Cabaran Mengadakan Sesebuah Pertandingan

Share

Salam … Raya dah lepas , kontest duit raya lama dah lepas .. so sekarang saya masih lagi menguruskan hadiah-hadiah yang sepatutnya bertukar tangan πŸ™‚ , Saya sendiri pening pula dengan aktiviti ini , sebenarnya saya merancang untuk mengadakan kontest lain memandangkan dah lama produk misteri itu berada dalam simpanan saya .. produk misteri ??? saya tak mahu war-warkan lagi produk tersebut sehingga lah semua nya selesai ..

Ini lah cabaran sebenar untuk sesiapa saja yang ingin mengadakan kontest sebenarnya , hati kena cukup tabah , banyak kerja perlu di lakukan .Dari mencari penaja , melangsungkan kontest , memilih pemenang , menghantar hadiah dan juga tak ketinggalan berurusan dengan penaja-penaja yang baik hati untuk menaja hadiah , pelbagai ragam pun ada ..

Pelik juga cam mana orang boleh kutuk Denaihati kerana buat kontest tak lama dulu.. hehehe . Kerana untuk menjalankan sesebuah kontest perlukan komitmen yang tinggi ..

Saya suka buat kontest walau apa pun cabaran nya , entah kenapa .. ada banyak pengalaman buat kontest yang boleh di jadikan pengajaran dan pengalaman , walaupun ada kontest yang saya anjurkan tak menjadi , saya tak serik buat kontest ..

Sekarang ini kontes ke – 4 yang saya buat ..percaya tak ? juga ada pengalaman unik yang tak pernah orang dapat hahah.. tak mo cakap tak baik.. Buat kontest bukan lah untuk meraih traffic atau apa-apa cuma saya nak beri sesuatu kepada pembaca blog saya , sesuatu untuk di kenang , sesuatu untuk bersama-sama merasai kemeriahan dunia blogging , tapi itu lah ada sesetegah pihak mengeji kan ? tak pe.. bak kata lizarazak Kalau nak buat perkara baik abaikan apa orang kata Itu juga lah yang jadi pegangan saya dari dulu hingga sekarang ..

Senarai semak untuk mengadakan kontest

Tarikh mula dan tarihk akhir kontest.

Korang tahu lah kan kontest ni kalau lama sangat orang cepat bosan nak ikut , lagi-lagi kalau dah buat tu eloklah tetapkan tarikh nya .. biasanya tarikh tutup tu kalau di ubah kepada cepat sikit orang tak kisah , cuma kalau tarikh tutup di tunda .. perghh macam-macam andaian ada .. ye ke ? tepuk dada tanya selera .

Syarat Pertandingan.

Kalau boleh syarat tu jangan lah terlalu rumit. Saya sendiri sebelum join sesebuah pertandingan tak kira lah siapa yang membuatnya , sama ada syarikat besar atau pun tidak , saya tengok syarat-syarat dulu ,kalau susah saya abaikan je kontest itu ..setuju tak ? saya percaya ramai yang setuju ni.

Hadiah

Part nih , saya menulis dari pengalaman saya lah .. kalau nak buat pertandingan tanpa ada kepayahan seelok-eloknya hadiah nya adalah beri hadiah berupa duit atau cari penaja yang memberi duit..kenapa ? sebab duit senang boleh transfer terus kedalam akaun , terpulanglah kepada pemenang untuk membeli apa pun selepas itu kan ..

Atau kalau pun nak beri hadiah berupa barangan , boleh juga tapi tak boleh terlalu banyak barang , mcm saya sehingga strees di buatnya , terlalu banyak barangan , pemenang , tajaan yang hendak diuruskan buatkan kita pening bertambah buntu.

Pilih hanya satu atau tiga barang sahaja dalam satu2 masa , dan dah tentu pemenang nya pun satu hingga tiga orang pemenang dalam satu-satu masa, supaya semua apa yang dirancang dapat berjalan dengan lancar nya ..

Masaalahnya akan timbul bila:

  1. Pemenang tinggal di luar negara.
  2. Guna khidmat pos , kadang2 pemenang tak ada dirumah barang sampai ke kita balik.
  3. Pemenang tak alert dah terima tapi mendiamkan diri.
  4. Pemenang tak tahu pun dia menang hadiah.
  5. Penaja melarikan diri.
  6. Penaja sibuk untuk menguruskan hadiah.Penaja tidak berminat untuk memberi komitmen.
  7. Pembuat pertandingan sendiri tidak dapat memberikan apa dijanjikan.
  8. Pembuat pertandingan tidak memberikan 100% komitmen.
  9. Pembuat pertandingan sendiri rasa malas nak alert semua pemenang.

Semua di atas adalah cabaran yang harus diterima oleh sesiapa sahaja yang ingin mengadakan pertandingan . Kalau teringin nak buat jangan lah takut pula selepas baca artikle saya ini , saya cuma kogsikan pengalaman saya saja.. sekurang-kurangnya korang boleh bersedia untuk menempuhi cabaran ini sebelum mengadakan sesebuah pertandingan di dunia online ini.

sekian ,

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

35 Comments:

  1. Ada berkira-kira hendak buat contest tapi fikir hendak bagi didalam bentuk duit.

  2. Teringin jugak nak buat contest,tapi belum terfikir konsep contest tersebut,cabaran dalam entri ni memang berguna untuk saya dan bakal-bakal blogger yang akan buat contest

  3. itulah..sgt solute pada bee yg sgt adventure buat contest besar macam contest duit raya tu..kometmen dan tahap kesabaran kena tinggi kan?

  4. plg xbest bile contest xmenjadi kan kan kan …

    betol tu,byk benda nk kena handle,fikir … bukan boleh main terus je terjah buat…kantoi le jawabnyer …

    wat masa ni nis xleh nk anjur contest ape2…letihhh .. nk join pun letih , ini kan nk anjur..haha

    • yer ..bee pun ade contest tak jadi ehehe.. memang byk nak buat lagi senang kalau combine contest .. sok2 lepas nis berana kita wat sesama

  5. btol jg tue sis..tue ifa xberani nak buat lagi..
    lagipun kos pun xde..haha..xkan nk mintak mak ayah..
    malu je..hihi..

  6. Belum merancang nk buat kontest (maybe next time) tp suka join kontest..hehe πŸ˜‰

  7. hehhe, me pon suka buat ga or contest ni, rasa seronok walaupun bnyk benda nak kena handle.. tapi sebab 2nd ga aritu, penaja tak sempat nak pos lagi hadiah, me dah segan nak wat kontest yang ditaja, mungkin pasni buat sendiri tapi hadiahnya limited pada cash or top up aje ler..

  8. Uishh!, banyak jugak cabaranya ye bee, tapi disebalik cabaran tu tentu banyak manisnya kan bee…

  9. Ibu Mifzal ArsyadΒ©

    buat contest mmg best tp leceh nga byk benda yg nak kena buat..terutama utk cari penaja..kalau ada dana..sy lebih suka guna dana sendiri..kdg penaja ni ada yg ok..ada yg x.. πŸ™‚

  10. hehe no prob puan bee. Kalau ada gift yang best2 saya bgtau. πŸ˜›

  11. Saya pun berminat nak buat contest ni. Cuma takde masa nak merangka…

    • merangka tu senang nk merealisasikan payah sikit heheh .. buatlah ..saya sokong je ..cuma syarat tu tkmo byk2.. eh sekerang boleh guna sistem point tu je lagi senang

  12. sebab tu sampai sekarang akak x berani nak buat contest takut jadi benda2 gini la..huhu..

  13. haiii bee πŸ™‚
    pernah gak merasainya….but insyaAllah…segala kepayahan yg ada biasanya akan memberikan hasil yg baik & lumayan πŸ™‚ moga dipermudahkan segalanya k bee….sonok tgk bee makin maju n sukses πŸ™‚

    • hiii lorna .. lamanya tak nampak dia … hasil apa yg lumayan tu ?? tk de hasil apa sgt kot cuma keseronokkan je yg lebih …moga dipermudahkan juga untuk kontest akan dtg ..

  14. Salam puan bee, Untuk Semua pun ada buat kontest tp mcm tak dapat sambutan. Hadiah kecil2 byk dah saya kumpulkan. Ingat nak pas kat Puan Bee untuk bagi hadiah kontest yang puan bee akan buat akan datang. Ahaks, jika nak la.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *