Bueno Dan Lelaki Kacak Romantiknya

Lelaki kacak yang romantik tersebut adalah Mr Kay a.k.a suami saya , alahai sapa nak puji lagi kalau tak bini sendiri yang puji ye tidak ? Lelaki kacak yang romantik tak semestinya suka bermain kata indah , memuji dan sebagainya. Lelaki kacak saya ni , kalau nak dapat pujian dari dia memang boleh di ibaratkan “jauh panggang dari api” tapi ada beberapa perangai romantiknya yang terjadi sendiri. Yang kadang-kadang kita tak perasan pun yang dia tu romantik.

Lelaki Romantik | Bueno

Contohnya sifat lelaki kacak saya ni.

Suka beri hadiah walaupun sikit tapi dia akan ingat setiap tarikh penting macam ulangtahun kelmarin yang mana kadang-kadang saya sendiri terlupa. Satu lagi .. dia suka sangat makan bueno , ais krim dan coklat. Kalau cuti mesti nak beli benda-benda gini untuk di makan bersama dengan famili.

Paling buat saya rasa macam romantik sangat , entah sejak bila perangai di begitu pun tak perasan , setiap kali dia makan bueno ni mesti dia akan tinggalkan satu untuk saya , kadang-kadang dia balik kerja agak lewat , saya dah tidur dulu ..esok pagi nampak bueno dalam peti ais.. Kadang-kadang berenti di stesen minyak pun beli bueno satu dan share dengan saya , untuk anak-anak dia beli benda lain. Romantik kan ?

Terharu ai tau … sebenarnya saya rasa terharu dengan ingatan dari dia .. sebab saya kalau makan apa-apa bantai makan sampai habis .. hahaha.. ades..

Contest lelaki kacak hampir tamat , dah bersedia ke ? Nampaknya blog yastro mengungguli carta , syabas beteh …saya tak berapa nak menang sangat dah ni.. saja layan trend terkini blogger .. kehkehkeh ~ oii update lah nama penaja.

P/S : Oleh itu lelaki kacak haruslah bersifat romantik begini , baru lah wife rasa terharu doplohpatjam

(Visited 1 times, 1 visits today)
About puanbee

Seorang anak , isteri dan ibu. Mempunyai 4 orang cahaya mata. Berumur 30-an , Suri rumah sepenuh masa tetapi mempunyai perniagaan online. Segala terguran dan komen boleh terus hubungi admin melalui EMAIL.

Comments

  1. wawawa..kinder bueno..mmg peberet..nk tggu lelaki kacak bg mmg payah la..kalo kuar p jalan2 tu nmpak je trus sambar..pastu mam sorang2..he3..tp ade gak la tggl ckit tuk dia..x smpai ati pulak..

  2. Dah la kacak, romantik plak tue 😀

  3. lelaki kacak, memang macam tu apa..hehe..

  4. Kebanyakan org laki memang macam tu la. Kalau nak tunggu keluar dr mulut memang susah,.. tapi bukan bermaksud diorang tak ingat @ tak romantik,.. cuma lebih dr segi perbuatan.. Bertuah PnBee :)

  5. Romantik sungguh~~~~~

  6. Assalam, memang jarang kita nak jumpa lelaki kacak yang romantik lebih2 lagi bila dah khawin nie… huhuhu

  7. Terbaiklah! Rasanya inilah ciri2 suami yg isteri dambakan. Memberi tanpa diminta. Dipuji tanpa mengharap balasan =)

    Romantik! 😀

  8. Wahhh romantiknya…auuuu…Semoga puanbee sekeluarga bahagia sokmo….

  9. seumur hidup saya..tak penah makan benda ni..
    haha..jakun..

  10. wah bueno kegemaran ku.. hehe

  11. romantisnye kak….

  12. untung la dpt hadiah an..huhu

  13. romantik didalam perbuatan, rasanya lelaki memang begitu lah, hehe

  14. romentik gak tu… 😉

    hasben nis pun slalu jugak belikan mknn/minuman kesukaan nis, contohnye air kotak dutch lady tu… pehhh.. kami panggil ayor heaven sbb bile minum tu rasa mcm hilang sume stress…. hahahhh

    contest ni mncabar gak ye… susah juge nk masuk page pertama utk keyword lelaki kacak tuh

  15. romantik gitu… still makan bueno.. mahal tu

  16. Aiks Puan Bee, macamana boleh terlupa. Selalunya wanita akan teruja setiap peristiwa berlaku dikalangan ahli keluarga mereka.

    Saya faham ke-macho-an hubby Puan Bee susah hendak tunjuk romanatik secara zahir bukan bermakna beliau bukan seorang tidak romantik. :-)

    • kadang2 tu lupa juga , memang biasa teruja je , tapi kalau dah hari2 sibuk memang boleh lupa .. :)

      yup ,.. macho kan , tk byk cakap pun , puji2 apatah lagi ..tp dr segi perbuatan tu nampak laa

  17. slalu pi langkawi mmg bwk blik 2-3 kotak kinder bueno ni.. :)

  18. wah..kinder bueno..ai like it..kiskiskis 😀

    • ai gelak cr baru tu kak , kiskiskis .. haha

      bee kureng beli benda2 gini

      1) mahal
      2) takut naik berat lagi

      tapi kay pulak suka membeli

  19. alamak.. kalau dapat bueno memang romantika diamor ler mr. hubby hik3

  20. wah, memang romantik gitu..hehe…bard pun memang suka makan bueno ni…memang selalu je ada stok kat rumah ni..

  21. kali ni mr.kay senyum manjang bila baca entri ni.

  22. Mr kay mmg bergaya lah… Cayalah

  23. Salam Puan Bee. Saper lagi nak puji hubby kalau bukan kita kan!. Azie rajin puji hubby kadang-kadamg tinggi melangit dia buat dedddd jer kihkihhh. Good Luck.

  24. Bukan pemberian yang romantik.. tetapi sifat mengingati dan perihatin tu! 😀

Trackbacks

  1. […] Zahri ni , satu saya terbayang senario di atas lah .. Kedua saya terbayangkan senario di bawah ni. Romantiknya lelaki kacak tu kalau buat benda di bawah ni […]

Speak Your Mind

*