Car Seat jenis Rocker & mak super berdikari

Share

 

Dulu semasa melahirkan anak dara betiga tu memang tak pernah beli car seat untuk diorang. Sebab satu jarang keluar tanpa ada ayah nya , jadi boleh pegang sendiri jee… tetapi sejak dah menjadi ibu yang super berdikari ni , terpaksa beli juga car seat ni. Tak harap la aliya mahupun husna apatah lagi laila pegang adiknya tu. Hari biru … karang kita drive pun tak senang … nak pandang jalan ke nak pandang anak-anak yang kecoh. Fikirkan keselamatan adik nya tu. Sekarang boleh dikatakan lebih banyak berada di dalam kereta dari berada di dalam rumah. Hantar ambil aliya dan husna pun dah berkali-kali , tahun depan mungkin laila juga akan ke tadika . Bayangkan 3 orang anak akan di hantar ke sekolah … seorang sesi pagi , seorang sesi petang .. seorang tengah-tengah. Adik terpaksa la membesar dalam kereta.

baby car seat

Gambar di atas adalah car seat yang dah lama duk jeling  – jeling dengan suami , tetapi tak sempat nak beli dengan suami dia dah pun kena naik kapal. Jadi saya pergi jeling-jeling sendiri. Kemana pergi , apa yang di rasakan menarik mesti akan ambil gambar. Bukan nak tunjuk kat dunia. Tapi itu sahaja cara untuk shopping dengan suami. Dia duduk tengah laut tapi tahu semua akiviti bini dia.

Tapi tak beli pun mana-mana car seat di atas tu. Sebab nya . stok tak ada .. ada yang display je .. produk display ni buruk dah la tak de plastik. Harga boleh di katakan mahal dengan rupanya. Tu di Jaya Jusco Maluri tu .. memang tak banyak pilihan lah. Ada 3 tu je.  Jadi tak ambil.

Beli jenis rocker ni sebab boleh angkat-angkat , kalau lah dia nak tidur di mana–mana , rumah orang ke .. senang dah .. kalau beli car seat jenis pasang di kereta susah sikit. Kalau baby nagis nak bawa ke depan kejap pun tak boleh. Jenis rocker boleh lah letak kejap di depan nanti.

car seat jenis rocker

Semasa balik nampak kedai Twins Baby  , khas untuk jual barang baby .. wahhhhhhhhhhhhh   syok nya …. semua barang di sana murah-murah dari tempat lain . Kualiti dan jenama yang sama saya tengok di facebook pun ada , harga murah berganda-ganda. Botol susu jenama yang orang tengah gila pun ada , semua murah sehingga RM10. entah lah ..walaupun saya tak kisah sangat jenama ni , tapi teruja sebab murah. Hik3 …

Jadi sambar je car seat jenis rocker mickey mouse tu , harga lebih kurang je dengan car seat di Jaya Jusco selepas diskaun. Puas hati sangat sampai terlupa nak send gambar ke suami. Balik rumah dia tanya .. dah beli ke belum ? baru teringat lupa nak send gambar. Hik2 bertuah punya bini.

Jadi memang best la .. beli macam-macam sebab ada diskaun gila-gila. Bijak sungguh owner kedai tu.

kerja

Di disana ..

Ramai sahabat yang mengambil berat tanya kenapa tak nampak lampu hijau on di facebook , blog tak ber update  selama lebih 3 hari. Saya sebenarnya tengah mengalami satu perasaan yang susah nak di gambarkan.

Ada macam-macam benda nak di fikirkan.

Saya letih .. jadi saya tidur. Tak mau dia risau , tak mau juga sapa-sapa risau.

Tidur dan bangun untuk masak dan hantar anak ke sekolah sahaja ( kadang-kadang adik tolong ) . Suami pun terpaksa rela pergi sana. Dulu-dulu asyik bagi alasan bila orang tawarkan kerja di atas kapal. Sekarang dia nekad. Nekad bersebab … huuuuu  ~

Cukup 3 hari saya dah ok semula. Biasa saya macam ni ..  Adik ada ni .. selalu tanya ”  kak rasa macam mana ? kak rasa ok ke ? ” kelakar la pulak .. hik3

Semoga …. saya , dia dan anak-anak kuat untuk mengahadapi cabaran hidup ini .. semoga semua dugaan yang saya lalui beransur pergi. Kuat lah wahai hati.

Kalau tak letih bukan mak pak lah kan … 🙂 layan ….

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

14 Comments:

  1. Pingback: Beg Hospital Siap ! Bila-bila je .... | ~ Puanbee Blog ~

  2. Saya beli car seat sebelum anak first lahir. Tapi tak guna-guna sampai anak second lahir. Agaknya bila nak masuk anak empat baru guna kot. Huhu. Ingat nak jual je, tapi cam sayang nape tak. Huhu

  3. Baby car seat yang sangat bagus tu Puan…

  4. Anak-anak saya mmg jenis jimat kos kot ataupun suka pembaziran. Saya beli car seat dengan stroller, dua2 pun tak digunakan. Kita risau keselamatan bila memandu dgn anak kecil tapi entahlah. Seksa kalau duduk kat car seat, terjerit terpekik. Nasib baik beli yang murah bukan ribu-riban. Kalau tidak syahdu maknya memikirkan harga. Takpa Bee, hidup memang begini ada pasang surutnya. Happy selalu yek!

  5. cantik baby car seat ni. bagus ada dan lebih selamat bawa baby.

  6. cara langsing sehat

    ya lumayan buat menghemat tenaga,,kalau lama lama menggendong bayi pegal juga

  7. Memang kena ada, senang nak drive…

  8. cantik2 hehehe walau dh tgk awal2 ngee.. jadi ibu, jadi driver, jadi pengasuh, chef,cleaner.. semua tu untuk anak2.. si suami sibuk kerja luar jauh2.. semua tuk untuk kita anak2 sekeluarga.. jadi ibu mcm kita mmg kena kuat.. baby amanda pun byk besar di dlam kereta.. alhamdulillah dah dekat 6bulan.. sihat dia.. dan paling dia suka duk lam carseat rocker dia dlam keta.. mmg usung tu jelah kalo kat kedai makan pun usung juga kalo dia tgh tido.. xtido pun usung juga.. sb senag nak mkn xpayah pegang dia..

  9. Berbeza sungguh anak generasi X dengan zaman kita dahulu. Cabaran baru untuk membesar generasi ini.

  10. “nekad bersebab”
    hahahahaa

  11. Brg adam Alhamdulillah complete. Berbaloi2 sbb mmg digunakan. Lepas adam, pas kpd hanif. Nanti akan guna utk aleesya pulak.

  12. lawa la…

  13. Salam,

    Bagus gitu bee memang sesuai sgt tu. sebab masa memang banyak dihabiskan diluar. kagum ibu2 yang pandai berdikari ni, suami pun xrisau.

    Menunggu kata putus gak ni, sama ada abg jadi pergi kerja luar ke tak ermmm….ginilah kita ke a terima, suami kerja jauh2 demi cari rezeki untuk anak bini, nak bg serba serbi ke keluarga. memang sedih nak berpisah, mungkin hanya untuk sementara cuma.

    Tetiba sebak baca ayat2 akhir tu…

  14. lawanya car seat..tuk anak sulung saya hari tu beli yg 2nd hand je..dpt la harga dlm RM70

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *