Cabaran 7 Hari Menu Diet Berkesan

Saya baca website remaja karangkraft tadi , macam menarik pulak cabaran 7 hari mengamalkan menu untuk diet dan berkesan, Cabaran 7 hari ni sesuai sangat untuk awak – awak yang ingin ke jinjang pelamin tak lama lagi , atau pun awak – awak yang ingin kurangkan berat badan tu sikit dan tak tahu macam mana , atau awak – awak yang tengah stress tu.

Saya sendiri pun rasa nak cuba cabaran ni , jom ikut saya .. ha. ha. ha. boleh ke ?

cabaran 7 hari untuk diet berkesan , berani ?

Hari Pertama (Tak ada nasi , hanya buah dan minuman yang sihat dan semulajadi)

  • Makan semua jenis buah kecuali pisang.
  • Untuk minuman, pilih yang sihat dan semula jadi.
  • Hindari minuman berkarbonat atau yang mengandungi kandungan gula yang tinggi.
  • Jus tembikai rendah kalori ialah pilihan paling tepat, oleh itu pastikan kamu kerap mengambilnya.
  • Selain itu, kamu disarankan makan sup.

Hari Kedua (Sayuran berdaun hijau , sup , kentang putar tanpa mayonis dan mentega , tak ada nasi lagi )

  • Semua jenis sayuran yang baik kecuali kacang pes dan jagung.
  • Kamu tidak dibenarkan makan kacang panggang dan seumpama dengannya.
  • Makan sehingga kamu sendiri puas dengan rasa sayur itu.
  • Paling disyorkan sayuran berdaun hijau.
  • Makanlah sebanyak mana sup yang kamu mahu.
  • Sebelah malam pula,makan kentang putar dalam hidangan besar.
  • Amaran penting,lupakan mentega dan mayones.Gantikan dengan sedikit garam dan lada hitam sebagai perasa.

Hari Ketiga (menu hari pertama dan menu hari ke dua , tanpa kentang putar … perghhhh ..)

  • Gabungkan menu hari pertama dan kedua.
  • Tetapi tidak perlu kentang putar untuk pelan hari ketiga ini.
  • Jika betul-betul mengamalkan diet ini, kamu sebenarnya sudah berjaya menurunkan berat antara dua kilogram hingga tiga kilogram. bayangkan…

Hari Keempat (pisang dan susu rendah lemak , ambil sebanyak mana mampu dan juga sup .. juga tak de nasi)

  • Makanlah pisang dan minum susu rendah lemak.
  • Sebaiknya ambil tiga biji pisang dan minum susu sebanyak mana yang kamu mampu.
  • Hari ini ialah hari yang sukar dalam pusingan diet tetapi kamu harus kekal berdisiplin demi menurunkan lebih banyak lagi kilogram.
  • Kamu juga masih tidak boleh melupakan sup dalam hidangan.

Tips Kurus : Resepi Jus Beet Root Untuk Diet Yang Sihat

Hari Kelima (daging dan tomato , daging ayam atau  ikan , 6 biji tomato dan juga sup , tak de nasi lagi …)

  • Hari untuk daging dan tomato.
  • Kamu dibenarkan untuk makan daging putih(ikan atau ayam) antara 300 hingga 600gram,selain makan 6biji tomato segar.
  • Tomato sebenarnya membantu mencernakan protien dari mencuci pembinaan asid urik.
  • Pengambilan sup sudah memadai diambil sekali sahaja.

Hari Keenam (daging dengan sayur  berdaun lain , tanpa kentang putar , tanpa nasi dan juga sup …. )

  • Kamu dibenarkan makan daging bersama sayur.
  • Makanlah apa saja jenis stik kerana ia baik untuk kandungan jantung.
  • Tetapi jangan makan kentang putar.
  • Sebaiknya, tumpukan pada sayuran berdaun.
  • Sup tetap menjadi pilihan untuk melengkapkan menu.

Hari Ketujuh (baru ada nasi , tu pun dengan beras perang .. jus buah kurang manis dan sayur-sayuran .. dan juga sup)

  • Makanlah nasi menggunakan beras perang.
  • Lengkapkannya dengan jus buah-buahan kurang manis dan sayur-sayuran.
  • Kamu masih lagi disarankan untuk mengambil sup, sekurang-kurangnya sekali sehari.

Perghh setelah di teliti , memang boleh turunlah berat badan , tak makan nasi langsung kan .. tapi siksa jugak kot.. nasi tu tak de weiii .. lagi nescafe saya tu macam tak boleh tinggal sehari pun .. aiyoo.. siapa yang berani ikut cabaran ni ? moh kita sama2 .. hehe

p/s: Semalam dan hari ni tak makan nasi pun. Biasa boleh bertahan 3 hari saja tak makan nasi tu ..Jom tengok tips kurus yang lain

40 Comments

  1. salleh 21 February 2013 Reply
  2. Bella 22 January 2013 Reply
  3. rozaini 21 January 2013 Reply
  4. haslina 16 December 2012 Reply
    • 5zal 11 January 2013 Reply
  5. dzuandiey 14 April 2012 Reply
  6. titan 13 April 2012 Reply
    • dzuandiey 14 April 2012 Reply
  7. JebengOtai™ 13 April 2012 Reply
    • dzuandiey 14 April 2012 Reply
  8. Ummi Hanie 13 April 2012 Reply
    • dzuandiey 14 April 2012 Reply
  9. Myra Jay 13 April 2012 Reply
  10. zie fauzi 13 April 2012 Reply
    • dzuandiey 14 April 2012 Reply
  11. akubiomed 13 April 2012 Reply
    • dzuandiey 14 April 2012 Reply
  12. ummiross 13 April 2012 Reply
    • dzuandiey 14 April 2012 Reply
  13. Mus 12 April 2012 Reply
  14. rahman 12 April 2012 Reply
    • dzuandiey 14 April 2012 Reply
  15. Denaihati 12 April 2012 Reply
    • dzuandiey 14 April 2012 Reply
    • yanmie 14 April 2012 Reply
  16. azura 12 April 2012 Reply
    • dzuandiey 14 April 2012 Reply
  17. akhiyy 12 April 2012 Reply
  18. Mama adam 12 April 2012 Reply
  19. yanmie 12 April 2012 Reply
  20. ibuintan 12 April 2012 Reply
  21. nza 12 April 2012 Reply
  22. Azie 12 April 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 12 April 2012 Reply
      • puan kutu 13 April 2012 Reply
        • puanbeeAuthor 13 April 2012 Reply
          • puan kutu 18 April 2012 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.