Cara Betul Sayang Anak

Share

Semua ibu bapa menyanyangi anak-anak mereka sepenuh hati bagaikan menatang minyak yang penuh . Namun tanpa disedari memanjakan anak boleh mengundang padah bukan hanya terhadap masa depan tetapi juga kepada anda kerana gagal memikul tanggungjawab membimbing anak menjadi manusia berguna dan bertanggunjawab.

model baby laila berumur 9 bulan!

Berikut beberapa tips yang mungkin memberi manfaat berguna untuk di praktikkan agar anda dapat menyayangi anak dengan cara yang betul.

JANGAN TERJEBAK :

Bukan mudah mencari formula khusus untuk menyayangi anak sendiri kerana ada ketikanya anda hanya memberi perlindungan bukan berjaya menjadi ibu bapa yang penyayang . Pakar psikologi mengatakan , kebayakkan ibu bapa mahu memberi kesempurnaan kepada anak-anak ikut sahaja kehendak mereka sehingga lupa untuk memastikan kasih sayang itu boleh dimanfaat kan untuk membimbing , mendidik dan mengasuh , agar anak membesar sebagai insan berguna.

KENALI ANAK :

Untuk menjalin kasih sayang berkekalan dengan anak-anak, beberapa pakar psikologi ada mengatakan , ibu bapa perlu belajar mengenali anaknya kerana anak bukan hanya satu susuk tubuh kecil yang sedang membesar seiring dengan perkembangan usianya. Anda perlu memahami bahawa anak juga perlu mengembangkan fungsi-fungsi psikologi seiringan minda, emosi dan motivasinya jika terlalu di manjakan perkembanganya mungkin terencat.

FAHAMI MAKNA KASIH SAYANG :

Anda harus memahami kasih sayang yang perlu diberikan kepada anak. kasih sayang berkaitan erat dengan perkembangan emosi yang berfungsi mewarnai perilaku anak-anak. Ketika melakukan tugasan ataupun mengendalikan masaalah , usaha yang di tunjukkan bergantung kepada emosinya saat itu. Anak akan bersemangat jika ada cita-cita. Emosi berkembang secara bertahap mengikut perkembangan usianya. Ini bermakna pemberian kasih sayang lebih tertumpu kepada pengawalan emosi ketika anak bersama rakan sebayanya.

MEMBANTU ATAU MENGIKUT :

Apa yang harus menjadi panduan dalam menjaga perkembangan dan mengembangkan keterampilan anak dengan konsep anda sebagai ibu bapa yang membantu bukan yang mengikut kehendak anak. Anda hanya membantu, kerja selebihnya dilakukan oleh anak, bila dia mengalami kesukaran atau masaalah anda perlu beri panduan bukan menyelesaikan tugasnya seperti diharapkan . Sebaiknya beri tunjuk ajar supaya dia menyelesaikan tugasanya itu.

TEGAS DAN KONSISTEN DALM MENETAPKAN DISIPLIN :

Bersikap tegas itu adalah mengarah kan anak melakukan dan mengetahui sesuatu , di mana dengan bersikap tegas menjadi alasan kenapa akan perlu dilarang atau dibenarkan melakukan sesuatu . Anda tidak perlu memenuhi semua keinginan anak , jauhi daripada berkata “jangan” tetapi gunakan kata ajakkan seperti “mari kita lakukan bersama” . Dengan cara ini anak tidak akan merasa dilarang tetapi diarah. Biarkan anak menilai sendiri mana yang betul dan mana yang salah.

KONSISTEN DALAM MENETAPKAN DISIPLIN YANG TELAH ANDA TETAPKAN :

Bila sepatutnya anda berkata “tidak” . Jangan sesekali bertolak ansur dengan perkataan tersebut . Jangan sampai anda kasihan pada anak walaupun dia anak tunggal.

Nota Kaki  : Hasil pembacaan bee dari buku anak sihat & genius.

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

32 Comments:

  1. @cikpuanhadycopy jer kak..kalo kesian bg link kat bee sebijik muahahaa!

    opss tag lagi..eh tenkiuuu

  2. @NzAsokong !!

  3. @miemesti lah..

  4. @sw33tdarlingpepatah baru 🙂

  5. @CIK TOMhaha well biasa lah akk nih kan cik tom!

  6. @kakngahkeh keh keh

  7. @~ yus ~sore tarzan ek..heheh sora tak per lg kot dr angkat tgn kan! tp kalo boleh lembut2 dulu..

  8. @mrs jamalhehe ok lah sorang tegas sikit sorang manja sikit kan tak lah murung jer ank tu kalau kena marah hehe pendapat bee saja!

  9. hanya ibu bapa yg memahami sikap n perangai anak2 kita….didiklh mrk dgn kesimbangan antara dunia n akhirat…..

  10. untuk kaum adam pun kena tau ni..
    ehheheeee

  11. jgn manjakan anak.. biar anak menangis sekarang, jangan kita yg menangis kemudian….

  12. good info thanks sharing..

  13. perkongsian yg bagus…comel la…

    eh tukar template lg??huhu…

  14. aku paling tak suka org didik ank secara kekerasan dgn alasan disiplin kan anak.
    bnyk cara lain lg yg blh dipraktikkan dlm mendisplinkan ank.

    oho! kalau dh namanya mak, tak jd tarzan tak sah oo.. heran cicak atas siling kehkehkeh!!!

  15. @BIONIC WOMEN sama la kita..my hubby manja kan anak melampau..beli apa je yang anak nak..bila kita marah si anak..dia jeling2 lagi…risau dengan keadaan ni..time ada duit xper la..nanti kalu xder duit besok camana…kan

  16. Perkongsian yang berguna untuk semua…

    Adakalanya kita rasa dah beri yang terbaik untuk anak2, cuma kita masih tidak belum begitu faham perasaan dan naluri mereka kan.

    Saya pun mcm ibu sarah-najwan, mesti ada suara tarzan kat rumah ni…4 orang anak yang aktif, walaupun si kecik yg 6 bulan tu..huhu

  17. saya agak tegas ngan anak, hubby plak terlebih manja, kekadang hubby kata saya ni tegas sangat..huhuhu..
    asenya xder ler terlebih tegas cuma saya nak anak disiplin..hubby plak mamang amat manjakan anak…

  18. ni baru betul sis,jangan mcm kat kosmo tu..dera anak sini sana smpai meninggal.ermm

  19. @kakyongbetui lah tu kak yong..fenat bebel kan..tp pelan2 ajor!

  20. bukan mudah nak asuh anak ni… kalo hari2 bertarzan, kita juga yg buleh hilang sore.. bagi muka sgt pun tak leh gak…

    kakyong ni cuba guna semua kaedah yg tahu… kdg2 fenin betui dgn kerenah depa…

  21. @THE LEKAT LEKIT STORYlakat haha betui tu..ada banyak lg tengok kat atas tu..

  22. THE LEKAT LEKIT STORY

    tips berguna utk bakal ibu.. kekekekeke

  23. Salina@IbuAqil

    Suka info ni.. TQ bee.. ;o)

  24. @Lelorduntuk apa kak ? huhu

  25. macehh Bee

  26. @sarah-najwankak sama lah bee pon..depa tu gegirl tp aktif yg amat!

  27. @Rafina Mimi Zairul Murnibiasalah tu ibu kan..tp kena jugak buat untuk masa depan dia..

  28. bagus bee bg info ni..

    seme ini kdg2 depend pada anak2 kita sdiri..camna kita corakkan mereka..

    ***akak hari2 guna sore tarzan tau..anak4 ku yg aktip itew..

  29. Rafina Mimi Zairul Murni

    ni la kelemahan saya..mudah kasihan dgn ank..mcm mana nk kawal perasaan ni ek..berbanding dgn suami,dia lebih tegas dan agak garang..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *