Cara bayar zakat online melalui maybank2u

Sekadar perkongsian info , sekarang nak bayar zakat dah boleh guna cara online , tak perlu susah-susah beratur untuk tunai kan zakat. Walau bagaimana pun jika korang suka bayar zakat melalui cara biasa boleh juga ke kaunter pungutan zakat yang di sediakan dan juga masjid-masjid di kawasan berdekatan anda. Saya masih lagi guna cara lama , saya bayar zakat di kampung melalui seorang wakil iaitu amil yang mengutip dari pintu ke pintu. Dengan cara itu duit zakat tersebut akan di agih-agihkan kepada orang kampung yang memang susah dan daif kehidupan nya. Tolong orang kampung kita sendiri. Tetapi kalau lah tak sempat juga maka boleh gunakan cara di bawah .. sekejap je ..esok raya hari ni boleh lagi tunaikan zakat.. mudah .. mudah .. tapi bukan mudah.my hahaaa…

Untuk Lafaz Tunai Zakat si klik –  http://puanbee.com/lafaz-niat-zakat-fitrah/

Cara bayar zakat online melalui maybank2u adalah : 

tunai zakat melalui maybank2u

  1. Login ke akaun maybank2u masing-masing
  2. Klik pada [ Bill Payment ]
  3. Klik pada [ Make a one off – payment ]
  4. Klik pada [ select form list ]
  5. Klik pada [ zakat & Charity ]

jenis zakat

  1. Klik pada [ Akaun mana yang hendak di berikan zakat tersebut contoh saya pilih Majlis Agama Islam Perak ]
  2. Klik pada [ Jenis zakat contoh saya pilih pendapatan ]

bayar zakat

  1. Masukkan jumlah zakat , no telefon pemberi zakat dan klik [ continue ]
  2. Dah selesai pembayaran zakat korang. 🙂

Jenis-jenis zakat 

  1. Zakat Pendapatan
  2. Zakat Perniagaan
  3. Zakat Wang Simpanan
  4. Zakat Saham
  5. Zakat KWSP
  6. Zakat Emas
  7. Zakat Perak
  8. Zakat Pertanian
  9. Zakat Ternakan

Boleh tengok jenis zakat dan cara pengiraan zakat di http://www.zakat.com.my

Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5

  • Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  • Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.
  • Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.
  • Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
  • Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.

Okay , selamat menunaikan ibadah zakat pula .. zakat adalah untuk menyucikan harta dan jiwa kita …

22 Comments

  1. epong 31 December 2014 Reply
  2. samsul arifin 19 June 2014 Reply
  3. ridzuan 22 February 2013 Reply
  4. Ummi Hanie 14 August 2012 Reply
  5. ProfHariz 14 August 2012 Reply
  6. sweetkurma 13 August 2012 Reply
  7. Denaihati 12 August 2012 Reply
  8. muazfaris 12 August 2012 Reply
  9. Hazmin Hamudin 12 August 2012 Reply
  10. Suraya 12 August 2012 Reply
  11. Jebeng Otai™ 11 August 2012 Reply
  12. akubiomed 11 August 2012 Reply
  13. Kak Long Mawar Merah 11 August 2012 Reply
  14. Juan 11 August 2012 Reply
  15. samdaddycool 11 August 2012 Reply
  16. titan 10 August 2012 Reply
  17. Blog Asyraf 10 August 2012 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.