Cabut Gigi Kakak

Jumaat minggu lepas punya cerita , saya bawa si kakak untuk cabut gigi , tengok si kakak macam nak demam tak bermaya kejap panas kejap surut tapi tak demam apa pun , makan pun agak kurang .. saya rasa macam ada tak kena dengan kakak ni.

saya tanya dia sakit mulut ke ?

Tak gigi kakak goyang katanya ..

Sebelum ni pernah bawa kakak ke klinik gigi tapi doktor tak nak cabut pula , katanya kena tunggu gigi baru tumbuh baru boleh cabut gigi tu . .. sekarang nampak gigi baru dah tumbuh , gigi lama masih ada terkepit antara gigi baru dan gigi lama. Cepat-cepat bawa pergi klinik untuk di cabut , kata doktor kalau tak cabut juga boleh pula merebak jadi ulser.

cabut gigi 2 batang

Saya banyak dapat pertanyaan , boleh ke cabut gigi 2 batang sekali gus ?

Untuk kanak-kanak memang boleh , sebabnya gigi tu bukan gigi kekal , jadi akar gigi tu tak dalam mana , cabut pun sekejap je , sakit pun sehari je , lain lah gigi orang dewasa , memang dalam akar gigi tu . mau 2-3 hari sakit kan.

cabut gigi kanak-kanak
di klinik gigi kampung pandan dalam

Pergi klinik kerajaan je pun , boleh tahan suasana nya , layanan mesra dan ada pulak satu ruang untuk anak-anak bermain..

Dari kecik dah ajar anak sukakan klinik gigi , jadi anak-anak semua berani jumpa doktor gigi , tak macam ibu dia … dengar jarum jer dah fobia .. hahaha ..

Mood : malas ………..

65 thoughts on “Cabut Gigi Kakak

  1. salam..

    cabut gigi ni sakit kak, kiranya anak akak tu berani lah tu. ;)

    p/s : cantik header baru ni, macam harmony family gitu :)

  2. Hebat Kakak sampai dua batang gigi dicabutnya, Azie salute la kat anak Puan Bee Heheheh, Ahhhh Azie penakut bab2 ni larrriii.

  3. macam mana agaknya rasa sakit gigi ek..akak tak pernah sakit gigi..orang kata sakit gigi tu sakit yg terlampau sakit..betul ke? aih kakak tu tak sakit ke? nampak rileks je dia..

    1. budak sekolah free saja , dengan syarat ambik surat dari pejabat sekolah , tapi .. kalau tk de surat kena bayar , dafatar RM1 , cabut RM2 tuk sebatang dan berikutnya … tapi harga masih tk mahal mcm klinik swasta lah ..
      puanbee recently posted..Cabut Gigi KakakMy Profile

  4. oooo..baru tau budak2 punya bius sapu ubat merah jer..ingatkan cucuk mcm kita jgk…kalau la cucuk berterabur dh budak2 lari kan..

  5. Alamak…….Kesiannya. Macam tak sakit jer tu. Selamber je muka dia. Haha.
    Puan bee…saya ada persoalan ni. Harap sudi membantu. Saya ada terima emel pagi nim. isi kandungan dia macam ni..

    “Hello Google Analytics user!

    You’re already familiar with how Google Analytics can improve your marketing efforts by giving you insights into optimising your website. We just wanted to send you a quick note about the benefits of advertising your business on Google.com.my. We’re offering a MYR 125 free trial to help you drive more customers to your website.

    With AdWords you can showcase your products and services to potential customers at the exact moment they’re searching for businesses like yours. And right now with this MYR 125 free AdWords trial, you could reach customers at no cost.”
    Maafla.. Saya baru lagi. tak tau apa perlu dibuat..can you help me???
    Hafizul recently posted..Kacak La Broadband 1Malaysia NiMy Profile

    1. Dia tawarkan beriklan dengan adswrod dan percuma MYR125 , tapi akk pun tk pernah guna perkhidmatan adsworks ni , try tanya yanmieonline atau kalau nak terima iklan tu balas lah email dia hehee ..
      puanbee recently posted..Cabut Gigi KakakMy Profile

        1. tak perlu rasnya dia bg free tu , tp kalau pakej lagi besar harganya kena tambah kot ,

          tk tau le ..try rujuk pd yg pernah guna perkhidmatan ni , atau tanya je terus kat google tu
          puanbee recently posted..Cabut Gigi KakakMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge