plastik ni. Ya ampun buat hari hari pun tak pa la. Tapi bulan puasa ni tak nak buat banyak2 .. nanti ada orang tak boleh berpuasa tengok popcorn.

Sekian terima kasih kerana membaca di sini. Budak dalam entri lama cara buat popcorn ni dah besar sangat dah.

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

12 Comments:

  1. Senang rupanya buat pop corn ni. Ingatkan kena ada mesin khas

  2. memang simple buat popcron homemade tu heeee

  3. pernah juga buat sendiri. memang mudah je

  4. resepi lengkap dah diberi, tak cuba rugi…hepi kan anak buah dgn popcorn hari raya nanti..

  5. Wow…. Ini memang hebat… Baru first time tahu ni… Boleh buat Popcorn guna periuk…

  6. Syok makan sambil tengok drama nie.. nyum2

  7. walaupun boleh buat sendiri, tapi tetap jugak nak yang beli.hehe..

  8. perkongsian yang menarik…teruskan update

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *