Buku yang entah bila nak hadam

Spread the love

Bila tengok buku je kepala pening , asal kepala pening saja saya tengok buku. Entah bila nak hadam baca buku-buku ni , koleksi makin bertambah dari sehari ke sehari.

Tapi kalau buku jenis E-Book tu saya boleh habiskan cepat , hairan bin ajaib. Semangat nak membaca buku di tangan makin pudar. Blogger harus membaca kata-kata seorang otai blogger. 🙂

2 buah buku di bawah hadiah dari denaihati.com

buku-buku motivasi

Saya sekarang ni lebih suka memerhati , mencari dan memikir sampai kadang-kadang lesu memikir. Ohhhh ~ Dah bincang-bincang dengan suami saya minta kebenaran dan masa beliau jaga anak-anak pada 3 hb ni , saya nak pergi dapatkan sedikit motivasi dari aqifazizan. Seminar yang di beri tajuk Kelas Penulisan Buku – Menulis Karya Sedap Dibaca & Dihadam. Harap-harap sangat beliau boleh cuti ~

Bukan lah nak jadi jutawan ( tetapi kalau betul apa salahnya  ) tetapi sekadar nak belajar dan memotivasikan diri. 🙂 Minta-minta la si kay boleh dan beri kebenaran dan ambil cuti sehari.

14 thoughts on “Buku yang entah bila nak hadam”

  1. Terbaik Puan Bee. 😉

    Teruskan membeli buku-buku ya. 😉

    Teruskan menyimpan buku jadi koleksi perpustakaan. 😉

    Saya juga suka baca buku. Serius, pantang jika saya dapat masuk kedai buku yang jual buku pelbagai genre terutama buku bahasa Melayu dan inggeris mesti rasa nak beli saja semua. 😉

    Teruskan membaca ya, membaca itu pedang penulis yang amat tajam. 😉

  2. sama kess dgn nis… smgt membaca tak membara mcm zaman budak2/anak dara dulu…. tp klu ebook leh lak habis cepat… menandakan minat yg tinggi trhadap komputer kan kan kannn… hikss

    sonok bee dok kl, mcm2 seminar ado. aqif azizan ye… biase dgr namanye.. sifu kecik tu 😉

  3. klw ada masa lapang mmg best membaca buku2..x kira buku apapun janji byk ilmu yg kita dapat..smoga mendapat ilmu&manfaat dr seminar tu nnti..

  4. Rajin bee nak membaca buku byk mcm tu,dulu2 masa lum kawen mmg suka sgt baca buku,pantang jumpa buku mst nak baca,lg2 kalo jumpa novel,la ni da ada ank nk pegang buku pun x sempat.

  5. suami saya rajin betul membaca…saya akan baca bila dia kata buku tu best.kalau dia tak bagi apa2 pendapat pasal satu2 buku tu,saya sentuh buku tu pun tak..heheh..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *